Isnin, Januari 22, 2007

BAJU YANG HODOH


Flood: Waiting
Originally uploaded by ProjectRasso Fotoblog.

Pagi itu, sebelum rombongan bertolak, Faruk tanya aku sama ada aku nak t-shirt percuma. Itu t-shirt hari keluarga jabatan tahun lepas. T-shirt itu warna oren dengan logo warna-warni di dada. Hodoh macam neraka. Aku dengan sombongnya menolak.

Rombongan Khidmat Masyarakat Briged Bencana membantu mangsa banjir pun bertolak ke Parit sulong, Batu Pahat. Banjir masih belum surut di sana. Kami mengadakan aktiviti bersama kanak-kanak yang tinggal di pusat penempatan mangsa banjir. Selain dari itu, kami mengambil kesempatan menyelami keperitan mangsa-mangsa menempuh dugaan.

Kami ke stesen Dewan Parit Sulong. Untuk ke sana, kami perlu meredah air. Lori disediakan untuk kami ke sana. Dalam jam 3.30 p.m., aku dan kawan-kawan (Termasuk Spyz dan Lan Rasso) terperangkap ketika berteduh. Hujan lebat mencurah-curah. Kami pun lepak menanti hujan berhenti.

Sekonyong- konyong lori tentera yang membawa kami pulang pun sampai. Terpaksa juga kami redah hujan untuk naik lori. Baju basah lencun.

Tersengih-sengih aku jumpa Faruk, "Ada t-shirt lebih tak?"

Foto: Ehsan Lan Rasso.

24 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...

Tok tak SMS kat aku pun bila datang Parit Sulong. Rumah aku di Taman Manis, Parit Raja selamat dari bahana air banjir. Tapi tempat kerja aku dah jadi macam 'universiti terapung'.

Tanpa Nama berkata...

dah tu dpt tshirt lebih x? kan dah kuasa tuhan. jgn cakap besar lain kali ye... he he

Tanpa Nama berkata...

jalan kaki redah hujan n banjir lebih best dari naik lori!
:-)

p/s adik ipar aku nama Ayun..

rasso berkata...

spyz;
kami naek lori tentera..
tambah lagi, dalam tu ada awek2....

Tanpa Nama berkata...

baju yg macam neraka tu ler last2 ko kena pakai tok. len kali mintak ler baju belang2 hitam, baru sesuai ngan tok rimau huhu..

khidmat awam ker tuh tok?

hayad berkata...

Hahaha, tu la, memula jual mahal konon

sinaganaga berkata...

Kau orang ingat Tok Rimau baik selama ni... Kosmatik je tuuuu!

Ha ha.

Tanpa Nama berkata...

Tok & geng Tok sebenarnya tengah buat projek apa skarang?

Tanpa Nama berkata...

dan terpaksa la tuk masuk dalam 'neraka' tu kan. hahaha...

Rie berkata...

kambing kat sana banyak yang terkorban??

hahaha

Pakteh berkata...

Terpaksa... huduh pun boleh lah.

Tanpa Nama berkata...

wah! tok dah tukor layout ye. hijrah yer.

dugongsenyum berkata...

tok r pakai t-shirt basah, seksi siyott pewiiittt haha

Tok Rimau berkata...

Kaduk,
Best tu tengok awek-awek masuk kuliah sengseng kain. ha ha ha ha.

Anon,
Saya insaf.

Spyz,
Ayun upload mana gambar dia?

Rasso,
Wahhh! Bukan main lagi kau.

Anon,
Bukan baju je basah. Seluar dalam pun basah tapi diorang tak ada bagi spender free.

Hayad,
Nota: Jika pi kawasan banjir, bawa baju spare.

Naga,
Lagi kau berkempen, lagi orang tak percaya. Aku mmeng calon keramat hidup 2007.

Anon,
Projek bikin filem la pulak. Gua nak dapat FDAM kat hujung nama.

Anon,
Panas baju tu. Oren pekat warnanya.

Esis,
Kambing semua terpaksa mandi.

Pakteh,
Dah nasib.

Penyu,
Tukar ke New Blogger dgn feature lebih.

Dugong,
Awek semua suwit kat aku.

DeeN berkata...

uiks, aku punyer komeng dah kene delete ker uwaaaaaaaaaaaa... tok kejam! tok kejam!!

Tok Rimau berkata...

Deen,
Tok tidak delete komen tuan. Tok lagi gila komen. Komen la lagi. Banyak2.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Kilang t shirt itu dah terlebih kaler oren tu Tok... he he he...

rasso berkata...

suka kalo baju tu kaler pink...
kata orang... ada rimau yg ayu!

~inilah saya~ berkata...

Tok,

Itu rumah siapa yang ditenggelami air?

Sastri berkata...

Salam... 1st time komen kat sini... :D

oren tu mcm kaler stesen BHP tak?

Amiene Rev berkata...

jet ski di mana-mana? adakah jet ski turut merasai penderitaan mangsa banjir?

dan jet ski terus meredah gagah berani.

tanpa rasa takut, buaya-buaya yang berkeliaran di Melaka.

saharil berkata...

haha, begini, perkataan 'hodoh macam neraka' tu aku nak sangkal. macam mana nak membandingkan sesuatu yang kita tak pernah lihat?

kalau membayangkan melalui ayat quran dan lukisan renaissance contohnya, neraka sentiasa gemilang dengan api dan cahaya kuning merah! macam bunga api. terasa macam tidak sesuai disinonimkan dengan kata sifat 'hodoh'... kalau 'maha dahsyat' ke boleh lah kot. haha.

--> saharil.com

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...