Khamis, Disember 07, 2006

CUKAI

Engkau sedang memandu di satu kawasan yang engkau tidak biasa. Tiba-tiba, engkau perhatikan tiang-tiang lampu bertambah banyak berbaris menghiasi jalanraya. Tiang-tiang itu berbeza dari tiang-tiang lain kerana ianya lebih cantik dan berkerawang.

Engkau tidak perlu jadi psikik, engkau tahu ibu pejabat Pihak Berkuasa Tempatan atau Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah adalah berdekatan. Bangunan itu pastinya tersergam hebat, bercat indah dan mempunyai taman yang cantik. Engkau pun jadi sakit hati kerana engkau tahu ke mana perginya duit cukai pintu yang engkau bayar setiap tahun.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ala..tak payah nak sakitkan jiwa,sakitkan hati..kalu tok taknak bayar cukai,tok bayar zakat.cam mana diaorang uruskan,itu tanggungjawab diaorang.pandai2lah menjawab NANTI.

Tok Rimau berkata...

Cukai Pintu tidak boleh diganti dengan zakat. Mesti bayar. Jika tidak harta anda boleh disita.

Sudahkah anda membayar cukai pintu?*

Jika anda tidak punya rumah atau rumah tidak berpintu, anda dikecualikan.

Tok Rimau berkata...

BERITA YANG TIDAK BERKAITAN DENGAN ENTRI INI.

31 kes rasuah PBT Johor, satu dihukum setakat ini
Oleh Sunarti Kibat


JOHOR BAHRU 5 Dis. – Sebanyak 31 kes rasuah melibatkan pegawai dan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor dilaporkan dalam tempoh 11 bulan lalu tetapi sehingga kini hanya seorang telah dikenakan tindakan undang-undang.

Difahamkan 30 kes lagi masih dalam proses pendakwaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, Badan Pencegah Rasuah (BPR) menerima 67 maklumat mengenai rasuah yang membabitkan PBT di Johor dalam tempoh itu, dengan 17 daripadanya melibatkan Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Bandaraya Johor Bahru Tengah.

Ia diikuti Majlis Perbandaran Batu Pahat (13), Majlis Daerah Segamat (12), Majlis Perbandaran Kluang (7), Majlis Daerah Pontian (6), Majlis Daerah Muar (6), Majlis Daerah Kota Tinggi (5) dan Majlis Daerah Mersing (1).

“Kebanyakan kes rasuah PBT membabitkan Bahagian Pentadbiran dan Pelesenan,” kata Halimah ketika menjawab soalan Osman Sapian (BN-Kempas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini hari ini.

Sebelum ini, isu kelewatan penyelesaian kes-kes rasuah menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengarahkan BPR supaya bertindak segera menyiasat aduan dan mengheret mereka yang terlibat ke mahkamah tanpa mengira ‘orang besar’ atau ‘orang kecil’.

Ekoran arahan itu, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datin Paduka Zaitoon Othman mencadangkan supaya BPR diberi kuasa mendakwa bagi mempercepatkan proses siasatan kes rasuah, sekali gus memastikan keadilan dapat ditegakkan secepat mungkin.

Bagaimanapun, cadangan tersebut mendapat bantahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail atas alasan Jabatan Peguam Negara sudah mempunyai kakitangan yang mencukupi.

Halimah memberitahu Dewan Undangan Negeri Johor bahawa jika dibandingkan keseluruhan kakitangan 16 buah PBT yang ada di negeri ini iaitu seramai 4,663 orang, jumlah 31 kes rasuah melibatkan agensi itu boleh dianggap masih kecil.

Menurut beliau, ini menunjukkan masalah rasuah dalam kalangan kakitangan PBT di negeri ini tidak serius berbanding jabatan-jabatan lain.

Beliau berkata, dalam tempoh yang sama tahun ini sebanyak 57 kes rasuah dicatatkan di negeri ini membabitkan 31 pegawai kerajaan dan 26 orang awam, pegawai swasta dan ahli politik.

Beliau berkata, pelbagai pendekatan telah dibuat oleh PBT Johor untuk mengurangkan dan seterusnya memerangi rasuah.

“Antara langkah yang dilaksanakan ialah pengisytiharan harta oleh anggota-anggota majlis pada setiap tahun, membuat pemantauan melalui mesyuarat jawatankuasa keutuhan pengurusan dan melaksanakan kursus integriti dengan kerjasama Biro Tatanegara dan BPR,” ujarnya.

Ron97 berkata...

lagi memilukan.
tiang lampu yang bersusun.
apabila malam tiba
tidak menyala

blackpurple berkata...

Pejabat cantik-cantik, bilik seminar siap ada audio visual canggih,..bla...bla.... tapi bila berseminar kenapa nak ke Genting jugak..?

ontahsapo berkata...

yer yer... kangar dah kena, klang dgn jasin bila nak masuk...?

Tanpa Nama berkata...

haha...
Perlu jugak la orang yang prihatin dalam hal hal cenggini.

Tok Rimau berkata...

Ron,
Dalam 5 meter persegi ada lima tiang lampu. Kalau nyala semua, jadi stadium nanti.

Black,
Seminar mesti dekat dgn padang golf.

Ontah,
Kesian PBT yang baik. terpalit lumpur juga.

Mazudi,
Kalau kau kena saman dgn PBT kerana tak bayar parking, kau bayar tak?

Tanpa Nama berkata...

Cuba bermain psikologi kot, selak bidai pejabat rasa semuanya ok ; )

Tanpa Nama berkata...

Duit yang kita bayar cukai pintu tu dah jadi diorang yang punya, sukati la diorang nak belanja ke mana, nak beli apa. Diorang kan KERAjaan

Sikenit Comel-AminBakish berkata...

betul jugak ye, baru terfikir..

Tok Rimau berkata...

ayang,
Meremenipu diri mereka sendiri. Lepas bangga, menang landscape terbaik.

paachik,
Saya pun orang KERAjaan.ha ha ha.

Kenit,
Dungun ke, Endau ke, Kulai ke, Skudai ke... sama je. Dekat Majlis, lampu berceracak banyak. Putrajaya?

JBM8141 berkata...

Betul la, teringat cerita tok yg lama2 pasal kerani majlis bandaran yang bawak motor besar tu. Eh, cerita Tok Rimau atau Si Naga aaa?

.:HalogamoRa:. berkata...

well said tok! (wa setakat benci benda ni dlm ati je la)

sinaganaga berkata...

"Bukankah manusia dijadikan untuk korup?" Kata Liberalisme. Ha ha.

Tanpa Nama berkata...

dah lama dah!

el panji berkata...

aku dok kat Texas Trg tak kena cukai...

Pakteh berkata...

sama la, kat kampung kita tak ada cukai pintu. Cukai tanah jer.

Tanpa Nama berkata...

inilah nasib rakyat marhaein..what to do..hahah

rasso berkata...

Selalu tengok PBT tutup mata!

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni aku nak buat rumah tanpa pintu pulak.

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin