Tok Rimau: Buat apa engkau nak keluar dengan dia? Dia kasut pun tidak mampu. Tengok gambar kat blog dia. Dia pakai selipar.
Cik Nana: Orang pakai selipar la bagus Tok. Dia pergi masjid. Orang pakai kasut takut masuk masjid. Takut kasut hilang.
Inilah petikan sembang terakhir aku dengan dia. Aku tidak ingat entah bila kami bersembang.
Hari ini, Khamis 13 Julai 2006, dia berangkat pergi. Aku sedih dan sebak. Air bertakung di belakang kelopak mata menunggu masa dijemput graviti. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga dia aman di alam yang lagi satu. Al Fatehah.
CIK NANA DALAM KENANGAN
Blog Cik Nana dengan entri terakhirnya tentang kesakitan yang dialami.
Foto Cik Nana dengan foto terakhirnya bertajuk: Walk Alone.
No wedding but a funeral
Ucapan Takziah di Forum
17 ulasan:
jika tidak ada graviti,
maka keranda itu akan berterbangan.
dan kita tidak akan tahu,
ke mana mereka, dia
akan pergi..
..
..
..
al-fatihah.
tok, betul ke tok teringin nak hanyut d jeram2 sambil naik boya tu? sy tader kontek number diorg lah.. tapi penah naik boya ni masa g taman negara selai located kat labis jhr kalau tak silap. sewa boya cuma singgit je kat situ..
eh..tapi jeram dia kategori sedang2 je kot..
walaupun tak pernah jumpa, tapi sebagai seorang yang gemar berblog aku juga terasa pemergiannya.
semoga di tempatkan dengan para yang beriman...
al-fatihah...
aku tak kenal siapa dia
tapi entri ini, sekali lagi menyedarkan aku.. aku juga akan pergi..
aku tahu.. tapi selalu lupa dan terleka..
tok:
aku yg tak kenal arwah sangat pun aku sedih. isk.
Muda tak semestinya akan lama, dan tua tak pula akan sekejap. Itulah yang dinamakan ketentuan.
Semoga Cik Nana diberi Allah SWT pengampunan dan keRahmatan. AL Fatihah buat ruhnya sehingga ke hari kiamat.
al fatihah....
Lambat kenal dia (blog)
Kenal melalui juring ari tu.
Tahun ni aje dua tiga blogger muda yang aku selalu/pernah lawat (blog) dah pergi...
...
Al-Fatihah
al - fatihah
al-Fatihah
dalam our subconscious mind, aku rasa kita semua ada satu perasaan yg sama. betapa kita take for granted kawan2 yg selalu/pernah menceriakan hidup kita...
dan all of us, right now, feeling guilty about it..
shame on me(us)...
semoga roh nya dicucuri rahmat. ajal x kenal usia....
salam takziah juga dari saya
Ummmm... MAsanya akn tiba juga buat kita...
tok, kematian kita tertangguh. masalahnya kita tak tau tertangguh sampai bila. huhuhuhuh
i'm such a terrible sister... :-(
tok
saya juga akan pergi mengikut ciknana...
ari2 saya pi baca blog tok ni, but tok never drop by at my blog at all..well i guess coz i never say it out and leave any comments here.
so..b4 i go off, Allah berhak ke atas saya...pls visit me...
thanks.
utk ciknana yg x pernah saya kenali tp saya hayati blognye itu: Alfatihah buat mu, bismillah..........
Catat Ulasan