Sabtu, Jun 08, 2013

GUNUNG IRAU 1 JUN 2013

1 Jun gua ke Gunung Irau (2110 M, ranking tertinggi ke 15 di Malaysia, 10 di Semenanjung) Itulah objektif utamanya. Subplot lain adalah beli strawberry dan minum teh Cameron Highland.

8 pagi, 31 Mei bertolak dari Johor Bahru dengan 2 van Toyota Hiace. Aku jadi pemandu. Jam 6 petang sampai Tanah Rata, Cameron Highland.

Kumpulan kami 21 orang. Pecah kepada 3 homestay. Aku terus tidur tak makan malam. Aku mabuk dan demam darat. Jalan berliku panjat Cameron Highland buat aku mual.

Esoknya, aku segar. Terus memandu ke Mossy Forest. Pendakian mula dari situ. Pendakian 2.35 km ambil masa 3 jam. Puncak Gunung Irau biasa-biasa je tapi perjalanan menyamankan mata menempuh hutan lumut dalam iklim nyaman gunung (10-17 Celcius). Tidak berpeluh banyak pun. Penat tetap penat, tapi penat syok punya.

Padan Muka


Cabaran utama Gunung Irau adalah lopak-lopak di tanah kesan hujan dan iklim dingin. Juga, akar-akar kayu yang licin. Aku tergelincir dan calar tulang kering. Seorang pendaki lain cedera lutut, seorang kejang kaki, seorang terkopak tapak kasut dan seorang jatuh ditimpa anak dara. Sungguh. Aku tak tipu. Seorang pendaki wanita tergelincir dan jatuh menimpa seorang pendaki lelaki di bawahnya. Mmm ni kira rezeki atau bala?

Pukul 5 petang kami dah di kaki gunung tapi jalan sesak kerana terlalu banyak kereta pelancong di Cameron Highland pada cuti sekolah. Note to self, jangan pergi ke tempat tarikan pelancong macam Cameron Highland waktu cuti sekolah.

Malam tu makan di restoran penuh dengan penyokong Pahang, Pahang vs Johor separuh akhir piala FA. Johor Menang. Aku orang Johor, aku suka tapi aku senyum je. Nak mampus sorak-sorak dalam restoran penuh penyokong lawan?

2 Jun pusing-pusing Cameron. Banyak masa habis dalam kesesakan jalanraya. Dalam kepala aku, baiklah masuk hutan panjat gunung Irau sekali lagi.

Apa pun sampai Johor Bahru jam 1 pagi, 3 Jun.

Untuk video, aku test resolution GoPro 1440, wide. Enjoy.

2 ulasan:

Tengkubutang berkata...

hai.. salam kenal

follower ke : 541

done follow sini.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Unknown berkata...

kami pergi 9-10 November. memang dah start musim hujan. sejuk tak terkata. apa pun tahniah berjaya tawan Irau ! :)

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...