Isnin, Julai 09, 2007

HUJUNG MINGGU 07.07.07

JUMAAT

11.00 a.m. Skudai. Tok tumpang kereta Team Neurmaya untuk ke KL. Mereka ada tugasan fotografi dan video di Brickfield.

Sesak di Senawang. Aku tengok 4 biji lori FRU berhenti. Beberapa ahli FRU jaga lalu lintas sambil memegang mesin gan. Aku ingatkan ada reformasi, rupanya lori FRU pecah tayar.

3.30 p.m. KLCC. Kami Sampai tercepat untuk wedding rehearsal. Kami mahu tepati masa, lalu kami menunggu waktu berlalu dalam panggung wayang. Cerita yang ditayangkan adalah cerita robot-robot bersengketa, Transformers. Aku bagi 4 bintang untuk visual dan 3 bintang untuk cerita.

7.00 p.m. Brickfield. Kami bertolak ke tempat wedding rehearsal, Gereja Brickfield. Kali pertama aku masuk gereja. Team Neurmaya memulakan tugasan pra-pengambarannya.

10.30 p.m. Ampang Point. Sampai ke San Francisco Coffee. Team Neurmaya jumpa pelanggan. Aku lepak di smoking area dan minum cokelat.

SABTU
12.00 a.m. Ampang. Al-Rawsha. Restauran Timur Tengah. Pesan Lamb Mendi. Pelanggan lain kebanyakannya Arab berhidung mancung. Aku rasa macam kat timur tengah. Aku dongak ke langit kalau-kalau ada bom jatuh.

2.00 a.m. Seksyen 7. Shah Alam. Zzzzz.

09.00 a.m. Seksyen 7. Layan DVD- Zorro. Tak habis.

10.00 a.m. Seksyen 7. Mamak. Khalifah. Roti canai tampal dua.

10.30 a.m. Seksyen 7. Layan VCD- Sumolah.Hampir habis.

12.30 a.m. Seksyen 19. Shah Alam. Team Neurmaya turunkan aku di kenduri kahwin sepupu aku. Nenek lain. Aku makan cepat-cepat. Aku tidak kenal sesiapa. Rasa segan. Aku simpan telur pengantin dalam poket depan seluar. Minta diri.

1.00 p.m. Seksyen 20. Shah Alam. Menziarah sepupu emak. Keluarga aku pun ada di sana. Telur dalam poket seluar pecah. Ish.

3.00 p.m. Adik aku hantar aku ke Rumah Pena. Jumpa Geng Sindiket Sol-jah (Rujuk Link sebelah kiri). Mereka sedang bertungkus lumus penyiapkan dewan untuk acara Maskara.

5.00 p.m. Mamak. Sindiket Sol-Jah belasah 7-Up. Kenapa entah. Aku pun tak tahu.

6.00 p.m. Sungai Kayu Ara. Berdesup ke rumah Spyz. Anak Spyz yang kecil itu punya konsep bahawa aku ini atok dia. Apa tidaknya, mak bapak dia panggil aku Tok. "Tok, nak basuh tangan," suara comel dia meminta aku bawa dia ke singki untuk basuh tangan selepas makan.

8.30 p.m. Rumah Pena. Acara Maskara. Ramainya orang dalam dewan. Pemuzik, pembaca dan pemuisi mempamerkan kreativiti mereka. Aku rasa seni sangat. Aku rasa sastera sangat. Persembahan terbaik aku bagi kepada duet Esis dan Elmaniq.

Di sana aku jumpa orang yang selama ini aku teringin nak jumpa, Alifstyle (novelis dan ahli silap mata) dan Pyan Habib (Pelakon, penulis, penyair dan ahli silap telinga, Pyan tidak mendengar).

Jali Jaga Kamera

Aku pura-pura sibuk jaga kamera video. Segan la jadi Sindiket Sol-jah kalau tidak menyumbang.

11.00 p.m. Tumpang kereta Pyan Habib untuk ke Melawati. Mat Jan dan Su juga tumpang. Inilah pertama kali aku jumpa Pyan dan Su. Mat Jan dah biasa.

Untuk Pyan pula, inilah pertama kali dia jumpa aku dan Su. Mat Jan dah biasa.

Pyan suruh Mat Jan duduk depan, sementara aku dan Su duduk belakang. Pyan ingat Su itu bini aku. Ha ha ha. Ini Mat Jan tidak biasa.

AHAD
12.00 a.m. Melawati. Mamak. Pyan peramah orangnnya, tidak segarang yang digambarkan oleh Naga. Pyan belanja kami makan malam. Walaupun kami duduk semeja, kami berbual guna teks dari henpon bila ada masalah komunikasi.

Kadang-kadang Mat Jan tolong terjemah untuk semua. Pyan sudah biasa dengan bibir Mat Jan tetapi tidak biasa dengan bibir aku, dan aku juga tidak biasa dengan bibir dia. Mmmm... bunyi macam homo-homo nak bercium pulak. Sebenarnya apa yang nak aku cerita adalah, gerakan bibir aku ketika berbicara tidak jelas di mata Pyan.

1.00 a.m. Pyan hantar Su pulang. Kemudian hantar aku dan Mat Jan. Borak buku dengan Mat Jan, sampai Mat Jan terlelap. Aku sambung borak sendiri sampai 5 pagi. Baru tidur.


