Selasa, Januari 24, 2006

SAIZ BUKU VS SAIZ POKET

Operator: Hello. Red Naga Publication. Boleh saya bantu?

Mak Jah: Hello. Ini Mak Jah. Buku yang makcik pesan melalui Internet itu dah sampai.

Operator: Baguslah. Saya harap makcik berpuas hati dengan produk kami.

Mak Jah: Makcik nak komplen ni. Kamu sudah menipu pengguna. Dalam promosi web, kamu tulis buku ini comel. "Pocket-size" konon. Tapi secara realitinya buku ini besar macam album pengantin.

Operator: Ohhh masalah saiz poket. Saya cadangkan makcik jahitkan poket yang lebih besar untuk baju makcik. Mudahkan?

Mak Jah: Ya. Tapi...

Operator: Terimaksih kerana membuat panggilan.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya, indah khabar dari rupa.

atau mungkin poketnya kecik tak piawai.

sinaganaga berkata...

Soalannya, kalau poket baju brother RED adalah besar sedikit daripada poket baju NAGA, berapakah isipadu pemikiran TOK RIMAU?

Ha ha.

Pegawai Khalwat berkata...

Aku cadang, berikan anugerah khidmat cemerlang atau apa-apa yang sewaktu dengannya kerana memberikan cadangan yang bernas kepada pengguna, selain tidak membuang masa bersembang benda yang tak berfaedah dan menghabiskan duit kompeni.

Tanpa Nama berkata...

apakata baju sekolah mon-mon dibuat poket poket seluruh baju.
ada poket untuk buku latihan,
ada poket untuk buku teks
ada poket untuk buku tulis
ada poket untuk botol air

tiada lagi komplen mengata beg berat

Tanpa Nama berkata...

out of topic
oit oit
aku baca sokabar smlm
30% pkerja kjan di johor suka surfing wktu kerja...

Tanpa Nama berkata...

ngaaaaa....bikin poket 'DOREMON' pon ok pe mak jah..ngaaaa..

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...