Ahad, Februari 26, 2006

TANGGA FLAT BUKIT CHAGAR


Engkau tidak pandai bersiul lalu engkau buat bunyi ciuman yang kuat. Keluar bunyi macam cencurut sedang mengawan. Minah berambut pendek yang engkau sasarkan di tingkat 7 tidak menoleh tapi minah kurus di tingkat 5 yang mendongak.

Engkau buat minah kurus itu berkecil hati bila kau menjerit, "Bukan lu la minah kurus, gua "suit" tingkat 7. Sori la." Minah tingkat 7 masih tidak menoleh.

Tangga flat Bukit Chagar berliku-liku dari tingkat 16 ke tingkat 1. Menembusi lantai-lantai tangga itu adalah saluran paip kecemasan untuk memadam api. Suatu ketika dulu, di setiap tingkat ada peti besi yang memuatkan hos bomba. Sekarang bukan hos sahaja yang ghaib, peti besinya pun sudah ghaib sama. Dinding sepanjang tangga mengingatkan engkau lukisan purba zaman batu. Penuh dengan grafiti. Dari "I love you Ros" kepada "F**k you Ros." Orang Bukit Chagar pandai Bahasa Inggeris.

Bila hujan lebat, tempias akan membuat lantai-lantai tangga itu lecak. Bila cuaca panas pula, engkau akan lihat penghuni flet turun-naik dan kadang kala hanya bersidai ambil angin. Yang muda-muda duduk di tangga bermain gitar atau mengorat minah di tangga blok yang bertentangan.

Splat! Engkau rasakan ada lekit-lekit air ludah atas kepala engkau. Engkau mendongak ke tingkat atas dan menjerit, "Hoi! Celaka! Apa ludah-ludah ni! Berani turun la." Saingan engkau untuk mengorat minah tingkat 7 segera menyembunyikan kepalanya. Siapa mahu mengaku meludah orang?! Sayang graviti hanya menarik jisim ke bawah. Kalau tidak, engkau pasti meludah balas ke atas.

15 ulasan:

sinaganaga berkata...

"I wuz here." :)

Rimau,
Ada lagi ke flat tu? Kata nak dirobohkan bikin jambatan bengkok?

Tanpa Nama berkata...

yg roboh tu lumba kuda
bukit cagar tah bile nk roboh

Tanpa Nama berkata...

kejadian di blok mana ni tok...
tere org bukit cagar spiking london eh...

Tanpa Nama berkata...

flat bt. chagar blum boleh dirobohkan.. rumah baru utk penduduk belum lagi beres....

ludah boleh jugak ke atas, kalau dibawak angin yang hangat.
- warm air rises - hehehe....

Tangga Flat Bt. Chagar

Tanpa Nama berkata...

tak sabar nak tunggu movie tangga bukit cagar keluar. mungkinkah watak ghazali antara yang dilayar perakkan? hehe.

Pnut berkata...

aku pun tak sabr tunggu movie tangga flat cagar ni keluar...aku dah baca dlm paper last week

NANOMEOW berkata...

salah sorang mangse jugak..memacam gelagat..geram, pun geram gak tapi korang lah kengkadang yang memeriahkan flat tu.. hidup belia2 flat bukit chagar...n hopfuli one day, rmai2 korang bersorak "BELIA BENCI DADAH!!" atau "BELIA BENCI JUDI" :')

sUHAILLa berkata...

flat yang da tggl kenangan.. bila baca blog u ni.. eringat kisah kecik² dulu... :)

m. johan mohammad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
m. johan mohammad berkata...

salam...jomLah buat reunian org2 bkit cagar...mesti gEmpak GiLer kn...tmpat aku membesar..tahun 80an dLu..aku dok kt bLok A' tgkt 15..byk kenangan..org tua aku pon da xde...rindu tp tggL kenangan..masa sekarang adalah yg terbaik....

ahpiz berkata...

Rindu siot, byk kenagan kt sane.. Walaupun bdk2 kt sane jahat2, tp dia org besatu hati.. Bdk2 parking awsome..

ahpiz berkata...

Rindu siot, byk kenagan kt sane.. Walaupun bdk2 kt sane jahat2, tp dia org besatu hati.. Bdk2 parking awsome..

ahpiz berkata...

Rindu siot, byk kenagan kt sane.. Walaupun bdk2 kt sane jahat2, tp dia org besatu hati.. Bdk2 parking awsome..

ahpiz berkata...

Rindu siot, byk kenagan kt sane.. Walaupun bdk2 kt sane jahat2, tp dia org besatu hati.. Bdk2 parking awsome..

ahpiz berkata...

Rindu siot, byk kenagan kt sane.. Walaupun bdk2 kt sane jahat2, tp dia org besatu hati.. Bdk2 parking awsome..

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...