Jumaat, Februari 04, 2011

USTAZ CANGGIH

Ustaz Roslan balik kampung besama isterinya. Di rumah mentuanya ada majlis bacaan yasin dan kenduri.

Masa, orang mengedarkan buku Yasin, Ustaz Roslan tidak mengambilnya.

Masa orang mula membaca Yasin, Ustaz Roslan mengeluarkan Iphone. Dia menatap Iphone, kadang-kadang jarinya menguis skrin Iphone itu.

Orang-orang kampung mula menjeling. Bapak mentuanya juga menjeling. Resah dia.

Selepas habis majlis, bapak mentuanya berbisik kepada ibu mentuanya, "Cuba tegur sikit menantu awak tu. Orang baca Yasin, dia main henpon. Facebook la tu."

Ibu mentuanya kemudian berbisik kepada anaknya, "Cuba tegur sikit laki awak tu. Orang baca Yasin, dia main henpon. Facebook la tu."

Si isteri pun memberitahu si suami, "Abang, ayah tegur abang asyik main henpon masa orang baca Yasin."

Ustaz Roslan pun duduk sebelah bapak mentuanya, "Ayah, sebenarnya saya hafal Yasin tu."

"Kalau iya pun kau hafal, jangan la main henpon masa orang baca Yasin."

Ustaz Roslan mengeluarkan Iphone miliknya dan menunjukkan kepada bapak mentua.

"Ayah, saya sebenarnya baca Yasin juga. Saya baca sambil melihat terjemahan Yasin dalam Iphone ni."

Kagum si bapak mentua melihat apps Al-Quran dalam Iphone menantunya. Ada 30 juzuk Al-Quran. Ada terjemahan. Malah ada bacaannya sekali.

"Maafkan ayah kerana buruk sangka. Tak sangka menantu ayah ni Ustaz Canggih."

Begitulah sedikit cerita Ustaz Roslan yang saya adaptasikan dari cerita benar. Teknologi itu neutral, yang membuat dia buruk atau baik terpulang kepada penggunaan kita.


Semoga menjadi iktibar kepada semua.

10 ulasan:

ay_yusof berkata...

Gara-gara Iphone, anak saudara saya ingat semua handphone tu touch skrin. Main kuis-kuis aje. Telefon saya dan ibunya pun kena. Ha ha.

afrohead berkata...

masyarakat yang berlainan generasi selalu bagi persepsi yang salah. biasalah tu.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Hehehe.

Macam ada cikgu baru kat sekolah, orang baca Quran dia sibuk kuis2 telefon dia.

Pengetua jeling2, GPK2 jengah2 dia, dia selamba~ padahal, kes yang sama je~

XD

Alan berkata...

ini pengalaman tok ke?

oranglidi berkata...

wohhho..

entah2, satu ari nanti yang nak halau2 hantu tu pun bawak iphone je tok kan?

rasso berkata...

Lepas ni baca khutbah bawa iPad...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Shuk berkata...

pengalaman saya pun sama.. baca yasin, dlm iphone ada apps alquran.. dpt baca makna skali.. hehe

dugongsenyum berkata...

cover kantoi sebenarnya tu... main farmville

Zafira berkata...

Hihi. =)

Okay, ada pengajaran - jangan mudah berprasangka.

Tapi saya suka sebenarnya dengan gelaran 'Ustaz Canggih' tu. Huhu.. :)

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...