Isnin, Julai 24, 2006

KASUT TINGGI

Harimau, kucing dan anjing memancutkan kencing mereka di beberapa tempat sebagai penanda kawasan. Di pangkal pokok, tepi tembok dan tayar kereta. Begitu juga beberapa haiwan lain.

Menurut kawan aku, tidak seperti haiwan, perempuan menanda kawasan mereka agar tidak dicerobohi dengan meninggalkan kasut tinggi mereka dalam kereta suami. Aku nampak sepasang dalam kereta aku dan aku juga nampak sepasang dalam kereta cap bintang kawan aku yang aku tumpang minggu lepas. Aku tidak tipu.

Semalam, semasa membaca muka depan akhbar, aku tertanya-tanya sendiri, "Semasa mereka mula berkencan (dating), Siti tidak nampakkah kasut tinggi dalam kereta Datuk K?"

22 ulasan:

Unknown berkata...

hahaha! oh! rupanya penanda rupanya! nampaknya siti tak kira ada kasut datin atau tidak dalam kereta..

el-Maaniq berkata...

kalau dah rasa diri itu bagus, sempadan orang pun dilanggar juga!

Aqil Dot Com berkata...

datuk k ada lebih banyak kereta daripada jumlah kasut datin

Unsunghero berkata...

...atau siti buat-buat tak nampak je

Nazri berkata...

" Seeeteeee tak keysahhh, janji dia seorang yang understanding dan cayreenn"

ontahsapo berkata...

aku rasa datuk yg ada tinggalkan tanda nya... dimana tak tahu lah...

Kemat berkata...

Patutla aku pernah bermimpi dating ngan Ct. Masa hntar dia balik, Ct kluar dr kete aku tanpa memakai kasut. apakan daya..smua itu hanya mimpi.

blackpurple @ jowopinter berkata...

CT nampak tapi tak faham agaknya...........

dugongsenyum berkata...

tak main aaa berkencan dalam kereta, susah tersangkut handbrake ekekekekeke

Rie berkata...

dah kalau berkencan, mana nak nampak penanda tempat.

Tanpa Nama berkata...

tok byk consequencesnye tok!

1. DAto' K dah sorok dulu dah

2. Drebar dah kasi bersih itu kereta so kasut sudah OOOuutt.

3. DAto K kaya byk kete so bwk la kete yg x de kasut datin didlm nye

4. Siti mmg x kisah, sbb kalau kisah xkan sebat laki org slambe.

5. siti x prasan eh kasut aku ke? atau kasut org lain?

byk lagi x malashhh nak tulish

kingbinjai berkata...

hahahahaha

wénkt berkata...

hey, baca blog wan! pasal ayah kita bos

singabeng berkata...

Baru ku tahu kenapa ada kasut tinggi dalam kete jiran ku

Romantis Selatan berkata...

jika dalam cerita James Bond, kasut itu boleh dijadikan telefon atau bom!

Unknown berkata...

datin berjiwa marhaen. dia naik kereta dgn datuk k pakai sandal asadi saja.

siti: abang k, sandal sape ni?"

datuk k: err.., ooo, tu sandal abang. abang tak suka pakai sandal mahal-mahal. letak kat kaki jugakan?

siti: how sweettttttttt!!!

Ron97 berkata...

datin pakai sport shoe

Azhar Ahmad berkata...

Uhum... ayat dwi-maksud. Mungkin kasut tu dah patah, so datuk T buangla. Sekarang plak. Org yang mempunyai kasut patah tu nak mintak plak kasut Datuk T separuh. Amacam tok. Paham tak! EKekskskskks.

Azhar Ahmad berkata...

Silap, mamai pagi hari, Datuk K

Tok Rimau berkata...

Nizam,
Cinta itu buta

El,
Dah rasa sepadan tak kira sempadan.

Aqil,
Mungkin K ada bisnes kereta.

Hero,
Melihat apa yang kita ingin lihat sahaja.

Vovin,
"I suka misainya."

Imzadle,
Atau Datin lupa menanda.

Ontah,
Yang sebenarnya kita semua cemburu.

Samurai,
Ilmu ghaib.

Kemat,
Bangkit dari tidur mu.

Black,
Siti cekal. Siti boleh. What she wants, she gets.

Dugong,
Kau patut cuba belakang lori pasir. Luas geng.

Esis,
Mana Ayai dalam episod ini?

Halo,
"I nak masuk pasaran kasut. Itu sampel kaset dari supplier."-K

King,
Sob sob sob

Wenkt,
Au Revoir.

Romantis,
Dalam cerita Bond, kereta boleh jadi bot.

Kelambu,
"Abang part time tukang kasut." - K

Ron,
Apa pun dari sudut hukum. K berhak kahwin lagi. CT berhak memilih. Datin berhak menuntut.

Azhar,
Kita ucapkan selamat pengantin baru kepada semua yang melukakan hati kita. Kepada Nora Danish. Kepada Siti. Kepada Nadia. Kita ini cuma gagak di rimba.

Tanpa Nama berkata...

I love this entry la Datuk H. (Datuk Harimau)

Qiez AR berkata...

* penah wat trick ni, tp dengan lipstick * :|

72 RANCANGAN B

Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...