Jumaat, Januari 05, 2007

ANUGERAH FILEM PENDEK

Filem pendek itu semangatnya independent. Semangatnya keghairahan terhadap seni. Bila RTM dan FINAS cuba menganjurkan Anugerah Filem Pendek, usaha ini patut dipuji. Inilah cubaan mereka untuk keluar dari kotak yang selama ini mengekang kreativiti mereka. Malangnya cubaan masih lagi cobaaaan!

RTM. Apalah nak diharap dengan RTM. Rebranding Exercise 10 kali setiap kali bersilih menteri pun, RTM tetap RTM.

Susunan rancangannya pun adalah satu drama. Lain dalam susunan rancangan, lain pula ditayangkan.

Iya iya ooo hari itu mengiklankan dengan gah tayangan entri-entri Anugerah Filem Pendek sepanjang Januari. Entah bila nak tayang, tidak tahu la. Habis dah slot waktu kemuncak disumbat dengan drama didaktik yang tidak henti-henti membebel mesej suci.

Sekali tu jam 3 p.m. masa orang sibuk kerja dan belajar, RTM tayang entri-entri dokumentari untuk Anugerah. Ada hati pula dia nak kaut untung melalui undi SMS. Nak suruh siapa undi filem pendek tu? Makcik kat rumah? Mereka lebih suka menangis mengupas Bawang Merah Bawang Putih.

p.s.
Tapi aku suka untuk memuji RTM juga kerana berjaya keluar dari kotak dalam beberapa keadaan terpencil:
1) Fenomena Seni menjemput Ustaz duduk sebelah orang seni. Panas bontot orang seni. Hampir terbakar kerusi.
2) Agrojurnal. Aku nak jadi petani moden.

18 ulasan:

dugongsenyum berkata...

kalau tok tak tulis kat blog tok aku pun tak tau hal ini. sebab aku lebih banyak 'tonton' blog tok dari tonton rtm agaknya ahahahahaha

rasso berkata...

betul ker ni dugongsenyum tidak nonton RTM.. citer bawang putih dan bawang tidak layan?? lallaaa

Tanpa Nama berkata...

Saya dah lama letakkan RTM sebagai saluran pilihan kelas ke 2. Tenguk bila rangkaian lain tak ada yg best.

Azhar Ahmad berkata...

Huhuhu, Bawang Merah Bawang Putih...

Allyaaaaaa......

Tanpa Nama berkata...

cerita bawang tu tibi 3 la.

RTM, tukar menteri pun,kalau tenaga kerja yg masih berpikiran lama, tak guna jugak. Menteri pulak,jenis lama jugak.

dugongsenyum berkata...

Rasso,

Duluuuuu aku layan Opah, Lemak-lemak santan berlada. Duluuuu hahaha

Rie berkata...

RTM - badan propaganda kerajaan. bukan badan mencari untung.

"polisi tidak menghalalkan mainstream"

sinaganaga berkata...

Dude2 kat RTM ok. Yang tak oknya - menteri dan ketua2 jabatan, alahai!

Grafik RTM pun dah banyak berubah.

Sal, Puteri Marsella, Rama, dan Jack Nadarajah masih di RTM, dengar ceritanya. Cuma, Najib yang ke UiTM; mengajar fesyen.

La la la la

ontahsapo berkata...

RTM ..?

dugongsenyum berkata...

Rakyat Tak Mahu

haha

Masy berkata...

nenek2 di kampung masih tetap sukakan rtm, agaknya kenapa ya?

Unsunghero berkata...

Hidup RTM!!!!!!

Unsunghero berkata...

...opssss,Hidup Juga Agrotek dengan pengacaranya sekali itu....

Tanpa Nama berkata...

AgroTEK, berbau lucah tu... hohoho!

Tanpa Nama berkata...

hidup agrotek!!
hidup lesung pipit!!
ahakss..

dan panorama
dan eksplorasi (last week aku tgk depa dah pi obersea plak. newzealand...).

Tanpa Nama berkata...

tengok agrotek ke tengok silesung pipit? report report!

Amyz! berkata...

saya tengok filem pendek ni. bagus-bagus semuanya. kelakar pun ada.
tapi saya tak rasa ramai yang menontonnya. rtm tak perlu undian sms untuk anugerah filem pendek ini. sebaiknya lantik juri-juri yang lebih arif. :-)

Tanpa Nama berkata...

Saya suka filem pendek tajuk "Malam" (kalau tak salah le sbb dah nak abis tayang dah taim tu). Saya igtkan keta tu berhantu sebab dia gerak sendiri, rupa2nya ada org tolak kat blakang hehehe..bijak..bijak..

RTM --> Kadang2 ok, tapi banyak yg... tak nak la komen banyak2. Karang kena gam plak..huhuhu

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...