Rabu, Mei 18, 2011

DILEMA LELAKI TEGAK

Peta Jajahan Homo mengikut Wiki May, 2011

Gerakan gay untuk masuk dalam arus perdana semakin ketara. Beberapa negara, termasuk Argentina, Canada, Portugal, Norway dan Afrika Selatan, sudah membenarkan perkahwinan sejenis mengikut landas undang-undang.

Lelaki-lelaki tegak (Straight/bukan gay) mula rasa risau apabila ada orang cuba memberi justifikasi gerakan gay dengan menafsir semula persahabatan lelaki-lelaki sebagai kecenderungan homo erotik. Contohnya: ada yang menuduh filem Pendekar Bujang Lapok mempromosi gay threesome. Ish! Ke situ sampainya.

Lelaki-lelaki tegak mula melampau menunjukkan kejantanan mereka dengan mengelakkan detik-detik yang boleh memfitnah mereka sebagai gay. Berikut adalah senarai 7 gay moment yang membuat lelaki tegak risau.

  1. Dollah menawarkan Awang makanan dari pinggannya untuk dijamah.
  2. Dollah membetulkan talileher Awang yang senget sebelum masuk temuduga.
  3. Dollah mengurut betis Awang yang baru kena simpul biawak.
  4. Dollah keluar dari fitting room dan bertanya kepada Awang, "Okay tak baju ni?"
  5. Dollah bertanya kepada Awang, "Aku gemuk tak?"
  6. Dollah dan Awang pergi kenduri terpakai baju batik yang sama.
  7. Dollah dan Awang jalan pegang tangan. Biasalah, Bangla memang begitu.

Sebenarnya perenggan-perenggan di atas hanya mukadimah. Apa yang Tok nak cerita adalah seperti yang berikut:-

Sedang gua menunggu di stesen bas, tiba-tiba, seorang awek cun melintas. Terus gua dilema, kalau gua tengok, nanti dikata orang mata keranjang. Kalau gua tak tengok, dikata orang gay pulak. Ish. Susah hidup zaman modern ni. Banyak fitnah.

18 ulasan:

Alan berkata...

hehehehehe tok tengok je lah awek tu

Amanda berkata...

alamak ai!

ardzmarn berkata...

kalau buat buat ikan tali kasut bulih dak..

ardzmarn berkata...

ikat lah..ikat tali kasut.. camne boleh typo jadi ikan nih..

Tok Rimau berkata...

Adzman ni nak cakap pasal anak ikan la tu. Freudian Slip.

ZieSakura berkata...

Freudian Slip..hmm...

Tok, i have a male friend whom he is a GAY..handsome,sexy and good looking..pergi praktikal ramai perempuan (bukan pelajar) yang sangkut..jangan lah diterbalikkan negara kita mcm zaman nabi Lut..


sayang sungguh,lelaki handsome jadi gay,bersubang sebelah ditelinga..hmmm..sungguh rugi,jap lagi malaysia kekurangan lelaki handsome yg stretttt..haha

afrohead berkata...

tak payah tengok awek tu tok. mesti awek tu yang tengok tok.

Tok Rimau berkata...

10 markah kpd Afrohead. hi hi hi

yee berkata...

gua hensem dan gua tegak


ok bai

famia berkata...

Gua sokong Afrohead punya cakap-cakap, Tok. Biasanya kalau lelaki tak tengok, mesti perempuan tu rasa macam lelaki itu irresistible. Dan kalau lelaki tu tak tengok dan pandai jaga mata... biasanya lelaki macam tu lebih menarik di mata sesetengah perempuan.

Serius.

Zafira berkata...

saya tak setuju dengan pendapat senior saya. dia kata "ah, semua lelaki handsome adalah gay!"

haha. saya suka fikir positif. :p

Bukan Sepet berkata...

pergh. Baik nyer dilema. Dilema yang amat. Lagi teruk kalau awek cun tu separuh umur sendiri. Pergh. sangat dilema...

Mrs. Hanani berkata...

senang je tok..jangan fikir apa orang kata..tanya hati...

ewanthology berkata...

huhu

rezeki tu

tengok jgn tak tengok

Aku By Pojie berkata...

Gila la sekarang...


hahahha

k.e.r.i. berkata...

setuju dengan entry tok ni.
ringkas dan padat.

err, tapi macam mana tok boleh terjumpa peta jajahan gay tu?

oranglidi berkata...

teringat cite ...dalam botol. ulasan sinaganaga memang best. hehe.

nampak awek, tok tutup je mata. takda orang nak berprasangka apa2. haha

Amir berkata...

aku tertawa dengan 7 gay moment. sebab tak kisah lah kamu seorang lelaki yang benci homoseksual atau sayang homoseksual, dia pasti akan tertawa juga.

monologamir.com

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...