Selasa, Julai 24, 2012

1 Tan Bahulu Vol

Perancangan Mobius sangat ringkas. Pergi ke Planet Abal, beli 1 tan bahulu vol. Naikkan harga dua kali ganda dan jual semula di Bumi. Mesti laku macam goreng pisang panas di kala petang setelah usai hujan lebat. Dan Mobius jadi kaya raya.

Ramuan bahulu vol adalah rempah ratus terpilih dari dua khutub Planet Abal. Ia diadun dengan tepung dan telur. Kemudian, dibakar menggunakan lava gunung berapi. Kulitnya ranggup tetapi isinya berkrim setelah disuntik dengan ais kering.  Gurih sekali.

"Maaf Encik, minimum bagasi adalah 7 kilo sahaja," kata pegawai Teleporter Travel.

Sekarang Mobius terdampar di perlabuhan Planet Abal dengan 1 tan bahulu vol. Dan semua duitnya sudah habis untuk menambah had berat bagasi teleportasi.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perancangan terpelecok!

BuRuuj berkata...

adeh...kesian. 'planning' yang kurang menjadi.

takpe, jual semula separuh tan yg telah dibeli di planet abel dengan harga kos. duit jualan, bolehlah menampung separuh tan lagi untuk balik ke bumi.

jual di bumi dengan harga perancangan, tetap untung walaupun sedikit! ;)

BuRuuj berkata...

*planet abal

COSTOCHONDRITIS

 Masa aku sudah sampai. Mungkin malaikat maut sudah memberi salam.  Saat aku mengalami sakit dada, fikiran aku langsung melayang pada serang...