Khamis, Disember 30, 2010

BUKAN TIGER CUP, MALAYSIA JUARA AFF SUZUKI CUP 2010


Dalam jangka hayat ini aku tidak sangka dapat menyaksikan sejarah. Sejarahnya adalah semalam, Malaysia berjaya menjuarai piala bola sepak Asean Football Federation, atau lebih manja dikenali sebagai AFF Suzuki Cup pada tahun 2010.

Semua orang pun sudah tahu, tetapi perlu juga dicatat di sini untuk rujukan akan datang. Ketika final, dalam pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur,- Malaysia mengalahkan Indonesia 3-0. Dalam pusingan kedua di Stadium Bung Karno, Gelora Jakarta- Indonesia mengalahkan Malaysia 2-1. Secara aggregate, Malaysia juara 4-2. Yeay! Syukur Alhamdulillah!

Perdana Menteri Malaysia seterusnya mengisytiharkan cuti peristiwa untuk hari Jumaat 31 Disember 2010.

Dulu Suzuki Cup ini adalah Tiger Cup (1996-2004). Bila penajaan tamat, namanya ditukar kepada ASEAN Football Championship (2007). Bila dapat tajaan dari Jepun, tukar nama lagi ke Suzuki Cup (Mula 2008). Kalau bisnes Kicap Cap Kipas Udang amat maju dan mereka mahu menaja piala ini, maka dipanggil pula Piala Kicap Cap Kipas Udang. Bagus juga Malaysia tidak menang dahulu (1996-2004) kerana pasti dan jelas Piala Tiger Cup tajaan syarikat arak itu haram direbutkan. Tak gitu?

Bentuk sokongan terhadap skuad juga berbeza kali ini. Pada aku, dari sudut komunikasi, perang siber melalui Twitter antara penyokong Malaysia dan Indonesia menjelang dan semasa perlawanan akhir adalah peristiwa bersejarah juga. Penyokong merasakan perlawanan itu milik mereka walaupun mereka tidak berada di stadium. Antara hastag yang popular adalah:

#affsuzukicup #harimaumalaya #garudafightsback #malaysiacheatlaser Hate Malaysia Malingsia

Pada awalnya penyokong Indonesia mempersoalkan gangguan laser dari penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil terhadap pemain mereka. Tetapi apabila terbukti penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno  juga begitu, maka hujah itu lenyap. 2 X 5 = 10. 5 X 2 pun = 10. Sejarah bukan, di Afrika Selatan, kontroversi penyokongnya adalah bunyi bingit vuvuzela tetapi di Asia Tenggara, konfliknya berkitar kepada pancaran laser. Canggih!



Jika kamu seorang yang matang, kamu tidak akan emosi sangat dengan provokasi ini. Anggaplah sebagai gurauan adik beradik. Bak kata frasa Inggeris, sticks and stones will break my bones but words will never hurt me, semuanya berlalu bagai air di bawah jambatan. Menonton acara siaran langsung sambil bertwitter adalah menyerukan. Satu lonjakan besar kepada penglibatan penonton dalam acara olahraga.

Kalau jurulatih Raja Gopal dapat Datuk, penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat dapat bonus 12 bulan, dan Pemenang but emas Mohd Safee Sali dapat tanah di Pasir Mas- tidaklah aku mahu merungut. Selayaknyalah skuad dapat imbuhan. Kan?

Akhir kata, TAHNIAH diucapkan kepada skuad Harimau Malaya,

8 ulasan:

afrohead berkata...

salam kemenangan tok rimau! yeah!

Amyz! berkata...

bangga tak membawa nama 'tok rimau'? :-)

Nik Zulkhairi berkata...

tok rimau = tiger cup?

nad berkata...

Piala Kicap Cap Kipas Udang?
haha..menunggu juga ni
kira lagi halal dari Tiger Cup tu kan tok?

Zafira berkata...

Alah. Saya suka kicap Jalen. Sedap apa.

Tapi kita tidak boleh menidakkan akan bunyi komersial yang ada pada kicap cap Kipas Udang. Well.. Harap kicap cap Kipas Udang dapat untung berganda-ganda dan sponsor kejohanan akan datang pula. Eheh.

Apa-apapun, tahniah dan syabas Malaysia! ^__^b

BuRuuj berkata...

tok,
tahniah! nama harimau disebut2 diseluruh ceruk malaya.

suke lah frasa, bagai air di bawah jambatan;)

Positif Healing berkata...

selamat lah, buat tim malaysia.. :D

AWANG berkata...

Tok, bace sajok aku di http://daerahdungun.blogspot.com/2010/12/bakpe-sempena-kemenangan-malaysia-piala.html

COSTOCHONDRITIS

 Masa aku sudah sampai. Mungkin malaikat maut sudah memberi salam.  Saat aku mengalami sakit dada, fikiran aku langsung melayang pada serang...