Khamis, Mei 17, 2007

HADIAH

Pensyarah tidak dapat hadiah pada Hari Guru seperti guru-guru di sekolah. Mungkin Hari Guru hanya melibatkan guru di sekolah dan tidak melibatkan pendidik lain seperti pensyarah, ustazah dan jurulatih. Mungkin.

Juga, aku dapati dunia menyambut Hari Guru pada tarikh berlainan.

Contohnya:
Malaysia May 16
China Sept 10
Oman Feb 28
Unicef World Teacher Day Oct 5

Terdapat beberapa negara yang mengisytiharkan Hari Guru sebagai cuti umum. Sepertinya, guru-guru tidak cukup cuti.

Walaupun pensyarah tidak dapat hadiah pada Hari Guru yang setahun sekali itu, ada beberapa pelajar yang memberi hadiah kepada pensyarah. Hadiah-hadiah ini diberi beberapa hari selepas peperiksaan tamat. Sebelum gred dipaparkan.

Mungkin Dekan perlu bagi kami lencana seperti yang dipakai oleh polis trafik, lencana Jangan Rasuah.

12 ulasan:

rasso berkata...

hahaha...
tu hadiah untuk semester dua setiap sesi pengajian.. lalalla

mantap lah tok... student bagi hadiah.. murid2 saya tak de pun ingat kat saya.. cewah...

blackpurple @ jowopinter berkata...

Cikgu sekolah memandu lagilah kesian. Langsung tiada siapa yang ingat...

Tanpa Nama berkata...

wajah baru ... ok skit.. yg lepas, macam kanak2.. :D

Mereka kenang dalam hati saja Tok.. :)

sherrina berkata...

walaupun bukan guru skolah tapi dapat gak ucapan Selamat Hari Guru. Tersipu2 pula mengenangkan saya ni bukan guru skolah pun....

Haryani Kamilan berkata...

Pensyarah saya tak lut benda-benda camtu. Saya bagi hadiahpun dia bagi C jugak, Cisss!!

DeeN berkata...

bagaimana pulak dengan guru tadika? guru kafa mahupun guru memasak? tiada hadiahkah utk mereka?

er..er..hadiah kepada lecturer setiap kali selepas final dikira sebagai penghargaan'ikhlas' dan berharap akan diingati oleh lecturer itu seadanya. :D

DeeN berkata...

Er...er.. tok, tok, mana ekor harimau dan selipar itu tok?

Unknown berkata...

Saya simpati.. Selamat Hari Guru pada kau.

Tanpa Nama berkata...

Happy teacher's day to u too tok! You were one of the most fun lecturers we ever had...

lt_suhaimi berkata...

Salam tok,
Saya pun pakai badge...layak mengajar, itupun kena claim dicantas dek PTJ. I don't call myself a cikgu tapi SIFU.

p/s:

Tok dengar lagu M.Nasir lagi ker? Teringat dulu dengar lagu M.Nasir dlm keta tok kaler merah tu. Nostalgia tok.

June berkata...

dan kita akan rasa bersalah bila dapat hadiah spt pen mahal yang tertera nama kita, kerana kita memang dah nekad akan failkan sipemberi hadiah.

(",) strawberry berkata...

satu2nyer experience sy sambut hari guru adalah ketika sy practical teaching kat teknik perdagangan jb..itupun bile difikir balik, sy tak grad lagi masa tu..which means..sy belum jadi guru pun lagi...huhu...skg dh posting...tapi still tak dpt celebrate hari guru sbb agaknyer hari guru hanya utk guru...pensyarah tak termasuk...no gifts, no celebrations, no nothing..just few smss from students who are smart enough to realize that a lecturer is also a teacher... *wink wink*

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...