Rabu, Februari 23, 2011

LARI DARI RUMAH



Semalam Afimon nak lari dari rumah.

Sebelum itu, dia ada masuk ke dapur dan buka peti ais. Dia susun atur telur dalam rak peti ais.

Sarahmon sedang sedang basuh pinggan. Minah cun yang ngorat aku sedang masak.

Minah cun yang ngorat aku nampak Afimon main telur. Dia marahkan Afimon kerana risaukan telur itu pecah. Afimon merajuk dan pergi ke ruang tamu.

Selepas 10 minit, tidak ada orang memujuk dia, Afimon datang semula ke dapur lagi dan dia buat pengumuman, "Tak ada orang sayang Afi. Afi nak lari dari rumah."

"Pergi bungkus baju," Sarahmon menyambut. "Jumpa siput babi pun takut, nak lari rumah konon."

Afimon hentak-hentak kaki berkawad ke ruang tamu dengan muka mencebek. Dan duduk di sofa.

Lima minit kemudian, minah cun yang mengorat aku pun siap masak. Dia dapatkan Afimon di sofa dan peluk kuat-kuat. Afimon senyum semula.

8 ulasan:

Unknown berkata...

lama tak jumpa afimon. kali akhir 2006. usia afimon baru beberapa bulan..

afrohead berkata...

afi dan abah. :)

ayobkelubi berkata...

nasib baik Ain tak lari rumah cuma lari duduk mengadap bucu dinding jek bila merajuk..

Mimie.Candy Cane berkata...

huhuhuhu...lepas ni dia kena belajar cara memujuk hati sndiri.in case benda mcm ni berlaku lagi.hehehe

Bukan Sepet berkata...

isyh isyhh ishhh...

anak zaman ni. sesikit nak lari rumah.

jaga tok. Kawan kawan facebook dia dah redi nak pikap. Kawan twitter tak kira lagi... Gi cepat pujuk. hahaha.

Unknown berkata...

hihi cute la afimon merajuk...banyaknya mainan afimon...:)

Chech berkata...

Agaknya, kalaulah Afimon lari dari rumah, dia akan peluk dan cium Minah Cun yang Mengorat Tok Rimau dulu, sambil minta sikit masakan sebagai bekal.

ZieSakura berkata...

hahaha..afimon memang cute..lenkali buat la lagi..bleh dapat hug hari2..

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...