Rabu, Februari 09, 2022

006 Marin Muirwoods


Kesilapan pertama aku adalah gopoh beli basikal lumba. Aku nampak di FB ada orang jual Robin Hood terpakai, satu jenama lama yang berprestij yang aku familiar. Terus aku sambar. Satu anjakan yang besar dari mamachari (basikal pasar) ke basikal lumba low bar handle. Aku lupa bahawa aku ini bukan orang muda dengan jiwa pelumba. Aku bukan mahu kayuh ligat untuk sampai dulu. Aku cuma nak kayuh santai petang-petang balik kerja dan sekali sekala meneroka denai rapat dengan alam sekitar.
Aku bagi Robin Hood kepada adik aku. Aku perlu cari basikal lain yang lebih sesuai.

Sebelum membeli basikal, aku kena tanya diri kenapa aku berbasikal. Seboleh-bolehnya aku kena padankan basikal yang aku beli dengan hobi hiking. Sebulan lamanya aku buat kajian basikal yang sesuai.

Pandemik buat aku termenung juga. Bukan sahaja rancangan untuk hiking dan perjalanan rekreasi terpaksa dibatalkan, pergerakan di kawasan tempatan pun terhad. Jadi, aku terjebak dengan hobi berbasikal dan mula shopping dan bertanya-tanya kawan-kawan malim basikal.

Stok basikal di kedai habis. Era penularan Covid-19 menyaksikan peningkatan 120% jualan basikal sejak Mac 2020 lagi. Orang melihat berbasikal sebagai pilihan terbaik untuk kecergasan dan keselamatan di zaman penjarakan sosial ini. Selain daripada jenama besar Trek, Specialized, Giant, dan Cannondale, jenama-jenama kecil juga mendapat perhatian pengguna.

Apa yang aku perlukan adalah sebuah hybrid bike, boleh kayuh badan tegak atas tar dan atas tanah. Setelah tanya sana sini dan buat penyelidikan google, aku pun bulat fikiran untuk sambar Marin Muirwoods. Mereka antara pelopor model hybrid. 

Aku mula-mula sedar  kewujudan Marin bila terjumpa documentary/coporate video mereka. Jelas sekali orang-orang di belakangnya sangat passionate terhadap basikal. 

Nama Marin ini diambil dari nama tempat mereka mulakan bengkel basikal mereka, Marin, California. Dan siri-siri model basikal mereka mengambil sempena denai-denai tempat mereka bermain basikal seperti Alpine Trail, Rift Zone, San Quentin, El Roy dan Bolinas. Ini macam kereta kebangsaan kita pakai nama Kereta Tanjung Malim, kilang terbesar proton di sana. Logo jenama Marin pula merupakan imej seekor beruang pegang bendera dengan bintang. Aku suka.

Laman pengulas sepeda bikeride.com bagi markah 92% untuk basikal hybrid Marin Muirwoods, atas 90 kira A+ untuk tar dan gravel. Berikut adalah ranking Muirwoods dalam pelbagai kategori:
  • Bikepacking rank 9
  • Komuter Bandar rank 16
  • Hybrid rank 4
  • Touring rank 3
  • Mesra Senior Citizen rank 6.
 (Ya, kita kena pilih basikal yang sesuai dengan usia)

Ya begitulah cara aku memilih basikal. Oleh kerana ianya serba hitam, aku namakan ia Kuda Hitam Aduh sempena lagu Hetty Koes Endang. Semasa aku menulis post ini, aku dah pakai Muirwoods sebulan. Satu bulan pertama ini aku berpuas hati dengan prestasi Marin Muirwood. 

Semalam, aku redah jalan gravel ladang kelapa sawit berbukau-bukau hingga cecah 122m. Semasa mendaki tayar belakang saiz 700 x 40 ligat berputar tapi basikal tak maju sebab bunga tayar tak gigit tanah.  Hmmm... haruskah aku upgrade tayar atau beli basikal gunung pula? 

Jan 29, 2021





Isnin, Januari 03, 2022

005 Jalan Kecik

 Afimon, selepas jatuh basikal.

