Tiba-tiba seorang kawan Ajami menambah komen, "Mereka bakat baru lagi, tetapi amat berpotensi besar di masa hadapan." Alamak! Rupanya salah seorang pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah sendiri tolong jawabkan. Gua rasa malu gak sebab main lazer-lazer gitu. Gua segera minta maaf.
"Maaf Encik Syed Mohamad Asri, lancang sekali mulut saya."
"Takpe. Pelakon-pelakon mesti menerima segala kritikan untuk memantapkan bakat mereka."
Dipendekkan cerita, gua pun Add Syed Mohamad Asri (Sy8) sebagai Friend. Terus gua dapat wawancara eksklusif dengan Usop (Bukan Sy8), bekas penari kebudayaan dan penduduk Kampung Pisang.
...........
Assalamualaikum Encik Usop,
Tok Rimau: Kes hantu Kak Limah balik rumah heboh diperkatakan orang dalam surat khabar dan internet. Encik Usop adalah salah seorang penduduk Kampung Pisang yang terlibat secara langsung dalam misteri ini. Oleh yang demikian, saya harap Encik Usop dapat menjawab beberapa soalan untuk blog saya. Ya lah, sebelum Wikileaks mendedahkan, lebih baik Encik Usop sendiri memberi penjelasan.
Usop: Terimakasih di ateh soalan miker yg membingungkan kepala awokk (saya dlm bhs perak), dah macam soalan stpm lagoknyerr sdgkan rata2 masyarakat kg pisang spm pun xde kecuali pak jabit yg ada sijil keusahawanan utk membuka gerai... apa2 pun dgn semangat english edukesyen yg ada, awokk cuba jawab soalan miker tu walaupun takder jawapan secara objektif..
Tok Rimau: Ada yang berpendapat bahawa Encik Usop adalah penari separa mahir kerana Encik Usop yang melenggangkan sebelah tangan sahaja apabila bercakap. Apakah Encik Usop setuju dengan pendapat ini? Cuba citer, cuba citer.
Usop: Sebenornyer, Usop ni xler terror mana pun menari, eksyen jer lebey. Usop ni cuba mengangkat martabat penari2 yg berselerak di tanah pamah Malaysia ni yg selama ni tidak di hargai dan diberi perhatian seperti di barat. Kdg2 dlm mana2 show, penari2 latar di beri layanan yg teruk seperti tidak memberi impak kepada sesebuah show.
Tok Rimau: Pada suatu hari yang aman tenteram, burung berkicauan dan angin sepoi-sepoi bahasa, Encik Usop ditimpa kemalangan sehingga kedua-dua kaki Encik Usop menjadi lumpuh. Hinggalah sekarang masih belum sembuh. Apakah pandangan Encik Usop tentang prasarana Orang Kurang Upaya di Kampung Pisang? Cuba citer, cuba citer.
Usop: Definasi OKU ni luas, secara directnyer Usop di kategorikan sebagai OKU kerana kakinyer yg lumpuh dan menggunakan weecha hak milik kerajaan. Usop adalah OKU yg nampak secara jelas. Namun OKU juga patut diguna pakai oleh ahli2 masyarakat yg xbley berfikir secara rasional, yg hanya mengikut jer (Yes Man) dan mudah membuat andaian sebelum selidik ke akar umbi... INi lah OKU yg melumpuhkan sistem masyarkat kita pada masa ini. Ilmu itu memberi kesempurnaan kepada pemiliknyer dan mampu merubah keadaan menjadi lebih baik.
Tok Rimau: Adakah Encik Usop berdendam dengan orang yang membajak kaki Encik Usop hingga lumpuh? Cuba citer, cuba citer.
Usop: Dendam tu tetap ada tetapi Usop seorang yg lebey memikiorkan cara hidup Usop. Cuma bila melihat org yg membuat Usop lumpuh sedikit sebanyak mengimbau kembali nostalgia kaki di bajok kubota tu. Namun Usop bukannyer marah pasal kaki digelek, cuma Usop lagi terkilan xdapat nak rasa kek blueberry yg jadi peberet Usop tu..
Tok Rimau: Secara logik, jika rumah Kak Limah dibakar, hantu Kak Limah akan lebih marah lagi. Bagi cadangan lain bagaimana orang kampung boleh menghapuskan hantu Kak Limah?
Usop: Tu ler org kita, ikutkan logik jer, blum tentu lagi kak limah akan mengamuk kalau rumah dia kena bakor, kita kena cuba gunakan segala kaedah yg ada utk hapuskan Hantu Kak limah tu. Berdasarkan tahap IQ yg ada pada penduduk Kg pisang, membakor tu adalah cara yg terbaik yg dapat dipikirkan pada masa tu krn dah tak tahan kena ganggu. Cara lain yg usop rasa perlu di buat, ialah dengan pajakkan rumah Kak limah tu pada Dennis Lim, pasei org cina ni bab2 harta dan asset deme jaga dan tatang betui2.
Tok Rimau: Apakah hubungan Encik Usop dengan Abi Hurairah? Abang-adik? Tuan-kuli? Kawan biasa? Ehem-ehem? Apa? Cuba citer, cuba citer.
