Isnin, Oktober 25, 2010

PERASAN POPULAR


Gua melabuhkan punggung di atas kerusi. Keluarkan sebatang rokok dan cucuh api. Gua sedut penuh paru-paru dan lepaskan perlahan-lahan. Setiap sedutan mesti dinikmati. Rokok mahal sekarang.

Gua panggil pelayan datang ambil pesanan. Pelayan itu datang sambil berlenggang. Dia catat pesanan dan terus ke dapur. Mata gua tidak ikut pinggulnya ke dapur. Pandangan kedua dah kira dosa.

Lima minit kemudian, pelayan itu datang menghulur cawan atas meja. Dia kata, "Tok Rimau?"

Terperanjat gua. Macam mana pelayan ni boleh kenal gua? Tidak sangka gua popular.

Gua pun menghulurkan tangan untuk berjabat. Gua tanya, "Macam mana kenal?"

Pelayan itu nampak keliru. Dia ulang lagi dengan nada lebih kuat, "Teh-O limau?"

"Teh-o limau?" Gua pun ketawa, "Ha! Ha! Ya, ya, abang order teh-o limau tadi."

Celaka! Gua salah dengar. Malu gua. Malu siot. Merah muka gua agaknya.

"Terimakasih," sambung gua lagi cuba kawal kool. Pelayan itu pun berlalu. Dan gua pasti dia berlalu dengan anggapan yang bukan-bukan.

15 ulasan:

Fnd Rocka berkata...

Peh..nasib baik x berlaku masa melepak dgn.kawan2

Tok Rimau berkata...

Memang dgn members pun. Semua pun salah dengar, pelayan tu sebut Tok Rimau. Mungkin gua tak salah dengar. Pelayan tu yang tu yg salah sebut.

Darkkadabra berkata...

Tok. Tok. Penat gua gelak baca cerita ni.

Tapi sekali sekala perasan femes. Okay jugok yedok?

Unknown berkata...

Hahahaha...Pasni leh panggil Tok Teh-O Limau..

Tanpa Nama berkata...

cool tok, cool.

pizli.mw berkata...

Hahahaha...

Jef Hadi berkata...

relaks la tok.

mana tahu, lepas tu dia ngulor, pegi online, sebab nak google siapa kah tok rimau itu?

kan kan kan??

Jasni™ berkata...

i like this

dugongsenyum berkata...

hahaha

Alan berkata...

sabau tok hehehee

Tanpa Nama berkata...

hahaha tokk perasan sungguh..

pst pst len kali korek telinga dulu sblm kuar minum..satgi malu lagi.. =P

Tok Rimau berkata...

Takpe, ini hari dia. esok hari dia juga. mungkin lusa hari tok. :-)

Unsunghero berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unsunghero berkata...

...lawak tok paling tragis untuk bulan oktober :)

FIFIEY LYCHEE MARATION berkata...

haha, bisa sjaa yaah:D sgtt lucu..

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...