Afimon: Papa la ni bawa ikut jalan kecik.
Aku: Maafkan papa. Nanti papa besarkan jalan.
#beskalku 23 Januari 2021


004 Afimon Naik Basikal

Kawasan sekitar kejiranan kami sentiasa sibuk dengan aliran trafik yang tidak pernah putus. Keadaan ini menyebabkan Afimon tidak berpeluang untuk belajar menunggang basikal sejak kecil. Namun, hari ini segalanya berubah. Usianya 17 tahun kini. 

Aku membawanya ke sebuah padang kawad yang luas dan lengang. Di situlah, buat pertama kalinya, dia belajar mengayuh. Dalam tempoh kurang lima minit, Afimon sudah pun meluncur dengan yakin di atas permukaan berturap, seolah-olah sudah lama mengenali basikal itu.

Lebih baik lambat daripada tidak langsung, aku berbisik dalam hati, bangga melihat pencapaiannya. Oh ya, aku juga sempat mengajarnya cara bergaya di hadapan kamera bersama basikal — kerana kenangan seperti ini wajar dirakam.


#beskalku 8 Januari 2021



003 Laporan Kemalangan

1 Januari 2020, dimulakan dengan kayuhan gravel. Ini kali pertama aku dan Tin buat kayuhan off road. Urusetianya Cabi Bikedaily. Turut menyerikan majlis adalah Endi, Kobis, Faiz, Apin dan Nik. Segan juga dengan team ini kerana mereka otai-otai dan ada juga mekanik basikal. Bagusnya tak perlu risau jika ada masalah mekanikal di perjalanan.


Rancangan asalnya mahu balik sebelum solat Jumaat tetapi hujan terlalu lebat dan kami mula kayuhan agak lewat. Kami bergerak dari Spring Lab, Eco Palladium masuk bawah lebuhraya E22 menuju ke Bukit Batu Gajah, ladang Felda Ulu Tebrau. Balik pula ikut Taman Impian Jaya, Kampung Maju Jaya dan masuk semula ke kawasan Eco-Eco. 70% masa kami berada off-road dan 30% atas jalanraya, lebih kurang 4 jam kayuhan dan 30 km jarak dilalui.

Tin ada basikal lipat, tidak sesuai untuk gravel. Malam sebelum itu, aku hubungi Idham Wkndrs. Dia ada 2 biji basikal gunung dan dengan gembiranya dia menawarkan satu basikal lamanya, Specialized 26er klasik. Di ambang tahun baharu aku ambil Specialized itu di Pulai Perdana dan siap-siap letak dalam kereta. Esoknya awal-awal pagi, aku sumbat basikal aku pula dalam kereta dan berdesup ke tempat permulaan.

Cuaca redup, hujan renyai dan lebat bersilih ganti. Kami seronok sebab dah memang hobi kami hiking dalam hutan hujan khatulistiwa. Bezanya kali ini kami sesuaikan diri bergerak dengan basikal. Kami uji apa basikal boleh buat dan apa yang basikal tak mampu buat. Pelan-pelan kayuh atas gravel, tidak berlumba pun. Tak larat kayuh mendaki, kami sorong basikal.

Tiada peristiwa luar biasa berlaku dalam jalan ladang. Benda biasa-biasa sahaja-  tayar Nik bocor, sandal Kobis putus, Endi jatuh basikal dan rokok basah kena hujan. Benda asam garam pengayuh basikal. Aku perhatikan otai-otai ini dan buat nota minda.

Berkayuh menempuh trafik Kampung Maju Jaya amat mengerikan bagi aku. Jalannya tidak berapa lebar tapi lori besar-besar lalu situ. Maklumlah kawasan industri berat berhampiran. Rasa amat lega bila keluar dari jalan itu dan masuk ke kawasan Eco-eco yang lebih mesra penunggang basikal. Siap ada lorong basikal lagi.

100 meter sebelum titik tamat sebuah kereta keluar simpang dan sauk tayar belakang Tini. Tini jatuh dan rim basikal pinjam dari Idham lari bentuk tapi alhamdullillah tiada kecederaan serius. Pemandu itu seorang remaja Cina. Dia nampak takut, gusar dan menyesal. Aku pula risaukan keselamatan Tin tapi kami semua orang yang sabar dan tenang. Kami tidak maki hamun atau pukul pemandu itu. Kami bincang baik-baik, tukar nombor telefon dan dia janji bayar ganti rugi. Aku snap foto pelekat cukai jalan kereta dan urusan selesai tanpa laporan polis.

