Rabu, Februari 15, 2006

DUSYUM!

Harga Pakaian RM70
Yuran Keahlian RM20
Yuran Bulanan RM20,

4 tahun lepas lagi, masa di tadika, Sarahmon sudah merengek minta
masuk kelas Tae Kwon Do. Baru sekarang aku daftarkan kerana baru
sekarang aku rajin untuk bangun pagi Ahad hantar dia pergi kelas
pertahanan diri ini. Kelas berjalan dari 8.30 hingga 10.00 pagi. Pada
hari pertama dia belajar tendangan hadapan dan tendangan sisi.

Esoknya, pagi-pagi buta rumah aku dah kecoh. Sebelum subuh dia ketuk pintu bilik aku. Suaranya sayu dalam tangisan buat pengakuan.

"Sarah tertendang kipas meja. Kipas patah."

Dalam nyenyak dia lanyak kipas meja yang terletak setengah meter dari
katil. Setelah bilahnya patah, kipas itu bergegar-gegar bila
dihidupkan. Nasib engkau la kipas.

Bilah kipas meja RM11.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perggh..kuat jugak penendang sarahmon. belt apa dia sekarang? baru mula ke?

sinaganaga berkata...

Danial. Pemegang tali pinggang BIRU. Pernah muncul juara Tae Kwon Do peringkat Wilayah Persekutuan bagi kategori umur bawah 9 tahun. Masuk umur 10 tahun, dia minta kebenaran ayahnya untuk bersara awal.

“Nak masuk PENGAKAPlah ayah!” Dia.

Hari ini, dia adalah ahli Kadet Remaja Sekolah dan ahli Kelab Sains & Matematik dan bermain bola sepak.

Bercita-cita untuk menjadi Akauntan Yang Bermain Bola Sepak. Lukisan? Teror ayahnya lagi. Ha ha.

Tanpa Nama berkata...

Jumlah 121
kipas boleh dpt 2 lagi untuk awal tahun depan, masa ayahnya sibuk mengikut bajet 2007

Ikhwan Hayat berkata...

Anak kesayangan yg dpt mempertahankan diri sendiri... Priceless.

:)

Tanpa Nama berkata...

dapat tendang telo penjahat : PRICELESS

-Basri

spyz berkata...

abis la arip
abis la arip..

:-)

Ku Keng berkata...

Singgah menjengok. Nama selalu dengar tapi orang belum ketemu. Salam.

Chika Chika berkata...

tu dah taksub tu....

abdullahjones berkata...

:)

Pegawai Khalwat berkata...

Jaga-jaga tok, lama sikit nanti bila dah terer dia tertendang pulak kipas siling. Bilah kipas siling lagi mahal. Baik tok menabung sekarang.

Eemmm... Sarahmon nak kahwin orang Korea ke?

Tok Rimau berkata...

Pegawai,
Tidak tidur malam aku memikirkan, "Fan Blade" dalam bahasa kita. Sayap kipas paling hampir.

Nasib baik Pegawai Khalwat kata BILAH KIPAS.

Smurai,
baju belum sampai. Baru order. Sekarang pakai tracksuit dulu.

Naga,
Aku tunggu anak aku belajar Hikmat Bayangan macam Naruto.

Ron,
Menteri kewangan yang cun bentang bajet kami.

1khz,
Aku risau juga kalau kipas tu cuba ngorat anak aku.

Bas,
Mee-Telo pasti keluar berita jika ini berlaku.

Spyz,
Arip perlu pakai topi kaledar jika datang rumah aku.

Keng,
Mungkin kita sudah bertemu tapi tidak kenal.

Chikadior,
Bukan taksub. Kemaruk.

AJ,
;)

~nanina~ berkata...

anak nina, najwa pun merengek mintak didaftarkan kelas tae kwan do dan mamanya tgh berkira-kira bajetnya, hehehe (RM110 ye tok?).

kesian kipas. takziah utk bilah kipas yg menjadi mangsa pertama sarahmon ;)

Keluarga Zulkarnain berkata...

Wah...hebatnya Sarah :)

tuan tanah berkata...

uwikk... hebat sungguh sarahmon walaupun dalam tidur.

kalau jaga?

cik puan daun berkata...

cayalah

Korakora berkata...

Dalam nyenyak itu, dia boleh lanyak kipas. Bagaimana kalau jaga?

Unknown berkata...

dia mimpi lawan bruce lee.

Tanpa Nama berkata...

isk..awat kipas jadik mangsa...patutnya lipas..baru sentosa rumah..haha

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...