Selasa, Oktober 11, 2011

PARKING KOMTAR

"Bang seringgit bang."
"Kenapa gua perlu bagi lu seringgit?"
"Saya jagakan motor abang."
"Lu jagakan motor gua?"
"Tu, kadbod atas seat abang tu, saya yang letak."
"Kadbod ni ada power jaga motor gua?"

Adi ambil kotak dari atas tempat duduk RXSnya. Adi keluarkan penggores api dari kocek jeans. Dia gores dan bakar kotak itu.

Mat Gian jaga motor tergamam.

Adi campak kotak yang sudah separuh terbakar ke arah Mat Gian. Ia jatuh tepat depan kaki Mat Gian itu. Adi muka puas.

Adi pusing belakang ke arah motornya.

Adi dapati lapan Mat Gian jaga parking lain berdiri mengadap Adi.

9 ulasan:

lavender harum wangi berkata...

innalillah~ moga roh Adi tenang di sana. Kisah benar ke Tok? hihi

adie berkata...

Adi pusing kembali menghadap mat gian yang pertama tadi. Adi segera mengambil kadbod yang terbakar itu dan cepat-cepat masukkan dalam raga motornya. Adi kuarkan sekeping not merah dan hulurkan kepada mat gian tersebut sambil cakap "keep the change" dan segera cepat-cepat beredar dengan menolak motornya laju-laju.

Besoknya,di muka depan akhbar tertulis "Seorang pemuda mati hangus terbakar bersama motornya dipercayai berpunca dari sekeping kadbod"

Päk Läng berkata...

rupa2nya adi juga seorang
mat gian...akhirnya kesemua
mat gian itu dan adi sama2
mengisap di celah2 lorong
parking motor tersebut,sama2
melayang menggapai awan...

BuRuuj berkata...

adi tersenyum...di belakang segerombolan mat gian terdapat beberapa orang polis meronda. fuhh...lega!

Nizam.Ariff berkata...

Mat-mat gian yang berdiri di belakangnya tergamam akan kehebatan Adi lalu melutut sambil meminta ampun.. berkali kali...

ENCIK TIKUS berkata...

adi memohon maaf lalu berlalu pergi berjalan kaki..

test berkata...

Adi ni esti budak kelantan yang memang saja cari nahas.

Parking ni mesti kat sebelah Pizza Komtarkan.

Amiene Rev berkata...

Lapan Mat Gian yang baru tiba tadi pun bagi tabik hormat sama Adi.

Rupa-rupanya Adi seorang Abang Long. Semua Mat Gian respect sama dia.

azri berkata...

mcm karangan zaman sek rndah..kene sambung2..lol

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...