Aku fikirkan Tin akan serik tapi tidak. Dia dah berkira-kira kalau berkayuh lagi, pastikan bajunya terang benderang. Pasang lampu lip-lap di basikal biar nampak macam basikal berhias agar pemandu nampak kita dan bertolak ansur sebagai pengguna jalanraya yang berhemah.

Terimakasih kawan-kawan yang prihatin dan cakna keadaan Tin selepas kemalangan. Ramai kawan-kawan bertanya tentang dia. Aku jawab,"Tu ada tu. Dia tengah scroll shoppee cari lampu basikal."

Episod akan datang (Macam K-drama saspen dia): Basikal cap beruang

#beskalku 4 Januari 2021




002 Akak Kau Kemalangan

Hari mendung dan hujan renyai-renyai. Tini berada 10 meter depan aku. Kami sedang berkayuh di lorong basikal di jalan Eco Palladium. 100 meter lagi kami akan sampai ke titik akhir kayuhan di Spring Labs. Tiba-tiba sebuah BMW Pacuan 4 roda berwarna putih keluar dari simpang tanpa menghiraukan papan tanda berhenti. Kereta itu melanggar Tini dan ia terus berhenti mengejut.

Dalam banyak anime, cerita bermula dengan seorang watak yang poyo ingin menyertai sesuatu yang baharu. Dari satu siri ke siri lain watak akan menempuh cabaran dan dugaan. Dia akan mengumpul kemahiran dan ilmu. Seterusnya dia akan mencapai kemuncak kecemerlangan, menang piala atau bunuh musuh ketatnya. 2021, aku berwawasan memulakan satu petualangan mencatat jurnal basikal. Aku sekarang seorang poyo baru masuk scene.
Bukanlah aku ini baru pandai mengayuh tetapi maksud aku baru dari sudut mula mengayuh untuk rekreasi. Kereta laju, pemandu mabuk dan lori makan jalan adalah musuh aku. Aku phobia sangat dengan benda-benda ini. Dan aku tak rasa di hujung cerita nanti aku boleh mengalahkan phobia ini. Mungkin hidup tak seindah anime.
1 Januari 2020, dimulakan dengan kayuhan gravel. Ini kali pertama kami buat kayuhan off road. Hari pertama inilah malang tidak berbau.

#beskalku 3 Januari 2020



001 TUA SEBELUM WAKTU


Awal pagi, akak kau sudah berkobar-kobar. Basikal lipat dimasukkan ke dalam kereta. Dia bersemangat mahu berkayuh di kawasan kampus tempat kami bekerja. Di sana lalu lintas hampir tiada, aman, dan memang syurga buat kaki basikal. Aku, sebagai suami mithali, membantu membuka pagar rumah. Angin pagi sejuk-sejuk manja. Tiba-tiba, dia turunkan tingkap kereta, dan dengan nada penuh ajakan dia berkata, “Jom, bang, kita tour!” Aku terpaku seketika. Otak aku terus memproses: Tua? Pagi-pagi buta nak ajak jadi tua sama-sama? Dengan muka serius tapi hati nakal, aku jawab, “Dalam hati, saya sentiasa mahu muda.” Dia mengangkat kening, lalu membalas tegas, mengeja satu-satu, “T. O. U. R… tour, bukannya tua!” Ketika itu aku hanya mampu tersenyum. Dalam kepala, aku terbayang betapa berisikonya kalau aku tersalah cakap, “Dalam hati saya sentiasa mahu yang muda.” Silap-silap, kereta itu terus mengundur, pagar terbuka, aku terus dilenyek di tempat kejadian. Tajuk berita esok: “Mangsa Salah Dengar Maut di Pagar Rumah Sendiri.” P.S. Akak Kau memang hebat. Berjaya menyempurnakan tour Johor–Melaka–Negeri Sembilan pada 22–26 Disember 2021. Aku tidak ikut. Masa itu aku belum kemaruk berbasikal.
#beskalku 4 Disember 2020

