Selasa, Januari 09, 2007

DEBUT

Saksikan debut Tok Rimau sebagai pelakon iklan khidmat awam bertajuk Maling, sebuah projek pelajar untuk Anugerah Filem Pendek anjuran FINAS dan RTM. Dialog Tok Rimau cuma sepatah, "Nanti!" tetapi kena buat aksi lasak sendiri sebab tiada stunt double.

Tayangan: 11 Januari 2007. Khamis. TV1 3.05 petang. Ulangan 10.30 malam. (Tertakluk kepada perubahan)

Anda boleh mengundi secara SMS memilih entri baik pilihan penonton tapi mesti baca niat, "Sahaja aku mengundi SMS untuk memenangkan Tok Rimau dan kawan-kawan, bukan untuk menang undian SMS bertuah- RM1000. Itu judi bukan undi."

Anda perlu membuat 3 Pilihan Terbaik kategori Khidmat Awam. Taip:AWAM Pilihan No.1 Pilihan No.2Pilihan No.3
CONTOH: AWAM MALING ROKOK KASIH Hantar ke 32770.

Lepas masuk tabloid, Tok masuk RTM. National TV tu geng. Esok lusa, Al Jazeera la pulak. Mmmm... tapi aku tiada Asstro.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR:


zunarbanner

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wahh.. itu la, mesti jadik tsurimauwi ni... macam tsumawi...

Tanpa Nama berkata...

Tok

Thanks for the banner!!!! Dan insyaAllah akan tonton Tok di TV! eiii bangga gitu!

rasso berkata...

wahhh....
nak saya undi ker ni tok???

Rie berkata...

hhhahahehehehehehehe

Tanpa Nama berkata...

Tok

Malam tadi kami suamisteri tengok AFM Kategori Jenaka Pendek. Paling paling paling digemari kami yang sang suami gelak besar adalah "MALam".

Tak sabar rasanya nak tengok "MALing" pulak!!!

Tanpa Nama berkata...

boleh nonton tok di tv lah pulak... asyik di blog je.. :D

Tanpa Nama berkata...

masuk Al-Jazeera bila tok pegang senapang or pakai baju dibaluti bom.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Wah. Kalau macam ni tahun depan boleh tercalon dalam Anugerah Popular BH ni Tok... Kategori apa ekk..?

Lan Rambai berkata...

malam jumaat.. 10.30 malam.... ishkkk... prime time tuuu...


untuk layan bini hehe.

Tok Rimau berkata...

Pakcik,
Kau sama aku dgn bencana alam? ha ha ha. Aku cuba la.

Roti,
Tok punya feveret pun memang Cerita Satu malam tapi RTM tetap RTM. Taste dia taste RTM. Agaknya la. Tok berfikiran negative.

Rasso,
Laksanakan tanggungjawab anda.

Essis,
Mbekkkkkkkkkkk.

Kenit,
Tok cuma pak pacak extra je.

Penyu,
dan tok juga akan pakai kain hitam tutup kepala.

Black,
Tok katergori pembeli surat khabar je.

Lan,
Teruskan beribadat. Jangan pedulikan TV tu.

Tanpa Nama berkata...

"Isk... tak faham. Macam mana nak tulis komen"

Semenjak Pakteh baca Ayah Kita Bos... Otak jadi semakin tenat. Dulu, nak letak komen di entri Tok, fikir 2 kali saja.

Lepas dah khatam Ayah Kita Bos, kena fikir 5 x dulu sebelum dapat tulis komen. Kenapa?

Nak tau... baca lah sendiri, Kua kua kua.

Tanpa Nama berkata...

hu hu TOK masuk TV! harus ku tungguuu uuuu...

Tanpa Nama berkata...

Dah 3 malam berturut2 saya dok tgk Filem Pendek tuh. Malam ni nak tengok satu lagi.. Maling hehehe. Lepas nih mintak2 la ada kategori Pelakon Pak Pacak SMS Popular. musti dapat kat Tok punya la hehe. Chaiyokkkk.

Tanpa Nama berkata...

All the best sir! Too bad I read this post too late, would have tried to catch it on tv definitely. Your likeness to Mawi may be an edge over other participants? Hehehe

cik puan daun berkata...

tok..

dah tgk dah.. ahahaha.. cool jugak.. antara 10 terbaik tuuu.. Bahagian khidmat awam nampak seperti amatur.. but most of them are..

Animasi tu, ada satu company yang nak buat filem animasi 3D pun join. Perbezaan rendering quality and details tu amat ketara.

ayobkelubi berkata...

tok nampak samseng walaupun pakai kopiah,leh ganti pak aji yg jahat dlm slot samarinda.

hahahaha.

Tanpa Nama berkata...

alamak, ado org lagi awal komeng la pasai Tok semalam. Anyway, Tok rules la muahaha..

NANTI!! Apsal Tok sebut 'nanti' lambat sangat. Kang dah menonggeng mamat tuh. Sian, kerna sebungkus nasi lemak berharga RM 0.50 (kalo kat negeri chek la). Bila next film plak hehehe..

Lan Rambai berkata...

oleh kerana anak-anak aku lambat tido malam tadik.. makanya... terpaksalah aku tengok Tok Rimau kat TV hahaha..

Maling.. bagi aku terbaik dari segi mesej yg nak disampaikan.. tapi lakonan dan penggambaran nampak kurang mantap sikit.... macam kebanyakan yg lain jugak.

Nak sms ke tak ni.... pemenang based on sms atau sms tu semata-mata judi?

Tanpa Nama berkata...

haha.. dah tengok dah tok kat tv.tok punye pasal,aku buat keje opis depan tv.sambil buat keje sambil tengok tv.terkejut bila tok sebut "Nanti!".tapi muka cam nak senyum jer.hehe..

Tanpa Nama berkata...

Video tak upload kat web ker?
Pakai google video ker...

test berkata...

insyaallah, rasanya maling mempunyai konteks dan kontens yang cukup menarik.

Tahniah kerana menunjukan kebaikan yang dicemari keburukan.

Skrip idea asal oleh tok ke?

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...