Selasa, Julai 25, 2006

ANGKAT TANGAN

Mesyuarat Isnin kami biasanya panjang. Panjangnya mesyuarat kami sehingga nasi ambeng berlauk ayam disediakan depan setiap ahli. Ada kopi panas dalam thermos untuk mengelakkan jadi mengantuk. Air mineral sebotol untuk setiap seorang, jika hilang stamina selepas bertikam lidah.

Aku ada tugas lain. Aku perlu pergi kelas tetapi giliran aku melapor projek aku tidak sampai-sampai. Ahlinya ramai. Seorang demi seorang melapor.

"Kenapa projek kita tidak bergerak. Adakah kita tidak proaktif? Ada masalah duitkah? Money is not an object. Mohon sahaja pasti dapat. Nyatakan berapa diperlukan. Buat kertas kerja dan mintak sahaja." Kata bos memberi motivasi pagi penuh semangat.

Aku angkat tangan tinggi.

"Berapa kamu nak mintak?" Bos.

"Saya cuma nak mintak diri. Saya ada kelas."

"Ha. Ha. Ha. Ha." Mesyuarat bersetuju untuk ketawa.

"Okay. Beri laporan sekarang. Kemudian boleh pergi kelas." Bos.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Halwa mata untuk dimuatturun: Sifoo X-Limit PDF Zine isu 03. 6.54 mb.

18 ulasan:

dugongsenyum berkata...

saya cadangkan cadangan ditutup. hahaha

Rie berkata...

no 1 :)

Rie berkata...

cissss, no. 2 rupanya

kingbinjai berkata...

ahahhaha saya pun bersetuju utnuk ketawa

ontahsapo berkata...

laporannya..?

Sir Mute Key Chicks berkata...

aku paling tensen bila ada meeting.kenapa ek?

jagoan berkata...

meeting lagi panjang kekadang lagi mencarut :)

rasso berkata...

datang meeting utk brekfast n lunch free... itu aku suke gi... nak cambah masalah aku menci

JBM8141 berkata...

lepas kelas tok masuk meeting balik tak? rugi aaa makanan banyak tu...

Unknown berkata...

ha ha ha ha

Kemat berkata...

AKU SUKA MEETING YG ADER MAKAN2... JIMAT BELANJA..

singabeng berkata...

Meting le paling aku x gemor skali .. tapi bila makanan byk, itu yang paling aku ske skali

Ron97 berkata...

seorang pensyarah yang komited

Tanpa Nama berkata...

bos x bleh marah sbb itu excuse yg bagus & mmg ada benarnye. dua kali dengar cam loyar buruk pun ada ha ha ha

Keluarga Zulkarnain berkata...

hihihihihiyyy..

:)

Romantis Selatan berkata...

Kalau saya, saya mahu melapar. Dapat tiga empat ringgit untuk makan tengah hari.

cerebrator berkata...

sebenarnya, Bos tu sapa?
Ketua sekolah?
ke, pegawai pendidikan negara?

Tok Rimau berkata...

Dugong,
Congratulations. You are the first to arrive.

Esis,
Aku ketawa melihat kau berlumba sendirian. Kau dapat tempat ke 2 dan ke 3. Tahniah.

King,
Saya akan catatkan dalam minit.

Ontah,
Laporan: Say banyak kerja lain. Projek saya ditangguhkan. harap maklum.

Semut,
Tensen sebab kerja belum selesai nak dilaporkan.

Attoch,
Setuju. Meeting sepatutnya tak lebih 1 jam. Kat parlimen tu. Meeting panjang berjela. Kita dengar mencarut-carut.

Rasso,
Aku kalau bagi idea nombor satu. Buat kerja corot.

Jbm,
Sebelum keluar, bawak makanan. tapau.

Nizam,
hi hi hi.

Kemat,
Betul la. Jimat RM10 hari tu.

Singa,
Kau volunteer jadi ajk makanan je.

Ron,
Apa boleh dikata. Aku mmmg keramat hidup.

Halo,
Aku ada bakat jadi loyar.

Qasieh,
Thank you. Saya bawa makanan saya keluar sekali.

Keluarga,
Ho ho ho.

Romnantis,
Jimat. Aku boleh pi haji balik hari tahun depan.

Cerebrator,
Bos= orang yang menilai kerja aku.

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...