Sabtu, Januari 01, 2022

000 HARI INI DALAM SEJARAH

Pada usia sembilan tahun—umur aku ketika itu baru setahun jagung, belum cukup sedekad pun—aku belajar sendiri menunggang basikal. Basikal Raleigh milik abah menjadi teman setiaku. Setiap pagi, sebelum matahari terbit, aku akan menyorong basikal itu mengelilingi kampung. Lama-kelamaan, aku memberanikan diri untuk mengayuh. Sebelum emak sempat menjerit memanggil aku pulang untuk makan tengah hari, aku sudah pun pandai menunggang.

Sejak aku boleh menunggang, emak pun sudah mula menyuruh aku ke kedai membeli Sanita. Aku sendiri tidak tahu apa itu Sanita kerana pekedai membungkusnya kemas dengan surat khabar. Yang aku tahu, baki duit belanja itu menjadi hak milik aku untuk membeli jajan.

Jajan zaman dahulu tiada jenama. Aku tidak tahu nama-namanya. Kegemaran aku ialah bipang bertih beras. Bila mahu membeli, aku cuma perlu muncungkan mulut ke arah balang. Tidak perlu bersuara.

Eh... sudah bercerita tentang jajan pula. Lari daripada topik asal. Mari kita kembali kepada cerita basikal.

Abah kemudian menghadiahkan aku sebuah basikal baharu tanpa palang, khusus untuk aku kayuh ke sekolah. Orang sekarang mungkin memanggilnya basikal jenis city bike. Feminin benar rupanya. Aku malu juga dengan kawan-kawan yang bergaya dengan basikal Chopper dan BMX. Untuk kelihatan lebih ‘ganas’, aku ambil spanar dan cabut mudguard serta bakulnya. Togel habis basikal itu, amat macho sekali. Abah marah, tetapi aku tetap berkeras. Biasalah, anak nombor dua katanya memang keras hati.

Masa pun berlalu. Kalau ini sebuah filem, bayangkan helaian kalendar disiat satu demi satu.

Aku mula membeli motosikal. Kemudian jual motosikal, beli kereta terpakai. Jual pula kereta terpakai, beli kereta keluaran tempatan. Selepas itu, kereta tempatan pula dijual, diganti dengan kereta Jepun.

Kalendar terus disiat, sehelai demi sehelai dengan pantas. Musim berganti musim.

Suatu hari, kira-kira sepuluh tahun dahulu, aku ternampak basikal terpakai buatan Jepun dijual di Batu Pahat. Aku beli dua buah, kedua-duanya jenis mamachari—basikal bandar yang popular dalam kalangan ibu-ibu di Jepun. Sesuailah untuk dua orang anak perempuan aku belajar menunggang.

Namun, kemaruk mereka hanya sebulan. Musim berbasikal tidak pernah muncul kembali. Budak-budak Generasi Z mula leka dengan dunia Internet. Basikal-basikal itu akhirnya cuma mengumpul habuk di anjung rumah.

Kalendar disiat lagi. Putik bunga berkembang dan kemudiannya layu. Berulang-ulang kitaran masa.

Tahun 2020. Usia aku kini melebihi separuh abad. Pandemik COVID-19 melanda. Rakyat hidup dalam keresahan. Tiba-tiba, musim berbasikal kembali. Kawan-kawan mula berkayuh bergaya dengan basikal Polygon lipat, Tokyo Road Bike, Giant MTB, Canyon Gravel, dan macam-macam lagi. Mereka beli basikal dari kedai berhawa dingin. Aku pun teringin menyertai mereka dalam kayuhan santai.

Masalahnya, aku masih punya dua buah basikal mamachari buatan Jepun. Aku gunakan untuk ke kedai runcit. Sayang rasanya jika aku beli lagi yang baharu. Waktu aku hantar tukar tiub semalam, mekanik bengkel kata basikal itu masih elok. Gearnya pun masih molek.

Kawan-kawan begitu segak menunggang basikal lumba dan gravel mereka. Aku segan juga menunggang mamachari bila bersama kawan-kawan. Haruskah aku ambil spanar dan togelkan semula basikal itu?


