Jumaat, Disember 01, 2006

SOALAN BODOH

Suatu hari aku berada dalam satu forum mengenai Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Ahli panelnya orang besar-besar dalam perjuangan Bahasa Melayu. Ada Prof. Dr. Awang Saryan dan Tan Sri Ismail Hussein. Datuk A. Samad Said pun ada dalam kalangan hadirin.

Tiba masa soal jawab. Hanya soalan-soalan remeh temeh yang dilontar oleh hadirin. Langsung tidak mencabar ketokohan ahli panel. Maka, aku pun mengarang soalan yang aku rasa sesuai untuk taraf orang-orang yang aku sanjung tinggi ini.
.................

Memertabatkan Bahasa Melayu di tempatnya sebagai Bahasa Kebangsaan adalah satu perang besar kepada pejuang-pejuang bahasa. Dalam perang ini, pejuang-pejuang bahasa masih belum menang lagi. Kalah pun tidak lagi. Berterus-terusan perjuangannya.

Baru-baru ini, pejuang mendapat kemenangan dalam satu pertempuran kecil mereka. Nama-nama tempat di Putrajaya akan diMelayukan. Selepas ini, mungkin tiada lagi boulevard (Bululebat?), precint, parcel dan Palace of Justice.

Yang menjadi sedih adalah musuh yang melibas-libas keris kepada apa yang termaktub dalam perlembagaan negara itu adalah anak Melayu yang duduk di kerusi empuk setelah diangkat menjadi pemimpin.

Apabila kabinet meluluskan agar murid-murid sekolah mengira dan membuat ujikaji dalam Bahasa Inggeris, ianya satu pukulan yang hebat kepada Dewan Bahasa Pustaka, badan yang bertanggungjawab memperjuangkan Bahasa Melayu.

Seperti menambah garam ke luka, anak syarikat DBP dipertanggungjawabkan membuat buku teks sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Adakah mereka membantah? Tidak.

Di mana silap pejuang-pejuang bahasa sehingga ini boleh berlaku? Tidak cukup pahlawankah? Tidak cukup senjatakah? Tidak cukup juruskah? Tidak cukup ilmu perangnya? Atau, kita ini terlalu Melayu, terlalu bersantun, sehingga tidak berani meninggi suara atau menggenggam penumbuk ke udara?


Banyak juga kertas aku guna untuk draf soalan. Aku berpuashati sangat dengan soalan aku karang. Macam puitis sangat. Sesuai untuk majlis ini.Ha! Ha! Ha! Ketawa seorang pujangga. Kembang kempis hidung aku. Ujub, terpersona dengan kebolehan sendiri.

Malangnya, belum sempat aku mengaju soalan, pengerusi pun mengumumkan majlis sudah sampai ke penghujungnya. Terimakasih kepada soalan-soalan dari hadirin (yang sempat bertanya soalan). Dan riuhnya tepukan.

Ahli-ahli panel menerima cenderahati dan hadirin dijemput menjamu selera. Ahhh! Melayu.

Penat aku mengiwi but, kawadnya tidak jadi.

31 ulasan:

June berkata...

huaaaaaaaaaaaaaa, kesian TOK.

Tak apa. Kita perjuangkan Bahasa Melayu dalam blog. Ok? Dan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 50.

Tanpa Nama berkata...

saya rasa kalau macam ni lah Tok punya soalan, selayaknyalah Tok jadi pengerusi panel forum tu. Lepas ni ada forum lain, bolehla Tok cuba... :D

Pegawai Khalwat berkata...

Pengajaran:
Lain kali karang soalan, bukan karangan.

Tapi betul kata tok. Dan betul... dan betul....

sinaganaga berkata...

>>>Seperti menambah garam ke luka, anak syarikat DBP dipertanggungjawabkan membuat buku teks sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Adakah mereka membantah? Tidak.

