Isnin, Januari 31, 2011

PERAIH BUKU TERPAKAI

Anda ada buku terpakai yang ingin dijual? Kami di Wonder Stuff boleh membantu.

Cara-caranya:
1. Tampal tanda harga buku-buku anda.
2. Masukkan buku-buku itu dalam bekas plastik besar (macam toyogo).
3. Sediakan senarai buku-buku atas sehelai kertas.
4. Pagi 6 Feb hantar bekas plastik berisi buku itu ke Lost Malaya.
5. Petang 6 Feb kutip semula bekas plastik dengan baki buku yang tidak terjual.
6. Wonder Stuff mengenakan caj RM5 bagi setiap bekas toyogo berisi buku tak kira saiz sebagai upah menjaga dan menjual buku-buku anda.

Sila hubungi wakil Wonder Stuff : tokrimau(at)gmail(dot)com

Sekian terimakasih.

LARI DARI BANJIR



Melayan rintik gendang hujan di bumbung, sambil minum kopi dan makan ubi kayu rebus. Teringat entri lama dalam blog mengenai banjir. Cerita ini dikutip ketika minum-minum bersama pegawai FELDA semasa ada projek kebajikan di FELDA dulu. Nikmatilah, siaran ulangan FELDA di bumi Permata.
.............



Lari Dari Banjir- Seperti yang diceritakan oleh Pengurus Felda yang hampir pencen

Terlalu banyak cerita untuk jadi pengajaran yang hilang ditelan telinga kerana ianya disampaikan secara lisan dan tiada usaha untuk merekodkannya. Mungkin weblog boleh membantu menyampaikan cerita-cerita ini kepada generasi akan datang.

Sebelum peneroka masuk rumah yang dibina oleh FELDA, pegawai-pegawai FELDA telah mula meneroka hutan dan paya bagi membuka dan membangunkan kawasan tersebut. Mereka berkawan dengan pembalak, orang asli dan mergastua. Pada zaman tanpa kelui dan telefon selular, hidup dihutan amatlah mencabar.

Suatu hari hujan turun dengan lebat sekali. Tiada tanda-tanda ianya akan berhenti dan sungai mula melimpah. 3 orang pekerja FELDA membuat keputusan untuk lari menuju ke gunung memandangkan air banjir mula merebak ke kawasan hutan tempat mereka bertugas. Dalam hujan mereka meredah hutan kerana keadaan amat terdesak. Salah seorang dari mereka menghidap lelah lalu rebah. Kawan yang seorang itu diziarahi malaikat dan dicabut nyawanya.

Dengan semangat setiakawan, 2 sahabat lagi mengendong mayat bersama mereka menuju ke tanah tinggi. Bila mereka dihalang parit, mereka terpaksa melontar mayat ke seberang sebelum mereka sendiri meloncat. Mulanya digendong tetapi bila tenaga telah hilang mayat terpaksa diseret. Mayat itu melambatkan lagi perlarian mereka dari bah yang meligan. Kederat manusia tidak terlawan cuaca yang buruk itu. Basah hujan lebat berjaya melunturkan kekuatan mereka. Setelah sekelian lama, mereka mengambil keputusan untuk mengikat mayat sahabat mereka itu dengan rotan pada pokok dengan harapan selapas banjir surut kelak, mayat itu akan disempurnakan.

Dengan hati yang penuh berat, mereka beredar menuju ke kawasan yang lebih selamat. Mereka ditakdirkan selamat dan membawa pulang cerita yang penuh sedih penuh kecemasan ini.

Namun begitu, mayat sahabat mereka tidak dijumpai selepas banjir. Hanya rotan sahaja yang memeluk pokok tinggal ditempat kejadian.

Sehingga sekarang tiada hari khas seperti hari pahlawan bagi pegawai FELDA yang membuka tanah hutan rizab bumiputera ini. Aku kira banyak lagi cerita-cerita pengorbanan yang dilakukan oleh FELDA yang tidak tertulis. Wallahua'lammissawab, ada soalan yang tidak terjawab.

last modified Jan 29, 2003 at 18:58

Jumaat, Januari 28, 2011

MASKARA JUBLI BESI


29 Januari 2011, 8.00 malam, di Rumah PENA.

Khamis, Januari 27, 2011

TIPAH TERTIPU

Gambar Hiasan

Boys and girls,

Pakcik diminta menulis tentang hal ini. Pakcik rasa ini pesanan khidmat awam yang baik. Maka Pakcik pun tulis la.