Nov 8, 2020



Isnin, Jun 29, 2020

Selasa, April 14, 2020

TERANG TALENTS

Vol 1:
23 Mar
Wak Kang - Organic Garden
Lily Cartina-Poetry
Jihan - Mandala Drawing
Botak Harizal - Covid19
Caki - Gitar Jam
Ali Surabaya - Sastera

24 Mar
Sidang Kopi - Cheesscake
Nia - Girl Talk
Wak Kan - Cardiovascular Exercise
Garam - Comedy
Ngerfan & Jihan - Musicians
Tok Rimau - Book-making

25 Mar
Wak Kang - Ferment Vege
Seakan Bintang - Music
Cabi - Health
Botak Harizal - Covid19
Bogdana Dima - Romania, Piano
Arshad Adam & Sein Faattah

26 Mar
Gobi - Recipe, Kim Haus
Wak Kang - Micro Green
Tok Rimau - Hiking 101
Jacelyn - Italy, Pianist
Sarah Dominica- Human Jukebox
Nafisah-Puisi

Vol 2:
5 Apr
Cabi
Fami Embrace
Bue Hasnul - Street Theatre
Sean - Dance
Bogdana Dima - Music
Jarr - Scary Stories

6 Apr
Wak Kang - Tempe making
Lily - Poems
Alexandro - Rome, Pasta Recipe
Fazleena - Artist Journey
Jacelyn - Music
Surni Fizul & Dahi- Poetry

7 Apr

John Barber - Barber
Nabihah- Pineapple Paper
Naz Plague - Band Management
Sarah - Human Jukebox

Vol 3:
12 Apr
Cabi
Keyin Tay - Sax
Lincoln Lee - Yoga
Rock n Roll Caravan - Azabaijan
Amirul Asyraf - Classic Guitar
Jarr-Scary Stories

13 Apr
Ash - Murked Band
Fraha Beja - Active Lifestyle in the Citu
Amir Shahlan - Self Discovery Docu
Ngerfan - Guitar setting
Along - Zip Zipler
Ali Surabaya - Puisi

14 Apr
Ashlop - Barber
Mean Mijer - Food Business
Jaie - computer sketch
Faii - Band
Alli G - Cambodia, Travelog Himalaya
Christabel Annora - Indo, Pianist

Vol 4:
18 Apr
19 Apr
20 Apr
21 Apr
22 Apt

Managing Online Stage


Tugas talent caster merangkap stage manager untuk Terang Online Festival tak semudah yang disangka. Kalau mudah, dah ramai buat.
Mula-mula kena approach talent. Kalau nasib baik, mereka setuju. Kalau nasib tak baik, mereka banyak cikadak, minta surat jemputan rasmi, minta sign kontrak, cerewet dengan waktu siaran, dan being diva. Sebenarnya, inilah cara yang professional tapi aku belum biasa begitu.
Kadang-kadang lebih mudah jika mereka kata, "I busy sekarang. Lain kali boleh." Aku dah biasa dengan rejection. Masa muda dulu banyak kali kena dump.
Kemudian aku kena dapatkan details dan foto mereka untuk bikin poster. Aku betulkan typos dan hantar ke proofreader untuk last check. Then, bagi kepada designer.
Bos aku, @cabiharusdirejam akan buat jadual dan approvekan design poster.
Kemudian kita buat audio dan video check. Kalau perlu, aku bagi tutorial "how to go live on FB Terang."  Masa test tu, aku bagi signal kat ruang komen sama ada audio dan video cun atau tidak. Paling tak dapat dibantu jika line talent cuma satu bar. Terpaksa go back to square one.
24 jam sebelum show, kami remind artis. 1 jam sebelum show, remind dia untuk pakai mekap. Bedak sikit. 5 minit, bagitau dia ready for Action!
1 minit, action! Aku bagi signal via whatsapp. Dia akan tulis caption dan hit go live button.
Masa live, aku monitor video. Kalau dia atau audien mencarut, aku bagi kad kuning. Sambil tu aku tanya soalan2 cepuemas biar dia gelabah sikit. Dan ingatkan timing agar tak overrun.
When done, aku communicate dengan dia tentang show. Apa yang best. Apa yang tidak. Aku ucapkan terimakasih kerana ambil bahagian
Semua ni dibuat dengan komunikasi jarak jauh dan non-profit moneywise untuk semua pihak.
Ini baru part stage management, belum pemasaran lagi. Banyak nak cerita. Kita simpan hari lain. Berdedikasi aku kerja (ungkit ni). Gembira bikin kerja, tapi rabak penat.
Benda paling best adalah belajar tentang online event organization. Pengalaman handling Maskara (malam sindiket soljah) dan JBWRF (jb writers readers fest) banyak membantu tapi tidak cukup. Aku juga belajar dari crew dan talents. Ilmu daripada manusia lain latarbelakang ni rare. Thank you for sharing.
Petang ni kita ada:
5pm Fraja Béha - bersenam di kota besar
6pm Amir Shahlan - bikin dokumentari
Korang pun bukan buat apa. Live atau tertunda, tonton la wooiiiiiii.

