Isnin, Julai 30, 2012

KECEMASAN


Kau pernah tengok tulang keluar dari kulit? Pertama kali aku tengok adalah malam Sabtu lepas.

Sekitar pukul 10 malam setiap hujung minggu Team WKNDRS main bola keranjang. Ketika permainan sedang rancak, seorang dari mereka meloncat melepasi aku. Pendaratannya tidak sempurna, dia terus tumbang.

Kawan-kawan terus mendapatkan dia. Kami lihat tulang terkeluar dari kulit di bahagian buku lali. Kelam kabut kami. Pemain segera memeluknya agar dia tidak melihat kakinya. Ada juga yang memalingkan muka dan lari jauh kerana lemah semangat tidak boleh tengok luka atau darah.

Ambulan segera dihubungi.

Aku nak ambil gambar tulang kaki itu tapi aku ragu-ragu tentang etika ambil gambar orang yang sedang kesakitan. Jadi, aku ambil gambar sudut-sudut selamat sahaja.

Sekarang pemain itu di hospital. Mengikut doktor, tulang itu tercabut dari soketnya. Dan terdapat ligamen yang koyak. Pemain itu masih di hospital menunggu waktu pembedahan selanjutnya.

Pengajaran dari episod ini adalah: Sentiasa simpan nombor ambulan dan polis. Kau tidak tahu bila kau akan terdesak.

2 ulasan:

nabihah berkata...

penah tgk tp dlm tv la, seram gak tgk. tok ,paus gagal dah abes stok ke? bru nak order

BuRuuj berkata...

sukan boleh membawa kecelakaan. tapi jangan membenci sukan dan jangan serik andai perkara tak diingini berlaku.

sy tak pernah tengok tulang terkeluar drpd kulit tapi sy pernah dengar tulang patah. 'Prakkk!!!' kuat giler, atlet utm patah tulang betis masa mendarat drpd lompat jauh.

COSTOCHONDRITIS

 Masa aku sudah sampai. Mungkin malaikat maut sudah memberi salam.  Saat aku mengalami sakit dada, fikiran aku langsung melayang pada serang...