Selasa, Januari 02, 2007

MENAMBAH DIAMETER LUBANG HIDUNG SATU HUN

Tit tit tit tot. Bunyi nada SMS.

Tangan kanan pegang telefon, kiri pegang stereng kereta.

"Ini gambar dua ekor hantu mana pulak dalam kat Kosmo ni?"- dari Spyz.

Artikel apa yang penting sangat hingga Spyz hantar SMS ni? Getus (kali pertama aku guna perkataan ini) hati aku.

Aku berhenti sekejap di gerai dan beli akhbar. Aku beli Metro. Memang ada cerita hantu di dalamnya. Cerita Jenglot. Aik... tak mungkin cerita Jenglot pun nak SMS aku.

Aku periksa SMS semula. Oh! Aku silap. Kosmo la, bukan Metro. Inilah akibat 'speed reading' SMS sambil memandu. Oleh itu, jangan tiru aksi ini.

Lepas makan tengahari aku beli Kosmo pula. Fuh! Gambar aku keluar dalam artikel muka 24, bertajuk Blook Bagai Diari Peribadi.

Jika kejantanan lelaki boleh diukur dengan saiz kasutnya, aku berteori, kesohoran manusia boleh diukur dengan saiz gambarnya di akhbar. Saiz gambar Tok Rimau lebih besar dari Nat King Cole, Cicak Man, Amy Search, Salleh Yaacob dan isteri ke-3, dan ketua Kampung Kundang, Abdul Samat Ya'cob. Nama-nama sampingan ini juga keluar gambarnya dalam Kosmo.

Jangan lupa beli Kosmo: Suara Kontemporari. 2 Januari 2007. Akhbar murah, RM1. Bingkaikan.

...............
PERTANDINGAN MONODRAMA NEGERI JOHOR 2007
Anjuran DBP Wilayah Selatan

Dengan kerjasama
Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Johor (JKKW Johor),
Majlis Teater Negeri Johor (MTNJ) dan Persatuan Penulis Johor (PPJ)

i. Johan: RM3,000.00
ii. Tempat Kedua: RM2,000.00
iii. Tempat Ketiga: RM1,000.00
iv. Tiga (3) Hadiah Sagu Hati: RM500.00
v. Pengarah Terbaik: RM1,000.00
vi. Pelakon Terbaik: RM1,000.00
vii. Skrip Terbaik: RM1,000.00


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan syarat dan borang penyertaan pertandingan, silalah hubungi:
i. Rusdi Abd. Rahman (no. tel.: 07-235 8802 / e-mel: rar@dbp.gov.my)
ii. Mohd. Rizal Mohd. Ali (no. tel.: 07-236 8282)

Syarat Penyertaan
PERTANDINGAN MONODRAMA NEGERI JOHOR 2007
Anjuran DBP Wilayah Selatan

a) Syarat Umum

i. Penyertaan terbuka kepada kumpulan yang anggotanya terdiri daripada warganegara Malaysia yang bekerja, belajar, atau menetap di negeri Johor.
ii. Peserta daripada setiap kumpulan dikehendaki menyertakan butir-butir lengkap yang disediakan dalam borang penyertaan. Semua butiran dalam borang penyertaan perlu dilengkapkan dan diserahkan kepada urus setia pertandingan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan. Sekiranya butiran yang diberikan palsu, penganjur berhak menolak penyertaan yang dihantar.
iii. Urus setia dan kakitangan pihak penganjur utama (DBPWS) tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
iv. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap kelewatan penerimaan borang penyertaan. Pihak penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan atau kehilangan borang penyertaan.
v. Penganjur berhak menggunakan nama dan gambar ahli kumpulan untuk tujuan pengiklanan, percetakan dan publisiti tanpa bayaran honorarium.
vi. Penganjur berhak menggunakan skrip pementasan dan apa-apa jua visual rakaman video, foto dan audio kumpulan yang memasuki pertandingan ini untuk diterbitkan atau untuk sebarang tujuan lain.
vii. Skrip dan dialog pelakon hendaklah menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, kecuali kata pinjaman dalam bahasa lain yang diizinkan oleh pihak penganjur.