Adalah fakta yang tidak boleh disangkal lagi bahawa banyak perempuan dari lelaki atas menara gading. Mereka ini bijak dan pandai berbahasa Inggeris.

Maka, lelaki-lelaki yang kurang bijak dan tidak pandai berbahasa Inggeris kurang mendapat perhatian dari mereka.

Adalah fakta yang tidak boleh disangkal lagi bahawa dalam dunia tanpa sempadan ini, ramai yang berpeluang berkenalan dengan lelaki luar negeri. Mari kita lihat satu contoh e-mel ayat-ayat power lelaki luar negara.

From: David;davidmandrakee@englandmail.com;
Date: Wed, Jan 20, 2011 at 1:38 AM
Subject: Re: hello
To: tipah_hot@gmail.com


Hi Tipah Hot,

You must be asleep by now,i just close from from work and just about to go home.Though we did not speak long on the phone,but it was nice to hear your voice.You have good voice,you sound so young and so lively and full of energy.You must be a great person to spend time with.The first thing that captured my interest about you is your smile and then your friendliness,now i also like your voice and i hope we can talk more.

You said that you think that your heart is dead,to me it is a hard word to use when refering to the issue of love.

I would love to know about your family.I have one brother and three sisters,they are all doing well with their families respectively.

How tall are you and what is your favourite colour? i am 6.1ft and i weigh 84kg.When i am not working i spend time reading,watching my favourite tv show,working out in the gym and hanging out with friends.And i normally travel during my holiday.I do not know what else to tell you about myself so i prefer that you ask me anything that you wish to know.

If you wanna call me at anytime,this is my number +447031808888.And tell me your name please i wanna know you by your real name.

Take care and keep in touch.

David


Sebenarnya ini adalah permulaan satu skim penipuan. Beberapa siri e-mel-mengemel kemudian, David akan terbuka hati memberi hadiah kepada Tipah Hot mungkin sempena harijadi, mungkin sempena valentine, mungkin sempena hari guru, macam-macam hari lagi yang wanita mengharap lelaki bagi hadiah. Lemah pakcik.

Anyway, diceritakan David juga mengepilkan wang tunai untuk membolehkan Tipah beli baju baru atau tiket Airasia. Wakil kastam akan menghubungi Tipah pasal wang tunai dalam hadiah tersebut. Tipah mestilah membayar denda, cukai atau levi dalam jumlah yang besar. Wakil kastam akan memberi nombor akaun untuk Tipah masukkan duit. Dan Tipah pun masukkan duit dalam akaun.

Stop sini. Rasanya pembaca yang tidak pergi menara gading pun dah tahu bahawa wakil kastam itu bukan wakil kastam benar. Dan akaun itu adalah akaun orang jahat. Dan Tipah tertipu.

Kalau Tipah masuk menara gading dan bijaksana, tentulah Tipah dapat kesan penipuan ini kan? Tapi apakan daya, cinta itu buta. Lebih-lebih lagi kalau ayat power itu dalam Bahasa Inggeris.

Selasa, Januari 25, 2011

POTONG STIM

Boys, pakcik dah dengar banyak kali. Girls kata lelaki tahu bahasa Inggeris amat romantik. Sungguh, pakcik tak tipu. Nak tipu buat apa?

Sekali tu pakcik dapat cerita, seorang minah ni sms mamat dia, "I am here to make you happy, thats the purpose of my life, anyway."

Amboi! Cintan tahap gaban.

You tahu apa jadik boys? Tentu la tidak kan. Pakcik belum abis cerita. Ha, ha, ha. Bangang.

Apa jadik adalah, mamat tu balas text mintak minah tu terjemahkan sms tu. Potong stim betul.

Sekarang ni minah tu dah berkira-kira nak dump mamat tu. Kasihan tak? Hah! Jadik, belajarlah BI rajin-rajin.

Gambar minah hot untuk motivasi belajar B.I.
Pakcik nak tutup dengan petikan kata dari filem Hantu Kak Limah, "Itulah pentingnya English Edukasyen."

Isnin, Januari 24, 2011

LALANG DAN BULAN

"You are my late nights and you are my early mornings," said the grass to the white moon.

Ahad, Januari 23, 2011

SUATU PEMERGIAN

Tanggal 19 Januari 2011, waktu Zohor, Kak Mariani meninggal dunia. Sebelum itu dia sudah berada dalam wad rawatan rapi selama dua hari kerana diabetis dan lemah jantung.

