Selasa, Ogos 14, 2007

AMBIGUITI

"Kita akan ubahsuai ruang-ruang ini jadi cun. Kita tempatkan staf kita di sini," kata bos kepada kuncu-kuncunya.

Bangunan tempat aku bertugas terbahagi kepada dua kawasan. Jauh antara markas dengan pejabat aku lebih kurang 1 km dan 10 bonggol jalan. Ya, setiap 100 m ada bonggol.

Semalam bos dan kuncu-kuncunya melawat bangunan aku. Pertambahan staf memerlukan kami mengubahsuai stor dan bilik pantri jadi pejabat.

Bos ada bertanya pendapat aku, "Apa pendapat awak jika ubah ruang ini jadikan bilik pejabat staf cun?"

"Saya setuju je bos. Yang tidak cun tinggal di blok lama. Yang cun tinggal di sini."

"Oittt! "Bilik" la kata-namanya. Bukan "staf.""

"He. He. He."

.....................
SOALAN KEFAHAMAN
Bezakan rumus linguistik berikut:
a) [[bilik [pejabat]] [staf [cun]]]
b) [bilik [pejabat] [staf] [cun]]

9 ulasan:

shalind berkata...

apela bos dia ckp jela nak tukar jadi bilik staf. cakp cun plak kan staf di adh confious, x pasl2 dh kena marah, lagi satu, pantri jgn la tukar gak, stor dahla..

spyz berkata...

tak perlu ubahsuai,

staf cun sumbat kat stor.

ha ha ha...

roserose*MrsYusof* berkata...

Tok tetap cari yang cun..

apa beze bilik cun dgn staf cun.

Spy...ko kejam nak sumbat yang cun dalam stor.

Ron97 berkata...

kata sifat yang tidak kena

Pa'chik berkata...

bilik staf. cun.
bilik. staf cun.

Amyz! berkata...

nak yg cun saja.. :-p

ontahsapo berkata...

aku memang lemah bab ni...

Angah berkata...

Sudah lama aku tinggalkan pelajaran Grammatical Analysis itew huhuhu

Tanpa Nama berkata...

i'm waiting for you to sing..

who will sing then?

u or me?

(^_^)

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...