"Woah! Mamat tu tarik rambut awek tu!" aku kata kepada minah aku. Minah aku yang duduk di kerusi belakang diam tidak terkata apa-apa. Afimon duduk di atas ribanya. Sabrinamon pula sedang tidur di sebelah aku, lengkap dengan pakaian seragam tadika.
Kancil aku kiam di simpang memerhati drama pagi Isnin. Seorang lelaki bertubuh sasa berambut gondrong sedang menarik rambut seorang wanita kurus. Wanita itu tidak menjerit tetapi tubuhnya mengeliat melawan tidak mahu dipaksa masuk ke dalam Satria berwarna merah. Deretan rumah-rumah teres di sekeliling bisu seribu bahasa.
Seribu kemungkinan bermain di kepala aku. Mereka laki bini? Pasangan kekasih? Adik beradik? Pelacur dan bapak ayam? Pelakon drama? Haruskah aku masuk campur?
Aku tekan hon. Ponnnnnn! Ponnnnnnn! Ponnnnnnnnn!
Lelaki gondrong itu memandang ke arah aku. Dia menunding jari. Mulutnya menjerit tapi aku tidak dengar butir percakapannya. Pun begitu aku pasti bunyinya, "Kau jangan masuk campur!"
Minah aku naik takut. Dia kata kepada aku, "bang, jalan cepat bang." Minah aku risaukan aku, anak-anak dan dirinya sendiri tercedera. Aku pun tekan minyak dan berlalu. Dalam hati aku penuh rasa bersalah.
Aku hantar Sabrinamon ke tadika dan segera berpatah balik ke jalan itu. Sisa drama tadi masih ada, seorang jiran lelaki keluar dari rumah pergi ke jalanraya dan kereta Satria menderu laju hilang dari pandangan. Tiada wanita kelihatan.
Maaf anti-klimaks. Aku ada peluang jadi hero tapi aku tidak ambil peluang. Aku ada peluang tulis peristiwa yang lebih hebat di sini tapi aku tidak ambil. Itulah tahap iman aku hari ini, sekadar bunyi hon kereta di pagi hari.
Sampai sekarang aku masih tercongak-congak kesal.
Isnin, Julai 16, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
7 ulasan:
mungkin lepas ni kau berpeluang naik turun mahkamah (masuk paper) kalau terjadi apa2 kat wanita itu, saksi penting
apa tok tak telipon pulisi, amek nomor plet kete tu...
biasa...
ya, insiden biasa...
Kadang2 rasa serba salah itu muncul setiap kali keinginan dan peluang menjadi hero wujud di depan mata! Anti klimaks tul!!
haaa...kan dah menyesal..tapi harus difikirkan mon-mon kau itu kan..
Hon! Hon! Tanda sokongan.
laki bini: ini dikira kes penderaan. kesian wanita itu tidak ada sesiapa yang datang membela; dia sendiri takut untuk membela diri.
pelacur bapak ayam: walau perempuan itu pelacur, dia juga manusia, dan tiada sesiapa yang layak disakiti begitu.
Catat Ulasan