Kau tak buat rujukan! DBP mana ada ANAK SYARIKAT!

sinaganaga berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BooK berkata...

menambah garam ke luka.

kawan aku dulu tulis: mencurah cuka ke luka. ayahnya penulis besar juga.

cik puan daun berkata...

overnya soalan.. mcm ulasan buku..

Tok Rimau berkata...

Moluska,
DBP berasal dari Johor. Hidup Johor!

Kenit,
jawatan Tok tetap: Jurusoal.

Pegawai,
Penuh la ruang kosong buku program aku mengarang. Betul kata kau.

Naga,
Ahhhhhh! Kau faham maksud aku. Kalau aku karang soalan, buat rujukan khutub khanah; bukan sahaja tidak sempat tanya soalan, nak makan pun tak sempat. Rugi woo.

Book,
Menuang cuka ke luka. Fuyooo. Itu lagi puitis. tapi srasanya sakit lagi kalau kena garam.

Daun,
Kau tahu kenapa masa soalan itu habis? Ada sorang pakcik ni bangun bukan nak tanya soalan, tapi bercerita tentang pengalaman dia. 3 hari 3 malam pun tak habis. Nasib baik pengerusi suruh berhenti. Pun begirtu, soalan aku sederhana panjang.

rudy bluehikari berkata...

sy cdgkan tok hantar soalan tersebut ke Ruangan Komentar BH atau MM.

Tanpa Nama berkata...

hahaha. moral pada cerita ialah, jgn guna bahasa bunga2 apabila mengarang soalan, biar mudah tapi tepat.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Tak mengapa Tok.. Selagi MEREKA bermentaliti begitu, soalan itu akan tetap akan relevant (dengan izin) untuk sesi-sesi akan datang...Percayalah.

OP Zaharin berkata...

sol-jah kena pantas!

Tanpa Nama berkata...

macam soalan interview...

Unknown berkata...

tak pe. soalan tok cuma tertangguh.

Pa'chik berkata...

kita tak berani menggenggam penumbuk kerana diorang genggam keris tok.

Lagi satu. Yang buat buku tu lagi suka, dapat projek baru. Takkan nak bantah

hakim dirani berkata...

Saya cadang selepas ini kalau tok tak sempat juga, tok bangun segera dengan pantas seperti seorang pejuang, dengan pantas tok angkat tangan dan tok menjerit "saya ada soalan penting, jangan halang saya, tolonglah... pastu pasti mereka bagi ruang kepada tok.
ha ha ha :)

tuan tanah berkata...

kesian tok.

tapi... itu akibat ujub agaknya.

Tanpa Nama berkata...

kekkeke..kesian, tak sempat nak lontarkan soalan tu ek. next time kena bertindak pantas!!

Rie berkata...

soalan tok seperti menabur cuka pada kudis.. sbb tu pengerusi majlis tutup majlis haha

bau cuka pun dia dah terasa sesak napas. hehe

Unknown berkata...

kau pakai but datang DBPWS eh? haha!

cerebrator berkata...

hehehe..
klakar, klakar...

Takper Tok, boleh tujukan soalan itu kat suratkhabar Utusan Malaysia dan minta perhatian DBP utk membaca dan menjawabnya.

Tanpa Nama berkata...

betullah tok, hantar soalan tu ke parlimen terus lagi bagus. saya bengang betul dengan dasar pendidikan negara untuk bidang sains dan matematik tu, seolah membunuh bahsa melayun kita. Saya nak tunggu sangat ada orang yang berani ubah dasar ini, orang tulah pahlawan bangsa melayu yang sebenar. Dan yang buat dasar ini, pastinyalah PENGKHIANAT NEGARA!

Tanpa Nama berkata...

Tok, takpe tok. Next time kalau ada peluang tok terus tanya jer. jgn bg peluang tuk org lain bertanya dulu.

Tanpa Nama berkata...

Saspen jer tok.

Tok Rimau berkata...

Rudy,
Cadangan dipertimbangakan.