b) Syarat Kumpulan
i. Setiap kumpulan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang serta tidak lebih daripada 10 orang. Jumlah ini merangkumi Pengarah, Pengurus Produksi, Pelakon, Penulis Skrip dan petugas lain yang difikirkan sesuai dalam sesebuah kumpulan. Nama ketua dan anggota kumpulan serta penulis skrip hendaklah diisi dengan lengkap dalam borang penyertaan.
ii. Jumlah pelakon dalam pertandingan ditetapkan hanya SEORANG PELAKON sahaja dalam satu pementasan.
iii. Masa untuk satu pementasan yang ditetapkan antara 30 minit (minima) hingga 45 minit (maksimum) sahaja.
iv. Pihak penganjur pertandingan akan menilai setiap penyertaan dan skrip yang dihantar. Jika terdapat kumpulan yang tidak memenuhi kriteria syarat pertandingan, penyertaan kumpulan akan ditolak.
v. Setiap kumpulan yang menyertai pertandingan ini akan diberikan sebanyak RM500.00 sebagai galakan dan kos perbelanjaan untuk urusan pertandingan.
vi. Pihak penganjur hanya menyediakan tempat dan kemudahan asas pementasan sahaja. Segala urusan teknikal atau apa-apa juga kelengkapan tambahan seperti props dan set pentas atau sebagainya merupakan urusan kumpulan sepenuhnya.
vii. Skrip hendaklah karya asli bukannya skrip adaptasi serta belum pernah dipentaskan sama ada dalam persembahan atau pertandingan lain.
viii. Skrip adalah bebas tetapi dilarang menyentuh perkara-perkara sensitif yang berkaitan perkauman, keselamatan negara, agama, budaya bangsa dan sebagainya di Malaysia.
ix. Setiap penyertaan hendaklah disertakan skrip yang lengkap termasuk sinopsisnya yang ingin dipentaskan serta nama penulis skrip.
x. Kumpulan digalakkan menggunakan nama dalam bahasa Melayu yang bercitrakan budaya bangsa Malaysia untuk nama kumpulan.
xi. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas segala urusan cuti, pengangkutan dan kos ahli kumpulan untuk menyertai pertandingan ini. Semua urusan tersebut hendaklah diuruskan oleh setiap ahli kumpulan.
xii. Pihak penganjur akan memaklumkan tarikh dan tempat pertandingan kepada semua kumpulan yang terpilih untuk bertanding selewat-lewatnya dua minggu selepas tarikh tutup penyertaan.

Tarikh tutup menghantar penyertaan sebelum atau pada 1 Mac 2007.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Blook: New Medium for Creative Writing- Written by Nurul Halawati Mohamad Azhari and photo by Irwandy.

13 ulasan:

rasso berkata...

alahai~
tok sudah glamor!
delapan kali sudah saya ke kamar opis tok untuk berjumpa. asyik tiada saja. al-maklum sudah glamorius!
hahahaha

Tok Rimau berkata...

"Ini gambar dua ekor hantu mana pulak dalam kat Kosmo ni?"- dari Spyz.

Lupa nak cerita, hantu satu lagi tu Naga.

Tanpa Nama berkata...

'hantu' adalah merujuk kpd ucapan JJ pada mlm e-sastera
:-)
uik.. kat bernama tu gmbr naga takde? apa ko rasuah reporter tu hah?
ha ha..

Tanpa Nama berkata...

patut la naga suruh aku beli kosmo ari ni.
tok dah setarap ngan mawi ni,
jadik tsurimauwi

Tanpa Nama berkata...

upload keratan tu di blog... boleh tenguk reramai.

Tanpa Nama berkata...

wah! heng sem lah muko tok masuk kosmo. tahniah! siap pakai topi koboi lagi.hehe.. yg paling mencuit hati tu tang "sebuah buku resipi"

sinaganaga berkata...

Limau,
'Geng Jurnal Bertopi (GJ Top)'. Ha ha. Ini geng baru. Ini baru geng.

Ahli:
Limau.
Naga.
Jones.
Ahsuez.

Jones? HA HA!

Roti Kacang Merah berkata...

Tok, tolong ar scan artikel tu Tok... tolong laaa. Semalam lupa pula nak beli!!! ish!

blackpurple @ jowopinter berkata...

Semalam tak beli Kosmo la Tok...

Semakin naik la rating ni Tok.. Tahniah...

Tok Rimau berkata...

Rasso,
Kat opis, pc kong. Aku lepak kat lab.

Spyz,
Naga tak cukup fotogenik.

Pakcik,
Bukan aku setaraf Mawi. Mawi yang setaraf aku.

Pakteh,
Artikel itu adalah artikel Syndicated dari Bernama. Rujuk url dalam LAWATAN SAMBIL BELAJAR. Artikel yang sama.

Penyu,
Kalau gambar koboi tu penuh, nampak pistol juga.

Naga,
Rambut sama itam tapi topi lain-lain. Topi aku dari kulit memerang tu. Aku koboi, kau pancing ikan.
Mana nak sama topi kita.

Samurai,
Kau ingat lagi ke iklan Marlboro dulu? Koboi jaga tangki.

Roti,
Artikel yang sama keluar dalam feature Bernama.com. Rujuk url Lawatan Sambil Belajar sementara stok masih ada.

Black,
Tak beli Kosmo? Rugi besar la kau.

Tanpa Nama berkata...

salam perkenalan

Azhar Ahmad berkata...

Jom buat team tokkkkk

bluecherry @ fai berkata...

cantek topi koboi tu.. :)

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...