Isnin, Februari 20, 2006

TERBANG LALAT


Gambar: http://rushdi.fotopages.com/

Suatu senja kami duduk mengeteh di restoran atas pelantar kampung Pasir Puteh, Pasir Gudang. Kawanlah dengan saudagar minyak wangi jika mahu wangi. Dan kawanlah dengan jurugambar jika mahu gambar sering ditangkap. Tengah minum teh pun mereka petik kamera.

Nikon Hitam: Aku terpegun dengan foto makro mata lalat. Susah hendak tangkap foto sebegitu. Lalatkan terbang-terbang.

Olympus Perak: Kau tangkap lalat tu dengan suratkhabar dulu. Matikan dia. Kemudian baru kau tangkap gambar mata lalat dengan kamera.

Nikon Hitam: Tidak nampak natural la foto lalat mati.

Olympus Perak: Tiada orang tahu beza foto mata lalat mati dan hidup, lalat mati pun buka mata macam lalat hidup.

Topik perbualan sama dengan dua sesi mengeteh sebelum ini. Dedahan cahaya. Sudut gambar. Harga barang kamera. Teknik-teknik mengambil gambar. Selalunya aku hilang dalam hutan teknikal mereka. Yang mana aku tidak tahu, aku reka sendiri.

4 ulasan:

sinaganaga berkata...

Nikon FM2: Takkan lalat je. Mata nyamuk le pulak weh!!!

Tanpa Nama berkata...

Kelab Kamera atau Kelab Foto?

Tok Rimau berkata...

Naga: Nyamuk gigit orang la. Tak mau amik gambar. Mata belalang la beb pulak.

Ron: Entah la Ron. Kelab kamera merangkap kelab foto kot.

Nanti senang aku cerita kelab roti kirai, itupun kalau naga tak cerita dulu.

NORDIN ABD RASID berkata...

Sekali2 rasa jugak nak mastautin kat Johor barang sekapan dua. Boleh dgr tok punya teori2 baru.

COSTOCHONDRITIS

 Masa aku sudah sampai. Mungkin malaikat maut sudah memberi salam.  Saat aku mengalami sakit dada, fikiran aku langsung melayang pada serang...