Talent Casting

Kriteria utama
1) ada good internet connection wifi / 4G. 3G?
2) sudi berkongsi
3) commited kepada guideline (soundcheck/live on time/ no hate speech)

Jika kriteria di atas lengkap, dapatkan maklumat.

*Talent for Terang vol 4. 8-22 April 2020*

Name:

Tel: +601

Usernames
FB: (required)
IG:*
Twitter:*
YouTube:*
*optional

Self-intro (2-3 sentences) :

Topic (2-3 sentences) :

Ahad, April 12, 2020

Some Promotional Materials For Terang


















Soundcheck Guidelines

*SOUNDCHECK GUIDELINES*

1. Please accept Terang invitation to appoint you as Editor. This will enable you to Go Live on Terang page.

2. The video and soundcheck will take 5-15 minutes.

3. During the soundcheck, you introduce yourself and share what you will do during the show. If time permits, give a sample teaser for your show.

4. We'll assist you through the comment section by informing you about the timing and the quality of video and audio.

Best Handphone setting for FB live session:
1. Use Wifi. If you do not have access to strong wifi, choose 4G.

2. Set your phone to auto rotate before going live. We prefer landscape  mode.

3. You may also do a test run on your own personal FB, just to get a feel of it.

4. Kindly put #TERANG2020 #TemasyaRangkaian SOUNDCHECK with *artist name*

That's it. All the best!

Connection Issue While Going Live

If your internet connection slow. Use "manual network search". Choose manual between 3G @ H only. *OR* 4g @ LTE only. If u use automode your cellphone with detect nearest network and the connection maybe interrupt when you go live.

What's Terang

TERANG is an online festival that celebrates the arts beyond the boundaries of space. The name comes from the combination of two words. Temasya Rangkaian, which translates to Festival of Network. In Malay, the word _terang_ also means "bright"and " explain". This will be the third edition of TERANG.

We look forward for all performances, presentations, workshops and sharing sessions for this edition of TERANG. If you'd like to watch past live sessions, head over to Terang's facebook page (facebook.com/temasyarangkaian).

I hope everyone will have as much fun as we do. Let us know if there's anything we could improve. Have a great night! ♥

Terang Guideline

*GUIDELINE FOR LIVE BROADCAST USING TERANG PAGE*

Greetings to all. Thank you for your interest in contributing to TERANG #TemasyaRangkaian (Network Festival). Listed here are the guidelines for the festival, along with its terms and conditions.

Terms and conditions:
Every artist will be given access to TERANG page as an Admin. This access is only given for each artist's live slot. You are forbidden from using the page to post a status update or other unrelated content.

2. Each artist has to use TERANGFacebook page for his/her slot. Kindly ensure this before going on live to avoid confusion.

3. Head Admin of TERANG will monitor all program using a pc, to share and tag each artist’s personal FB account.

4. All artists have to make sure that their slot starts on time according to the given schedule. The intended duration is 30 minutes minimum and 45 minutes maximum. An extra 15 minutes are given for preparation and to solve technical issues (if there's any)

5. If you need some extra time, kindly refer to the Head Admin to amend the schedule.

6. Ensure that your internet is stable with at least 3G+ connection to avoid broadcast disruption.

7. WARNING ⚠:
TERANG is a project intended to shine a light for everyone by highlighting talents, creativity, love and care. DO NOT say anything hateful. NO POLITICS, NO RACISM, NO HOMOPHOBIA & NO FASCISM.

