Kira-kira duit dalam saku. Mmm... ada lebihan ni. Boleh sambar sepasang sandal.
Aku pun masuk kedai kasut dan memilih-milih sandal yang aku suka. Fuh! Aku nampak sandal PVC yang menyamar sebagai sandal kulit. Busana sebegini mungkin dipakai oleh Hercules atau Conan The Barbarian. Aku teruja. Aku pun mencuba.
"Ini sahaja saiz yang ada bang," kata gadis jurujual yang berpengalaman 10 tahun menyarungkan kasut ke kaki pelanggan.
"Untuk kaki kanan saya, saiz 8 ni memang ngam," aku memberi penerangan;"tetapi untuk kaki kiri- longgar."
"Memang begitu, kaki kita memang besar sebelah."
"Mmmm. Saya beli sebelah kanan saiz 8 ni dulu, dan sebelah lagi bila stok 7 1/2 sampai."
"Hii, Hiii, mana boleh," gadis jurujual itu ketawa.
Aku pun tidak jadi beli. Aku pembeli bijak, aku akan cari hari lain, di kedai lain. Itu pun jika masih ada lebihan wang dalam saku aku.
p.s.
Sekarang kalian sudah tahu saiz kaki aku, jangan berimaginasi yang bukan-bukan.
Selasa, Julai 17, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
10 ulasan:
ibu jari besar mana pulak ukur lilit? ha..ha..ha..
WOW!
Hahahaha
Kasut sebelah lagi boleh sumbat dengan tisu.
...dan si Naga pun berfantasi yang macam-macam... hahahaha
eh sama dengan suami kita, kalau nak beli kasut, sebelah kiri kena saiz extra 1/2. how lah.
great minds have shoe-problem alike?
tau apa 'makna' berkaki besar?
...
..
.
...
..
.
'anu'nya juga besar..
.....
..
anu = kasut
:-)
susah betul nak cari kasut
sypz,
ko mmg kreatif! boleh tak gunakan kreativiti ko ni utk menerajui FAM?
haha
Aku berfantasi yang bukan-bukan...Eh, samalah kita!!
tok rimau ni, lecturer subject uhb3012 ke yek??
*sedang melunjurkan kedua-dua kaki dan memerhati*
Catat Ulasan