9.00 a.m. Melawati. Berjalan 15 minit dari rumah Mat Jan ke bengkel menulis. Aku sudah lama tidak berjalan kaki. Terasa macam pendatang asing bila berjalan kaki melintas lebuhraya. Stereotype.

Ada 15 orang dalam bengkel. Kebanyaknya gadis Pink Platun. Pun begitu, ada juga orang jantan. Pertama kali aku jumpa Pipi dan Kumprinx dari Kuala Lipis yang kebetulan jadi peserta bengkel. Camna budak Punk boleh sesat dalam bengkel Chic Lit? Ha ha ha.

Idea-idea best dibentangkan untuk cadangan buku-buku baru. Cliche Baru. Tunggulah kehadirannya.

11.30 a.m. Naik bas Rapid KL ke Stesen Melawati. Dah lama betul aku tidak naik bas ting-ting. Dari stesen Melawati, aku naik LRT ke Bangsar.

1.30 p.m. Team Neurmaya kutip aku di Stesen Bangsar. Berdesup pulang ke JB. Sangkut di Seremban sebab ada kemalangan. Sebenarnya bukan sebab ada kemalangan tapi sebab orang lorong ke JB sibuk perlahankan kereta nak tengok kemalangan di lorong menuju ke KL. Hampeh.

Sambung perjalanan. Rehat di Air Keroh. Aku naik angin di A&W. Aku berkeras mahukan baki duit aku. 7 sen pun A&W nak cilok dari aku! Akhirnya mereka mengalah, mereka bagi aku 10 sen sebab mereka tiada duit kecik. Bisnes punya besar, duit kecik tak dak! Apa la!

Perjalanan diteruskan. Terserempak dengan lori-lori FRU dari arah bertentangan. Mungkin mereka test tayar baru. Kali ini tidak pecah.

6.00 p.m. Sampai Senai. Yeaghhhh! Sekianlah kisah saya yang pura-pura sibuk macam menteri.

16 ulasan:

Rie berkata...

Psssttt psssttt... nak masuk narayuda ker?? hehehe

(matilah aku kalo ketua turus sindikit baca ni)

hahahahaa

Aku Bukan Bidadari berkata...

Dalam panjang2 citer..suke citer bertekak pasal duit tuh..bagus !!
kalo seploh org tak amik balik 7sen - equal to 0.70 dah.. kalo 50 orang dah baper?? BAGUS!!

Amyz! berkata...

Hahaha.
Saya teringat laporan budak-budak GJ dulu-dulu. Macam inilah. Hahaha.

Harap Tok juga dapat keluarkan buku chic lit yang best juga.

DeanSham berkata...

Tok lupa nak tambah, lepas kena lamb kebsa, yg kena tunggu setengah jam (arab tu kata lambat sikit sebab lamb tengah panggang) semua pakat tidur dalam kereta ke Shah Alam, siap berdengkur, takde orang layan driver (yang dia pun mengantuk gila).

Next morning, driver belasah makan nasi beriyani pagi-pagi lagi dah tatkala yang lain makan roti tampal. Mungkin simbol protes pasal kejadian semalam.

test berkata...

salam, tok dtg KL tidak beritahu pun...dah dkt sgt melawati dgn rumah aku...

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

kitaorang memang saja je menyamar chic lit mana tau kot kot dapat duit ke 3-4 ribu..

Tok Rimau berkata...

Esis,
Jangan bagitahu ketua turus, Tok jadi ahli rahsia nara yuda. codename Nara Yoda.

Bidadari,
Lagi pun tabung Tok lagi 2 sen nak jadi 1 juta.

Amyz,
Tok lelaki, susah nak menyelami hidup chic. Mencabar nak tulis Chic Lit ni.

Dean,
Sedar2 kita dah sampai Johor. Sekelip mata je. Pejam celik Pejammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm. Zzzzz. Sampai dari KL ke Johor.

Seniman,
Awat hang tak habaq hang dok Melawati. Boleh kita saing dengaq ceramah PAS.

Pipi,
Aku saspek Pipi dan Kumprinx masuk bengekel kerana banyak awekz.

Roti Kacang Merah berkata...

fuh, busy macam Timbalanperdanamenteri... woops... Menteri.

Unknown berkata...

akhirnya, jadi juga ke KL..

bluecherry @ fai berkata...

fuh, padat betul jadual tok.. lain kali kalau sy nak join 'tengok' aktiviti bole?

Lan Rambai berkata...

best sgt ke Maskara tu sampai yg dari JB pun datang ni?mmmm...

blackpurple @ jowopinter berkata...

Lori-lori FRU jadi pemanis entri ini. :D

Tok Rimau berkata...

Black Purple,
FRU ikon negara.

Lan,
Rugi kau, sekarang dah nak masuk Maskara 3, kau masih tak pernah datang. Ish. Rugi.

Blue,
Boleh ikut aktiviti. Digalakkan.

Nizam,
Usaha tangga kejayaan.

Roti,
Singgahlah rumah pena. Boleh abang awak baca puisi cinta dia.

m!an..gh berkata...

aku gi maskara, rupanya yang ngan videocamera tu ngko upenye..
aku kuar pas izwan cakap `kemaluan nye hilang... aku tengok pizza tinggal 2 keping..aku terus gi ampangpark..kena pizza sana..

Amyz! berkata...

Lelaki sensasi di sini. :-)
http://pinkplatun.blogspot.com/2007/07/maskara-ii_10.html

nabihah berkata...

no 777 ni no illuminati

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...