Khamis, Julai 20, 2006

BERSIHKAN KEBUN

Seekor harimau biasanya menerkam mangsa dari arah belakang. Sasaran utama untuk melumpuhkan mangsa adalah menggigit bahagian tengkuk.

Salah satu petua mengelakkan serangan harimau adalah memakai topeng muka di bahagian belakang kepala. Petua ini adalah mengelirukan harimau yang mencari tengkuk mangsa.

Selamat mencuba.



Terimakasih kepada Najmuddin kerana menunjukkan foto ini.

16 ulasan:

Najmuddin Yusoff berkata...

Tok Rimau, kena copyright tue. Kat kampung saya jer ada signboard tu :P

anyway, sila lawati http://mudin001.com

Rie berkata...

bersihkan semak samun badan anda.

ELAKKAN SERANGAN TOK RIMAU!!!

ontahsapo berkata...

tok rimau tak serang kat dlm kebun....ingat tu...!!

Unknown berkata...

rimau memang bahaya.. jaga2!

blackpurple @ jowopinter berkata...

Rimau memang suka kebun yang semak..tapi kalau tak semak bukan kebun namanya...!

Nazri berkata...

'Rimau' suka dengan kawasan yang tak bersih ye? akakaka :P

sinaganaga berkata...

Ha ha.
Ok. Aku nak balik kampung. Nak bersihkan kebun LIMAU.

Azhar Ahmad berkata...

Atok! Nak beli buku tu. Tak tahu camne nak cari atok neh. Anyway, gambar tu lari la atok.

JBM8141 berkata...

kalau letak orang-orang dalam kebun, ok tak?

dugongsenyum berkata...

Elakkan menjadi kebun. Pastikan kandang rimau anda sentiasa bersih. HAHAHA

kingbinjai berkata...

amaran kerajaan malaya : tidak membersihkan kebun membahayakan nyawa

Tanpa Nama berkata...

wah! pesanan khas dr tok rimau kepada manusia yg takutkan harimau.

wa lahir thn harimau tp wa bkn harimau dan juga bkn hari hari mau hahahaaha

Ron97 berkata...

bukan apa,
takut harimau sesat dlm kebun

rasso berkata...

kat sarawak takde kes serangan harimau lagi... mereka amat jinak... hahahaha

Unknown berkata...

ok kwn2. pastikan topeng yang anda nk pakai nnt bukannya topeng harimau betina.

kalau tak. anda tetap kena terkam. bukan di belakang tengkuk tapi di belakang... hohoho

Tok Rimau berkata...

Najmudin,
Klang: Tmn Bukit Rimau
Pahang: kampung Tok Rimau
Johor: Jalan harimau
Kelantan: Kebun Harimau

Esis,
Bayar wang perlindungan jika tak mau diserang.

Ontah,
Tok serang dalam semak je.

Nizam,
Ingat sebelum kena. Bawa rimau repellant.

Black,
Kebun aku menanam semak utk dieksport.

Vovin,
Rimau suka menyemak.

Samurai,
Ha ha ha.

Naga,
Kebun Limau untuk bekal limau sambal.

Azhar,
Call Tok Rimau. Segera.

JBM,
Orang2 tu tak membersihkan kebun.

Dugong,
Masuk kandang rimau ngaum la. Jangan bersihkan kandang pulak.

King,
Masalah utama bila harga getah naik. Orang lain pulak nak bersihkan kebun. Tapi Bersihkan getah, bukan lalang.

Halo,
Hali hali mau. Mana bole tahan wooo.

Ron,
Rimau swesat kembali ke pangkal jalan.

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...