Sudah hampir 7 tahun aku tidak pegang sudip dan kuali. Tibalah masanya untuk aku mengambil peranan awek cun yang mengorat aku. Dia dalam pantang yang panjang untuk memulihkan kesihatannya.
Mula-mula aku mahu goreng telur mata kerbau. Terpecah pula kuningnya. Aku pergi ke Pelan B iaitu telur dadar. Masa nak balikkan telur, terkoyak pula. Pergi ke Pelan C iaitu scramble egg. Hancurkan telur itu. Terlalu lama atas kuali, kering pula telur itu.
Sarahmon dan Sabrinamon melihat lauk telur itu dengan penuh curiga. Langsung tidak sama dengan masakan mama. Aku katakan, "Ini resepi papa, telur goreng ultra."
Mereka makan telur itu dengan kicap hingga habis. Ha Ha Ha. Selagi aku masak resepi aku sendiri, aku tidak mungkin buat silap. Satu projek penjenamaan semula yang berjaya.
Jumaat, Januari 20, 2006
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
16 ulasan:
Kata pujangga, "kalau dah lapar, sebat je apa pun, janji halal. Telur hancur pun hancurlah..."
(Jangan bebudak tu ingat telur tu Ultraman punya udah le...)
Malam ni sayang masak apa? Abang balik nak makan. *ahaks*
salam...
tok...
tu masak mcm kat egghouse ke...
esok masak sup sailormoon pulak. kasi je nama2 cerita kartun feveret dorang. mesti licin punya makan.
tok.. tahniah! semoga diberkati-Nya dan dimurahkan rezeki anak-beranak. BERUSAHALAH!
menu : oeuf de bousculade
nak tau sebutan dia tanya mat jan
hahahaha
-Basri
lawak la entry tok rimau:D
dr azzam:)
Geng, Tok dah mula malas masak. Sekarang dapur tok kat Pasar Malam. Macam-macam ada. RM10 boleh kenyang tak bangun.
tok....
nanti aku buat satu khas utk tok...
kalau sudi guna arr...
untuk ibu yg dalam pantang, menu lauk nasinya adalah seperti berikut:
Ahad: ikan selar panggang tawar cicah lada hitam tumbuk lumat.
Isnin: ikan kembong panggang tawar cicah lada hitam tumbuk lumat.
Selasa: ikan tambang panggang tawar cicah lada hitam tumbuk lumat. (untuk hari-hari seterusnya bolehlah copy $ paste)
pesan nenek, kalau menu ini dipatuhi, kacip fatimah boleh sedekah kepada orang lain.
kesiannya..
takpe. time ni la nak asah skill masak balik.
jangan telur hangus cukuplaa.
wah.. nasib baik ayah saya pandai masak. ehehe.
semalam aku makan nasi ayam. isteri yang masak.
hehehe
ya, ya aku tahu. esok lusa, aku pun macam kau. tapi aku banyak resepi sendiri. kau nak try?
1. nasi goreng berperencah tomyam
2. telur-daging berkasih sayang (resepi lanjutan daripada telur bungkus)
3. kau tau ikan kering boleh dibuat pelbagai lauk. kari ikan kering. gulai ikan kering. ikan kering masak pedas. hehehe
wowww... tok da pindah blogspot. Dlu sy guna danchan gak.Pon pindah blogspot.Danchan best tapi kadang2 suka nak tunjuk perangai. ihi....
Aku ingat aku la tukang masak paling hampeh! Rupanya kau lagi hampeh!! Kui kui kui!!!
dah boring pasar malam, beli kat restauran, pas tu fast food, then delivery...
jangan rasa bersalah tok. memasak ni kerja yang melecehkan... saya fahaaaammmmmmm.
mo tat
ape la tok goreng telor pun kene rebranding
aku lagi pandai masak rupenye
datang la rumah terbuka aku nnt
aku masak spesel
aku jemput awal ni
haha
oh ye
alamat aku:
the village,
morphet st.
city of adelaide
SA 5005
Catat Ulasan