Khamis, April 28, 2011

BAHASA INI HANYA PINJAMAN

Bahawasanya bahasa itu sifatnya tidak kekal. Bahasa Melayu lama dengan Bahasa Melayu sekarang berbeza. Setiap patah perkataan itu macam melalui proses undian populariti. Yang mana orang suka pakai, itulah yang lama bertapak.

Sebenarnya, gua agak tidak gemar perkataan Inggeris yang diMelayukan oleh DBP. Contohnya:- revolusi, transformasi, kontroversi, promosi, induksi. Apa ni si si si? Tak ada jiwa.

Gua lebih suka  perkataan Inggeris yang diMelayukan oleh akar umbi. Contoh:- kusyen, gostan, prewel, prebet, drebar, soljah.

Pada zaman media sosial ini, orang suka guna bahasa Inggeris dengan ejaan Melayu. Gua rasa perkataan-perkataan ini bakal ngetop.

Ramalan 10 Frasa/Perkataan Ngetop:
  1. sori 
  2. kiut 
  3. suwit
  4. gudnait
  5. aimisyu
  6. ailabiu
  7. miskol
  8. omaigod
  9. brokenhatet
  10. maderfaker

14 ulasan:

yee berkata...

fak!
Tu pun ngetop gak tok

bujal X berkata...

waterpark da jadi perkataan mencarut yang dihalalkan~

Tok Rimau berkata...

Bujal dan basikal,
wadefak= water park, itu lawak guling.

bofoyengfeng berkata...

maderfaker dilupa jangan.

afrohead berkata...

setuju tok.
cukup setuju.

DBP ini kalau terus dibiarkan tak lama lagi hilanglah kemelayuan bahasa. tak ada bezanya bahasa kita dengan bahasa indonesia nanti..

semua perkataan inggeris mahu dimelayukan. bodoh punya DBP.

Nizam.Ariff berkata...

wadehel pun mungkin gak kut Tok...

Tanpa Nama berkata...

jgn lupa, byk jugak kata2 makian yg bakal ngetop. kadang2 DBP ni pun mcm eshol jugak.

Zafira berkata...

t e k a n a n j i w a nampak bahasa macam ni. oh, tolonglah..

Tanpa Nama berkata...

dan masih, mereka kata kita perlu pertahan dan martabatkan bahasa melayu.

Tok Rimau berkata...

Saya tidak membenci DBP. Mereka usaha sedaya upaya mereka.

Tanpa Nama berkata...

pening tau nak ingt perkataan2 baru ni. lelebih lagi dalam penulisan dokumen rasmi.

Alan berkata...

setuju dengan tok hehehe

dugongsenyum berkata...

connect = konek

Tanpa Nama berkata...

hahaha! cilakak dugong!

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...