Rabu, Oktober 18, 2006

CASA IMPIAN

Sebelum pindah rumah:
Sayang, rumah kita mesti ada personaliti. Ia perlu lain dari yang lain. Kita lengkapi rumah ini dengan perabot ultra moden dan berkonsepkan futuristik minimalisme seperti yang tertera dalam majalah Interior Design dari Hong Kong.

Selepas pindah rumah.
Bayar upah pasang jeriji dan pendawaian lampu sahaja sudah memutihkan janggut abang yang tidak bercukur selama sebulan ini. Itu belum masuk kos dapur kering dan dapur basah awak lagi. Harap lepas ini masakan awak bertambah mutu.

Diam termenung sebentar.

Kita pakai perabot lama sahajalah Sayang. Konsep kita adalah zen rustic fusion.

23 ulasan:

Lan Rambai berkata...

patutlah lama tak berblog ek Tok? sibuk pindah umah baru ek?

yani rahman berkata...

Kita pun terfikir benda yang sama macam En Rambai.

Unknown berkata...

wah! rumah rayalah! patutlah beriya2 menjemputnya. hehe.

hakim dirani berkata...

Ho Ho ho.

Unknown berkata...

zen rustic fusion tu konsep apa ye??

kingbinjai berkata...

selamat pindah rumah

selamat hari raya

ontahsapo berkata...

beraya dirumah baru...?

Tanpa Nama berkata...

haha...biasalah tok.saya pun penah alami.sebelum beli rumah,macam2 konsep yg difikirkan.segala jenis buku interior design dibelek.tapi bila dah dapat rumah,bajet pulak tak mengizinkan,terpaksalah pakai apa yg ada dulu.sebelum dapat umah,list perabut dan ubahsuai bukan main panjang berjela.tapi bila dah dapat umah,terpaksa review balik list tu.last-last, pakai perabut lama dan tak ubahsuai langsung.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Beraya di rumah baru ye tok... buat rumah terbuka sambil2 tu boleh buat 'majlis memanaskan rumah' baru sekali nih...hehe

Kemat berkata...

beraya di rumah baru ok..jgn beraya dgn orang rumah baru jer..marilah kita menjaga kerukunan rumah tangga..err..aku nie dah kawen ke belom haa..

Adam Mohd Juni berkata...

zen rustic fusion ??

tema ape tu??

Dhani berkata...

tok. cuba tgk blog saya. ada gambar zine yang ada interview sama atok. rare tuh. hehe.:P

selamat hari raye! :)

Ayah berkata...

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF DZAHIR BATIN

dugongsenyum berkata...

biar ada dua rumah jangan ada dua orang rumah keh keh keh

Unknown berkata...

beraya d rumah baru la nampaknye tok! taknak wat open house ke raya nnt. jgn lupa ajak kita org.

selamat hari raya to tok n family....

BooK berkata...

huhu.
rumah aku under construction.
tapi kalau siap pun.
bukan aku balik rumah pun.

Rie berkata...

oooo patutlah lama sepi. jangut dah pituh tuh haha

maaf fizikal dan mental. ahaks

jiGOMorrison berkata...

Raya tahun ni rumah lama atau rumah baru? SMS aku nanti. Aku sampai JB mungkin esok tengahari. Bagi hilang penat dulu, kemudian kau nak buka dengan aku tak?

situmas chicken berkata...

Langkah yang bijak tu Tok...fikir dulu sebelum buat...

wook berkata...

salam tok. salam lebaran juga.

Ku Keng berkata...

Tok,

Selamat berpindah ke rumah baru dan juga Salam dari saya dan selamat menyambut Syawal serta ampun maaf atas kesilapan dan kekasaran.

sinaganaga berkata...

Jangan kau terpakai duit untung jual buku AKB udah le Limau oiii!
Ha ha.

NOTA: Keuntungan dari buku AKB akan kita kembalikan kepada rakyat dengan banyak lagi siri penerbitan buku-buku dari air kepala Tok Limau dan Sinaganaga. Humcha!

Tanpa Nama berkata...

Helo tok rimau. Ari ni p mana? Ikut bleh? He..

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...