8. TERANG celebrates the network of artists during restricted movement order (RMO) where creatives lose their source of income due to cancelled performances etc and focus on easing the public worries in regards to Covid-19. This is a platform to freely express in a healthy and positive way. Use it well.

9. Positive reaction towards TERANG depends on your performances. Make sure that you present yourself readily, professionally and in great enthusiasm.

10. Refer to the "Guidelines for Artists" before going live.

*HOW TO GO LIVE USING TERANG PAGE*

-Log in to your personal facebook account
-Go to "Page”,
-Click "Click TERANG : Temasya Rangkaian"
-Click "Create Post"
-Click "Go Live"
- Insert Title & Description (Refer *GUIDELINE FOR TITLE & DESCRIPTION*)


*ACTUNG, ATTENTION, PERHATIAN*

*GUIDELINE FOR TITLE & DESCRIPTION*

Title : TERANG Vol.2 - “Personal title” with “insert your name here”
(E:g : Terang - Acoustic session with Caki)

Description :  (insert your description about your live show include following hashtag) #terang #terang2020 #temasyarangkaian #stayhome #kitajagakita)
(E:g : Today we will learn on how to make involvement with family members to join in co-operation process of making an organic garden at home.  #terang #terang2020 #temasyarangkaian #stayhome #kitajagakita)
-Now you’re ready to roll!

*SCRIPT GUIDELINE FOR ARTISTS*

1. Opening speech

TERANG is an online festival that celebrates art beyond the boundaries of space, utilizing the internet to bring creatives together.

TERANG is a combination of the word Temasya Rangkaian. This translates to Festival of Network. In Bahasa, the word TERANG also means bright.

2. Greetings

3. Introduce yourself

4. Start with the performance

5. Closing words
If there are questions or suggestions, kindly leave your comment at the comment section

Thank you for watching TERANG, Temasya Rangkaian.

We hope TERANG shines a light to your home, wherever you are now.

Stay home. Together, we can do this. #stayhome

Jumaat, Mac 13, 2020

Crowdfunding / Sumbangan Awam Muzik Video Cahaya Raya

ANDA BOLEH MENYUMBANG (Draf)

Jadilah sebahagian daripada sejarah.

Kami perlukan sumbangan anda untuk membikin satu Muzik Video Hari Raya yang bakal dimuatnaik ke Youtube pada 27 April 2020.

Lagu: Cahaya Raya oleh Ngerfan & Jihan
Projek: Muzik Video oleh Tok Rimau, Cabi, Faixyl, Nia Shahro dan kawan-kawan


Penghargaan kepada penyumbang:

RM10-RM49 Paparan nama dalam caption video di Youtube kelak.

RM50 - RM99 Tawaran di atas + ucapan terimakasih di twitter Ngerfan & Jihan

RM100-RM249 Tawaran-tawaran di atas + ucapan terimakasih dalam bentuk video di IG story Ngerfan & Jihan

Lebih RM250-RM499 Semua tawaran di atas + Jemputan menonton tayangan video muzik ini di Rokewela pada 18 April 2020 bersama pelakon dan kru produksi.

Lebih RM500 semua tawaran di atas + nama di credit akhir video muzik.


Kami juga mengalukan sumbangan bukan kewangan seperti:
Lampu Pengambaran dan Makanan Kumpulan Produksi pada 29 Mac 2020

Sasaran kami adalah RM5000 tetapi jika tidak mencapai sasaran pun kami tetap buat dengan apa yang ada. Kami dahulukan sumbangan yang bakal anda beri dengan ucapan ribuan terimakasih.

Deposit sumbangkan ke:
Nombor Akaun Bank
Nama

107 SUNGAI KARAS KE SUNGAI BEKOK

Kurang 12 jam sebelum ekspedisi Sungai Karas–Sungai Bekok, Toni telefon aku. “Berita buruk. Saya tidak dapat pergi kerana ada tugas rasmi ya...