Selasa, Oktober 12, 2010

KARUNG GUNI DOT COM

Kepada penggemar barang langka (rare), gua baru jumpa satu kedai yang amat langka di Johor. Ia menjual barang-barang terpakai dalam bentuk mainan, perhiasan rumah, perhiasan badan dan barangan antik. Kebanyakannya datang dari Australia.

Taukenya bernama Jane dan Vincent. Mereka sangat peramah. Gua singgah beli pelbagai bentuk Spiderman, Batman dan buckle talipinggang tembaga.

Oleh kerana kedai ini langka, maka maklumat kedudukan kedai ini juga langka. RM10 untuk maklumat lokasi. E-mel gua untuk urusniaga maklumat.

Gua memang pakar bab model perniagaan ganjil dan ekonomi baru. Ha ha ah!

Otai-otai di luar kedai bukan untuk dijual

Kereta-kereta plastik terpakai
Kereta-kereta besi
Figura aksi pelbagai bentuk
Topi koboi asli dari Australia sesuai untuk di pakai ketika mahu melaram.
Gua pun patutnya duduk sebelah barang-barang antik ni. Ha ha ah!

3 ulasan:

MushroomCute@Mariea berkata...

Mengapakah daku tidak menjumpainya dahulu?

Zero2Hero berkata...

kat cheras ada satu..

kat bdr tasek selatan..

Si Jambi Darat berkata...

dah mahal skang ni kedai tu..dulu lubuk aku cari barang..hehe

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin