Jumaat, Julai 13, 2007

HUJAN DI TENGAH HARI



Kain di ampaian mula menari-nari menyambut angin dari Selatan. Aku sangka panas sampai ke petang, rupanya mendung di tengah hari.

"Hari nak hujan. Gelap je langit tu bang," kata dia yang berdiri di jendela menyelak langsir.

"Bagus juga hujan. Dah lama tak hujan."

"Saya nak angkat kainlah bang," kata dia lagi tetapi masih memegang langsir. Cahaya dari luar jendela membentuk silhut tubuh yang berkeluk-keluk.

"Biar abang yang angkat kain tu. Awak berehatlah."

Aku mengorak langkah.

"Bukan angkat kain inilah. Angkat kain yang di luar tu lah. Hih hih hih. Mmmm."

"Mmmm."

Hujan pun turun. Mula-mula rintik. Kemudian renyai. Kemudian rembes. Kemudian rembas. Lebat selebat-lebatnya.

Titik-titik air melekat di kaca jendela.

Kain di ampaian lencun dibilas-bilas. Esok boleh masuk mesin, dan pusing perah sekali lagi.


............

Photo by Andy.

16 ulasan:

Cinta berkata...

Citer ape ni?

rasso berkata...

Ape lah...
hahahhaa

cerebrator berkata...

Scene jiwang nie...

Tok Rimau berkata...

Cinta,
Ini cerita seram sejuk.

Rasso,
Kau belum cukup umur untuk baca entri ini.

Cerebrator,
Director kata "cut." Kita ganti stunt man untuk scene kemuncak.

Roti Kacang Merah berkata...

macam citer romantik (romen-tik?)indo-french lah. boleh bikin filem, nih. heh heh

Tok Rimau berkata...

Roti,
Ini memang satu babak dari Short Movie yang sedang dibangunkan. Tema: Suami Mesti Bantu Isteri.

Bukan dalam job specs isteri untuk basuh baju, sidai baju, angkat baju n lipat baju. Kalau mampu, suami mesti cari maid. Job spec isteri yg utama, layan suami.

Babak yang satu ini akan menggunakan visual suggestive semiotic untuk mengambarkan syoknya berumah tangga. ha ha ha.

Babak lain yang masih sedang dibangunkan, suami tolong isteri buat kerja rumah jadik isteri tak penat untuk t/jawab utamanya.

Amyz! berkata...

:-O
Wooooo!!
Alamak. Dah terimaginasi pula....

dugongsenyum berkata...

buweheheheheh

tapai berkata...

What the *tut*!!

Samurai berkata...

Aku tgh mandi ais.

Tanpa Nama berkata...

this blog is rated 18sXXX.. hahaha.. especially kpd mereka2 yg kuat ber'imaginasi'

Mommy Lyna berkata...

kata nak angkat kain, apsal lencun jugak?

nurulazreenazlan berkata...

err, sitilina, memang la angkat kain, tapi kain lain yang diangkat, tu yang lencun juga akhirnya.

spyz berkata...

tak faham lah..
iskkk..
isskkk...

:-)

p/s sekadar info. ahad, 10mlm, ch11. 'ad persuasion' - rancangan ulasan iklan2 tv yg menarik...

Tok Rimau berkata...

Amyz,
Inilah teknik "Show, don't tell."

Dug,
lain macam je cara kau ketawa.

Tapi,
"tut."

Samurai,
Mandi ais dan bawa berpuasa.

Ninji,
27SX la.

Siti,
Itu namanya magic trick.

Nurul,
Tok lantik kamu jadi menteri penerangan Tok.

Spyzzzzzzzz,
Hari nak hujan. Angkat jemuran.

Kemat berkata...

seronoknya kalau hujan hari2 kan...

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...