Isnin, Julai 30, 2007

TERLANJUR TIDUR BERSAMA

Liz,
Masihkah engkau ingat, untuk satu hari sahaja, kita terlanjur tidur bersama? Atau engkau sudah terbiasa?

Ianya bermula dengan perjalanan dari Cheras ke Pusat Bandar dengan bas Len Seng. Kemudian kita tukar kepada bas mini dengan tambang 50 sen pula. Kita duduk sebelah menyebelah. Bersekedudukan di atas satu bangku.

Perjalanan bas pendek itu terasa amat pannnnnnnnnjang. Kita kepenatan.

Tiba-tiba sahaja kita sudah berada di markas bas mini. Tempat bas dibasuh. Tempat pemandu bertukar syif. Tempat bas mengisi minyak hitam. Kita terpaksa tunggu bas lain untuk patah ke Pusat Bandar.

Cukuplah ini sebagai pengajaran. Jika engkau mahu tidur dalam bas lagi, pesan dengan konduktor agar mengejutkan engkau bila sampai destinasi. Agar engkau tidak terlanjur tersasar perhentian lagi.

Liz,
Masihkah engkau ingat, untuk satu hari sahaja, kita terlanjur tidur bersama? Atau engkau sudah terbiasa?

9 ulasan:

rasso berkata...

Best tu wooo!

sambil dream-dream... lalalala

blackpurple @ jowopinter berkata...

Wah 'berseketiduranlah' kiranya ini ekk... :D

sinaganaga berkata...

Boleh sula dah ni. He he.

Kemat berkata...

nampaknya..aku juga pernah terlanjur tidur bersama sebelum kahwin..ooo....

Faisal Nordin berkata...

konduktor dan pemandu turut bersubahat!!

Tok Rimau berkata...

Rasso,
Malu ahh.. Penumpang lain nampak air liur meleleh.

Black,
Kerusi bas sama, mimpi lain-lain.

Naga,
Kalau gua bersalah, gua sanggup tonggeng.

Kemat,
Kau juga Kemat? Oh tidak! Apa nak jadi dengan dunia ini.

Ice,
Sekarang tiada konduktor, pakai mesin siling. Mesin tak boleh mengejut orang tidur.

ontahsapo berkata...

dah biasa lah tu...

Aku Bukan Bidadari berkata...

jahat!

denai berkata...

bas mini no 19, ha,ha,ha. konduktor akan kata, 'yang belakang tu, tolong masuk lagi, masuk lagi, rapat-rapat',

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...