Usop: Hubungan dgn Abi tu hanya di pengaruhi oleh faktor Si Abi yg mudah di eksploitasi oleh Usop tanpa sebarang bayaran. Di kg2 mmg ada jenis2 yg mcm ni, belanja minum teh atau mee kari kedai cina sure dia akan anggap kita sebagai abg long dia walaupun kita tak bagi gaji... hubungan lain..hmmm sorry he is not my taste, not like Usin
Tok Rimau: Menurut pemandu ambulan, Kampung Pisang adalah tempat sial di mana bala turun. Ada zombielah, ada hantulah, pendek kata macam-macam berlaku. Encik Usop sudah tinggal di Kampung Pisang sekian lama. Apakah yang Encik Usop harapkan untuk masa depan Kampung Pisang? Cuba citer, cuba citer.
Usop: Utk masa depan Kg Pisang yg sejahtera ini, Usop benor2 berharap agar pihak berkuasa dapat membina projek jalur lebar di kg pisang dan kemudahan internat diberikan secara percuma, hanya melalui projek ini, penduduk kg pisang yg tidak ada spm dapat berinteraksi dgn dunia luar melalui penggunaan facebook, twitter dan juga google.
Tok Rimau: Apakah yang menghalang Kampung Pisang dari menjadi seperti sebuah kampung dalam wawasan Encik Usop? Cuba citer, cuba citer.
Usop: Halangan utama adalah tahap edukesyen penduduk2nyer yg berpuashati dgn ilmu yg ada, hidup umpama kais pagi makan pagi, tidak ada keinginan utk mencapai taraf pendidikan yg tinggi, mgkn dgn adanyer akses kepada facebook seperti jawapan tadi tadi boley merubah IQ penduduk2 di sini.
Tok Rimau: Bagaimanakah pengalaman Encik Usop sebagai bekas penari kebudayaan boleh menyelamatkan Kampung Pisang dari terus dilanda nasib buruk? Cuba citer, cuba citer.
Usop: Sebagai bekas penari kebudayaan, utk mengelakkan kg pisang terus di landa nasib buruk adalah dengan membakor semua benda2 yg boleh mendatangkan masalah pada masa depan. Tubuhkan unit CSI utk menambah baik cara2 pembakoran di masa depan.
Tok Rimau: Berbanding dengan penduduk Kampung Pisang yang lain, Encik Usop mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris yang tinggi. Apa pendapat Encik Usop tentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran sains dan matematik? Cuba citer, cuba citer.
Usop: Payah nak suruh org kita kuasai sains n matematik dlm english edukesyen kerana ianya kena bermula dari peringkat awal dan konsisten. Kena guna subjek yg lebey mudah xperlu pikior banyak. Misalannyer subjek tarian asas di sekolah rendah, bila nak dimatematikkan kita guna perkataan step, one and two, two an three, three and four dan seterusnyer, dan kalau nak disainskan kita guna ler ayat2 sains seperti take your deep oksigen not breath.
Tok Rimau: Saya mahu tamatkan wawancara ini dengan soalan wajib sebuah program hiburan berinfomasi:- Bila Encik Usop mahu kahwin? Cuba citer, cuba citer.
Usop: Kahwin??? Usop masih menunggu Usin seperti gak Ayu huhuh
****
Sekian terimakasih. Kami pun singgah di warung Pak Jabit dan orde secawan kopi janda. Bukan nak berniage, cuma nak menggode. Hi Hi Hi! Terimakasih En Usop kerana sudi belanja minum. Kena tolak weechar la pulak. Dah la rumah atas bukit. Nyesal awokkk.
Begitulah flashback saya.
TONTONILAH HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH DI PAWAGAM-PAWAGAM BERDEKATAN! SILA BAWA BINDING TAPE IKAT PERUT SEBAB PENONTON KATA MEREKA PECAH PERUT MENONTON HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH.
p.s
Lawatan sambil belajar:--> Blog Gunx: (Eksklusif) Sembang Letup bersama Syed Mohamad Asri pemegang watak Usop dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.
16 ulasan:
Terbaik! :-)
cer citer. cer citer. haha.
plawok plawok plawok plawok
pakai pampers ah senang. kompem nak tekencing sebab gelak. bawak tisu jegak. sebab nanti mesti keluarkan air mata tahap lawak dia tu.
Wa dapat imajin si usop tu betul2 sedap bercakap..
terbaek
hahahaha..entry ni dah sama lawak dengan hantu kak limah..ape pun usop mmg idola aku..
nice entry..kupasan yang bagos..
terbayang-bayang ghua usop punya lambaian tangan sambil jawab interview .
cube citer , cube citer ...
:):):)
Aku baca macam gaya Usop bercakap hehe..
haha. baca wawancara ni pun kena sediakan binding tape.
Wakakakakaka!!! Kenapa saya terdengar suara Abang Ucop tu bila baca wawancara ni. KAKAKAKAKA!!!!
hehe...besh2..kelaka..memang sebijik rasa macam ucop yang bercakap..
Btw,
Jemput rehat di Kiz Garden..pelbagai info besh untuk anda..Klu suke folo n gtau member ya!hehe(sempat pomote)
www.kizgarden.blogspot.com
Salam Tok Rimau,
Banyak aksi, babak dan dialog yang tergabung kritikan sinis... banyak yang boleh dikupas melalui HKLBR namun antara yang diingati "Bomoh Siam dan Bomoh Indonesia".
Terima kasih, menumpang kirim kata-kata ulasan...
:)
bhahahha
the best interview ever,naper cm raser tgk video jek bkn bace,TERBAEK DR LADANG
terbaek lahhh!!
Catat Ulasan