Khamis, November 07, 2013

TEMUBUAL UTK SATU PORTAL WEB


Tujuan portal ini dibina hanyalah bertujuan untuk berkongsi dengan orang ramai apakah perkakasan/perisian yang digunakan oleh anda!

1. Perkenalkan diri anda dan apa yang anda lakukan?

Hi, saya Tok Rimau. Saya gemar bikin video kembara ke dalam hutan. Tujuan utama video itu adalah memberi gambaran bentuk muka bumi, flora dan fauna lokasi kepada peneroka dan pendaki lain yang belum pernah ke sana.

Ini url playlist video kembara saya: 
http://www.youtube.com/playlist?list=PLSLO-Dk_DopyaG9PBRZXFI2Ne7FP_f4J3

2. Apakah perkakasan yang anda gunakan?

Dalam pendakian pertama saya, saya rakam video guna iPhone sahaja. Saya dapati hasilnya kurang memuaskan bila muat naik ke Youtube. Kemudian, saya guna kamera GoPro 3 Black Edition HD yang dilekat kepada tongkat kayu atau tongkat pendaki. Kadang-kadang saya pegang dengan tangan sahaja. Ini semua bergantung kepada permukaan pendakian. Contohnya: Dalam keadaan kedua-dua tangan diperlukan untuk menyokong pendakian, kamera perlu dilekatkan di badan

Saya guna GoPro kerana ianya kecil, lasak dan kualiti HDnya sangat memuaskan. Saiznya memudahkan pendakian. Lebih teruja, kerana ia boleh juga shoot dalam air.

3. Bagaimana pula dengan perisian yang sering digunakan?

Saya mula menyunting dengan iMovie di iPad, tetapi sekarang saya mula menyunting dalam laptop dengan GoPro Cine Studio yang boleh dimuat turun percuma dari laman rasmi GoPro. Saya capture dalam resolusi tertinggi tetapi export dalam resolusi sesuai untuk youtube. Semua video-video itu ada dalam youtube. Boleh nampak proses pembelajaran saya dalam penggunaan kamera dan suntingan dengan melihat video-video itu.  

4.  Apakah perkakasan/perisian impian anda?

Saya mengharapkan assesori tambahan untuk GoPro seperti microphone untuk saya capture audio dengan baik. Saya juga mahu lampu tambahan agar saya boleh shoot kembara malam dalam hutan. Dan juga sebuah helikopter drone untuk shooting dari udara. Banyak permintaan saya. :-)

Apa yang penting pekakasan ini perlu ringan dan mudah dibawa.

Untuk pasca-produksi, saya mahu satu komputer MacBookPro dengan perisian penyuntingan FinalCut pro dan After Effect.

Dengan semua ini, video saya akan lebih baik.

Tiada ulasan:

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...