Aku mengenal arwah sebagai seorang wanita lucu yang ceria dan seorang kakak ipar yang penuh dengan hidup. Dia mengikut suaminya, menunggang motorsikal besar dalam kembara-kembara mereka. Ada yang sampai ke Thailand. Mereka berdua mempamerkan satu pasangan yang romantik.

Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Sinaran Masai selepas Isyak.

Aku mendapatkan abang awang untuk mengucapkan takziah. Kami berpelukan. Lama pelukannya. Aku lihat wajahnya yang sugul. Matanya yang merah menakung air mata. Dalam masa yang sama cuba menyembunyikan kesedihan demi anak-anak tersayang. Redho dengan kehilangan orang tersayang.

Setiap yang hidup pasti mati. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Isnin, Januari 17, 2011

KECEDERAAN SUKAN


Bila umur dah season 4 ni, badan memang dah tak kental.

Ligamen dan kartilej lutut gua dah macam haus. Gua amalkan makan glusamine untuk kuatkan lutut.
Ada sedikit pemulihan tapi tak 100%. Kalau naik tangga, sendi kaki gua masih bunyi kelatak-kelutuk.

Jari telunjuk sebelah kiri bengkak cuba menguis bola laju. Tulang belakang pun sakit-sakit akibat meloncat rebut bola rebound tinggi dan terbaru rusuk kanan sakit bila gua bersin dan ketawa. Lain kali, kalau nak halang rempuhan lawan, gua kena lindungi dada dari siku dan bahu lawan.

Atau biarkan je dia lepas.

Kalah hari ini, mebolehkan gua main esok. Kalau cedera, habuk pun tarak.

p.s
Update Kecederaan Teammate:
Mik, season 3, sakit bahu akibat jatuh motor 5 tahun lepas. Sekarang kerap ulang alik rumah urut.
Man, season 3, ligamen koyak. Doktor suruh rehat 2 minggu.
Asraf, season 2, jantung saiz kecil tak boleh endurance lama.
Mizamil, season 3, perut dah boroi. Gerak dah lambat.
Ekbar, season 3, semput menyerang. Tidak boleh main lagi.

Yang lain-lain masih boleh lenting sampai bumbung. Kuat lagi.

BASKETBALL OTAI SKUDAI


Dalam dua tiga bulan ni, scene basketball Otai Skudai makin rancak. Kami ada coach yang sudi beri tunjuk ajar. Dia bekas pemain Sarawak. Umur 25. Mulut macam perempuan. Ha ha ha.

Kami dah tak penat main fullcourt dan berani buat friendly games. Kami lawan dengan Team Serene Park dan Team Indonesian Students. Kami ni tak la terer mana, cukup la kalau kalah tak lengit.

Apa pun, 3 bulan ni banyak kami belajar berbanding 20 tahun aku main. Thanks coach.

Sayangnya coach dapat job kat KL, and he's leaving us. :-(

CARBOOT SALES JOHO

 
Pada , saya dan Syed berniaga buku terpakai di Joho Carboot Sales di Lost Malaya, tepi pantai Lido. Jualan saya Rm40. Saya beli pula barangan dari gerai lain, Rm10. Bayar sewa tapak, RM20.

Saya bawa balik RM10. Jadilah, itu namanya rezeki.

FIREFOX MEMANG ADA DERIA HUMOR

Khamis, Januari 06, 2011

BANYAK SANGAT SERAM ADALAH FALASI



Ramai orang komplen, asyik-asyik filem seram. Dakwaan filem genre seram menguasai tayangan filem Melayu sebenarnya adalah satu falasi. Cuma 7 filem dari 29* yang dilabelkan sebagai seram oleh FINAS dalam data di web mereka untuk 2010**.

Misteri 1/29
Muzikal 1/29
Fantasi 1/29
Seram 7/29
Drama 7/29
Cinta 7/29
Aksi 9/29
Komedi 14/29

Gua kira congak pakai tangan je ni. Tidak pakai excel atau kalkulator, maka mungkin ada kesilapan plus minus 1. Cuba kalian buat hisab untuk filem paling untung dan paling rugi pula. Gua matematik ni tak berapa nak terer.

* Ada filem yang mempunyai lebih dari satu label genre
**Damping Malam tiada label tetapi kita andaikan ianya dalam genre seram kerana ada elemen supernatural. Contoh Aksi/Drama/Cinta

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...