Ahad, Mei 02, 2010

SAWAN NILAM DEWANI

Gua tahu banyak duit habis bikin pementasan bangsawan. Bukan duit sahaja, masa dan tenaga juga habis. Beriya-iya benar kerajaan negeri menaja agar rakyat jelata tahu seni budaya yang semakin hilang ditelan zaman. Gua teringin nak tengok rupa bangsawan, lantas gua dail mesin masa gua ke masa hadapan:

Tajuk: Nilam Dewani
Genre: Bangsawan
Lokasi: Panggung Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tarikh: 7 Mei 2010
Sinopsis: Puspa Kencana Pura di bawah pemerintahan Raja Gemala Dewa dan permaisurinya, Ratna Seri Kesuma. Mereka mempunyai seorang puteri rupawan bernama Puteri Seri Nilam Dewani. Raja Demaga yang memerintah Mendam Pura dan terkenal dengan sikap bongkak telah menghantar utusan untuk memperisterikan Puteri Seri Nilam Dewani. Namun, Raja Gemala Dewa telah menukarkan anakandanya menjadi nyiur gading dan dihantar ke bumi sebagai helah untuk menghalang perkahwinan tersebut.

Warning: Spoiler ahead.

Oleh kerana gua pembayar cukai dan duit gua digunakan untuk menjayakan pementasan, gua berhak buat ulasan. Gua bagi hukuman, Nilam Dewani 2 bintang dari 5 bintang. Rungutan utama gua:
  1. Watak Entah Dari Mana: Ketika protagonis terdesak mencari jalan mahu menumpaskan Raja Kayangan, datang seorang pendita memberi senjata rahsia. Gua tahu la bangsawan ini tahyul campur fantasi tetapi sawan la jika mengeluarkan satu watak baru 3 suku cerita dengan tiba-tiba dan kemudian watak itu hilang tanpa penjelasan.
  2. Selingan Yang Tak Ikut Tema: Satu babak ke satu babak dipisahkan dengan nyanyian dan tarian. Apa yang gua musykil adalah selingan itu tiada kena mengena dengan naratif Nilam Dewani. Tarian zapin kreatif dan pop yeh yeh itu gua maafkan lagi tetapi bila dah masuk lagu Hindi dan The Beatles gua jadi sawan. Production design fail.
  3. Prop yang dibincang tapi langsung tak guna: Raja bagi satu senjata kepada puteri untuk melindungi dia sepanjang dia jadi kelapa. Then, that's it. Tiada khabar berita lagi tentang senjata tu. Langsung tak diguna dan disebut lagi selepas itu
Takkan langsung tiada yang bagus kata lu. Ada. Gua suka benda ni:
  1. Raja jin yang jahat ala Gollum dari Lord of The Ring. Kalau tak kerana watak raja jin ini, dah lama budak-budak asrama berbaju batik yang dipaksa hadir tu angkat kaki. Syabas!
  2. Kesan khas puteri bertukar menjadi pokok kelapa gading. Kagum juga gua bila kena tipu. Canggih kelapa tu tumbuh dari asap. Gua suka.
  3. Queen Kayangan yang king size. Memang kena pada wataknya.
  4. Pemuzik iringan. Memang mantap grup ni. 
  5. Busana kayangan warna warni retro fantasi dengan bahu terjongket dan ketiak bersayap. Memang out of this world.

Lu mesti kata, jangan pandai komen je, bagi la penyelesaian atau cadangan. Okay gua bagi cadangan.
  1. Buang watak pendeta berbaju cermin bulat dari sharperner pensil. Biar pawang hijau raja je yang bagi senjata daun kepada putera raja kurus.
  2. Ganti selingan muzikal dengan comic relief. Biar pengawal, inang dan menteri raja bergilir jadi pak lawak ketika selingan.
  3. Jangan libatkan nama Johor. Gua malu.
  4. Tukar bangsawan ni kepada genre sci-fi. Baru tak tahyul ngarut teater ni. Makhluk kayangan jadi makhluk planet asing. Sakti-sakti  tu tukar jadi laser dan gajet. Puteri jadi transformer jadi motorsikal.
Okay. Itu sahaja. Gua nak ke zaman persekolahan gua dan buat semula peperiksaan penilaian darjah 5.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Bangsawan: A Social and Stylistic History of Popular Malay Opera (South-East Asian Social Science Monographs) 
Hikajat Indera Bangsawan: Salinan kitab jang tersimpan di Bataviaasch Genootschap (Serie) 

6 ulasan:

Rusdi Abd Rahman berkata...

Tuan Tok Rimau,
Terima kasih berkunjung ke blog kerdil kita.
Ada beberapa kebenaran seperti yang diungkap oleh tuan ini, bagus kritikan dan teguran itu. Kita juga setuju bahawa aspek 'spektakular' yang paling menonjol iaitu Raja Jin dan asap bertukar jadi pohon nyiur gading...
(Izinkan kita masukkan blog tuan dalam senarai blog yang sering ditinjau dalam blog kita ya...)

Tok Rimau berkata...

Alamak En Rusdi datang. Maaf bahasa saya tunggang langgang. :-)

Tanpa Nama berkata...

Salam tok rimau

Lu punye review mmg bagus..gua pun sokong..tapi gua baru dua kali tengok teater sepanjang hidup.. Gua datang tepuk tangan je..hehe

Nida Shaari berkata...

selingan antara babak tu dipanggil extra turn.. nama pun begitu, memang lah tak ada kaitan langsung dengan jalan cerita..

Pegawai Khalwat berkata...

Selingan atau extra turn memang macam tu bang. Selalunya tak mengikut naratif. Kalau mengikut naratif pun tak salah.

Sebab dulu-dulu (cerita dulu-dulu), extra turn memang satu escapism. Orang datang tengok bangsawan bukan semata nak tengok cerita dan seri panggung semata, tapi nak tengok extra turn.

Tapi tu dulu lah.

Hehe hehe...

Ryn Mohamed berkata...

Salam, saya ialah salah seorang yang terlibat secara langsung dlm produksi Nilam dewani.. Terima kasih atas segala pandangan, kami akan cuba perbaiki pada masa akan datang, InsyaAllah..

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...