Zalisa,
Seperti orang yg suka bercakap, lisannya panjang. Aku suka menulis, maka tulisan aku juga panjang. Penyakit ni.

Black,
Di sesi akan datang, aku akan jadi orang pertama tanya soalan sehingga orang lain takut nak tanya soalan sebab soalan aku hebat. Ujub lagi.

Op,
Aku soljah baru belajar. Soljah baru- slow and steady. Kalau salah tolong jolokkan.

Sampul,
Kalau ini soalan interview, mahu kantol budak yang mohon kerja tu.

Kelambu,
Betul soalan tertangguh. Jawapan pun tertangguh.

paachik,
Duit juga yang lebih kuat.

hakim,
Aku bersantun di majlis orang.

tuan tanah,
Saya akan belajar untuk merendah diri.

boshi,
Ini masalah orang yang ada piawai. Tidak boleh hentam keromo.

esis,
Aku nak tukar ke "menyiar pekong ke dada akhbar."

Nizam,
Aku nak pakai selipar lain kali. Senang lucut.

Cereb,
Setiap soalan ada masa. Setiap masa ada soalan.

Amirah,
Hujah depa, orang pandai bahasa inggeris senang dapat kerja. Kalau camtu, kata Awang, di US dan UK tiada penganggur.

Qasseh,
Bagi peluang orang lain. Ya betul.

Leen,
Boleh buat academic thriller cerita ni.

Tanpa Nama berkata...

Melayu & otak kiri.. seperti karipap & mi halus dalam mesyuarat ; )

JBM8141 berkata...

aaa tok tu le sebabnya perjuangan bahasa melayu masih gagal. nak menyoal pun punya la panjang bunganya.

Tok Rimau berkata...

Bernama.com
Malaysian National News Agency

Bloggers Must Uphold The Tenets Of Journalism Too, Says Zam
General
December 04, 2006 17:49 PM

KUALA LUMPUR, Dec 4 (Bernama) -- Blogging, or better known as citizens' journalism, must uphold the tenets of journalism which is a noble profession, Information Minister Datuk Seri Zainuddin Maidin said Monday.

He said bloggers, as corporate citizens, had a great influence in moulding public opinion and bore the same responsibility as the mainstream media.

"This responsibility cannot be compromised for the sake of short-term popularity and gains," he said at the Asset Magazine's 2006 Triple A (Asset Asian Awards) Country Awards presentation here.

His speech was delivered by Deputy Information Minister Datuk Seri Chia Kwang Chye.

Zainuddin said the government was aware that the number of Internet blogs had increased and the situation might change the face of Malaysian journalism in the near future.

Despite the rise, the government was happy to note that the Malaysian media was responsible and had sustained its practices for the greater good of the nation and its people, he said.

"The government today has a positive view of the media and wishes to see it demonstrate maturity in balancing its roles through the building of healthy media practices, understanding of the people's problems and sensitivity towards the challenges of the nation," he added.

Later, Chia presented the Best Domestic Bank in Malaysia 2006 award to Public Bank which was represented by its managing director, Datuk Seri Tay Ah Lek.

The Asia Banker of High Distinction award went to Public Bank's chairman and founder Tan Sri Dr Teh Hong Piow.

The ceremony was witnessed by Daniel Yu, editor-in-chief of the Asset Magazine, a well-respected international publication.

-- BERNAMA

Ku Keng berkata...

Tok,

Tak lama lagi DBP akan diserapkan ke, mungkin Muzium Negara, agaknya. Isu bahasa dah menjadi isu sambil lewa.

fajar berkata...

tu la tok. lain kali, sediakan je soalan dulu cepat-cepat. tapi, kenapa panjang sgt soalannya!

Roti Kacang Merah berkata...

Tok

Tadi ada seminar untuk Arkitek. Ada satu jam utk sesi Q&A. TERUS teringat entry Tok yang ini. heh heh

Bila balik, saya cut&paste entry Tok ni, dan email ke Suami. Gelak giler! heh heh heh

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...