Jumaat, Januari 06, 2012

KOMEDI BERDIRI

Hari itu gua tengok ujibakat Raja Lawak di Angsana Mall. Susah siot. Satu minit sahaja sudah disuruh turun.

Ada satu mamat lumur cat hijau seluruh badan konon-konon dia toyol. Gua tengok macam Hulk kurus sahaja lagaknya. Gua kira-kira ambil masa sejam juga dia nak menghijaukan tubuhnya.

Satu minit sahaja dia sudah disuruh turun.

Bukan dia sahaja begitu, peserta-peserta lain juga begitu.

Satu minit sahaja sudah disuruh turun.

Gua pun batal sahaja niat gua jadi pelawak. Langsung tidak berani mendaftar ujibakat Raja Lawak.

Sebenarnya, sebagai guru, gua tidak perlu takut khalayak lari. Hari-hari gua praktis lawak gua. Murid-murid mahu tidak mahu kena layan dengar gua.

"Please, teacher may I go out."
"Wait til I finish my lecture."

Syukirin dong gua berlatih melawak. Kalau gua membel macam ibu-ibu guru lain gimana sih?!

Eh! Apasal gua tiba-tiba ngomong Indonesia ni?

Ngak dong. Bukan gua pacarin dengan bibik orang sebelah.

Sebenarnya sejak kebelakangan ni gua banyak nonton Youtube gerakan Indonesia Stand Up Comedy Club. Seru banget dong.

Antaranya adalah Raditya Dika, dia penulis blog. Macam gua. Kemudian jadi penulis blook. Macam gua juga. Kemudian dia berlakon. Macam gua juga. Kemudian dia jadi stand up comedian. Macam gua?

Gua pernah la cuba di Rumah Pena acara Maskara. Tapi macam semua aktivitas gua sebelum ni, semuanya kecil-kecilan. Ngak grand. Hangat-hangat tahi ayam. At least gua mencoba. Lu ada coba?

Ya, tanpa banyak soal. Gua persembahkan Raditya Dika, dan lu cuba juga subscribe pada channel standupcomedyindo. Banyak lagi pelawak lain. Ada yang jadi, ada yang ngak.

Wassalam.




2 ulasan:

Zafira berkata...

tok pun suka dika eh? saya pun saya pun! ngehehe. ^^

(super excited!)

baca blog dia pun dah boleh buat saya ketawa (dan berfikir kritis). he's a very creative man. kespontanan dia awesome. teringin nak beli buku 'manusia setengah salmon' karyanya. huhu.

hana_kirana berkata...

Ya Tuhan. Kejung perut aku cuba menahan diri dari ketawa kuat-kuat di sekolah ketika nonton video ini. hahahaha

thanks for sharing, Tok.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...