Khamis, Mac 31, 2011

MEMBACA WACANA AJAN DAN RIMA



Menulis siri Ajan dan Rima tidak begitu mencabar. Apa yang lebih mencabar adalah memastikan yang membaca memahaminya. Tidak semua orang faham siri ini. Untuk 'dapat' siri Ajan dan Rima, khalayak perlu berada dalam pemikiran watak Ajan dan Rima dan membaca apa yang tersirat.

Ajan dan Rima merayau-rayau di sebuah pusat membeli-belah. Mereka perlu ke tingkat atas dengan tangga bergerak. Sebagai sang budiman, Ajan memberi laluan kepada Rima untuk jalan dahulu.

Mungkin kalian fikir, bukankah lebih romantik jika Ajan dan Rima bergandingan sebelah-menyebelah. Malangnya, Ajan hanya mahu jadi budiman, bukan romantik. Tambahan lagi, bergandingan di tangga akan menghalang pengguna lain yang ingin cepat. Ya, ada pengguna yang mendaki pantas walaupun tangga itu bergerak.

Sesampainya di lantai atas, Ajan menegur Rima.

Ajan: You nampak cantik dari belakang.
Rima: Thank you. I am flattered.

Ajan diam. Rima pandang Ajan. Keningnya berkerut. Di mukanya tertulis, "Wait a second, what are you trying to say?"


Rima: Jahat!

Dalam struktur penulisan Ajan dan Rima, diam sebentar sebelum Rima menjerit "jahat" adalah penting. Dalam contoh di atas, bantuan diberikan kepada pembaca, biasanya saya tidak memberi bantuan. Saya memilih membantu pembaca kerana saya tidak mahu pembaca menyangka Ajan melihat Rima dengan nafsu.

Diam di sini adalah ruang di mana Rima berfikir. Dan terdetiklah pada Rima yang Ajan itu mengutuk dia dengan menyatakan secara tersirat: dari depan Rima tidak cantik. Konsepnya di sini adalah jika kita memuji separuh dan tidak memuji separuh lagi, ini bermakna kita mengeji bahagian yang separuh lagi.

Pun begitu, dalam dinamik hubungan Ajan dan Rima, Ajan bukanlah mengutuk Rima dengan niat. Ia hanya permainanan perkataan. Gurau-gurau manja. 

Mari kita lihat contoh yang berikutnya. Saya harap kalian 'dapat.'

Rima: Eh! Atas meja you ada floppy disk.
Ajan: Ya. Biasanya orang muda sekarang tidak tahu ini adalah floppy disk.
Rima: Saya tahu itu floppy disk.
Ajan: I rest my case.

Rima: Jahat!


....

Puisi Sebaris
Di hadapan aku, engkau menjawab pesanan yang bertalu-talu masuk ke telefon. Aku tidak berasa istimewa lagi.

11 ulasan:

lara nur berkata...

Seorang Tua dan seorang Pelukis.

Bertanyalah si Tua pada Pelukis;
"Apakah makna lukisan mu?"

Jawab si Pelukis;
"Terpulanglah kepada pemerhati untuk memberi makna. Kerana jika saya terangkan maknanya, bimbang lukisan ini akan mati."

ZieSakura berkata...

a lecturer of mine said once

"An interpretation of literature is so abstract..a lot of meanings can be given by the readers.."

gitu lah lebih kurang dia kata..

Bukan Sepet berkata...

... x semua org pikap tok. Jari sendiri pun x sama panjang. Saya selalu kena, bila saya baca, saya ketawa, tapi bila pass pada kawan, maka mendptlah solan ilmiah tu:

"apa yg kelakar sangat?"

Bulan berkata...

lain org lain ragamnya, lain org lain fahamnya :)

Zafira berkata...

Pengalaman dan daya kreatif juga membina interpretasi seseorang. :)

lavender harum wangi berkata...

cucu pun lambat nak paham ni tok~ auuummm jela.. HAHA

zoul yazix berkata...

orang orang muda sekarang memang susah nak faham ayat ayat seni sinis orang orang yang tak berapa muda.

eh? eh?

elmi berkata...

two thumbs up!

pojak berkata...

rmbut sama hitam,hati lain2 bro..

follow me bck

http://bolatalk.blogspot.com/

ENCIK TIKUS berkata...

saya paham tok, terima kasih tok

basikal berkata...

tak paham..bantuan tok!kehkehkeh

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...