Khamis, Ogos 16, 2007

HENPON HILANG

Kau pernah tengok orang cari cermin mata. Habis satu rumah dia selongkar cari cermin mata. Tiba-tiba, ada orang tunjuk cermin mata itu atas kepalanya. Terdongak macam visor topi keledar. Semua orang ketawakan dia.

Semalam kawan dari jauh kawan aku buat panggilan hendak minta nombor telefon bos aku. Aku kata ada dalam henpon aku nombor itu, nanti aku sms nombor tu.

Aku carilah henpon itu. Seluk dalam saku seluar tidak ada. Atas meja tidak ada. Dalam almari tidak ada. Atas komputer tidak ada.

"Apasal lama sangat," tanya kawan aku.

"Aku tidak jumpa henpon," aku.

"Setahu aku, aku call nombor henpon kau la tadi. Takkan hilang."

Baru tersedar. Henpon yang aku cari lekat kat telinga kiri dalam gengaman aku pun. Aku guna untuk berbual dengan kawan aku tu.

"La hai! Kat tangan aku henpon ni."

"Hak hak hak hak!" Dia. Kalian pun boleh turut ketawakan aku seperti dia.

14 ulasan:

Tok Rimau berkata...

Aku boleh baca fikiran kau. Kau nak kata aku nyanyuk. Kubur kata mari. Kan? Kan?

Nida Shaari berkata...

ahahah.. Tok.. Tok..

sinaganaga berkata...

Cuba check kat dalam seluar kau - 'burung' kau ada lagi ke dah hilang?

HA HA HA HA HA!

ayobkelubi berkata...

aduhai tok. ha ha ha

Nazri berkata...

Whoa, nasib baik jugak tak cakap "weh, aku tak jumpa henpon aku la, ko tolong MISS CALL, aku nak dengar kat mana dia terselit'

wakakaka.

Tok Rimau berkata...

Madu,
Hepi nampak.

Naga,
dia lagi tidur.

Ayob,
Alahai.

Nazri,
Mungkin itu pasal ada orang pakai 2 henpon. Agar boleh bagi miskol kpd yg lagi satu.

spyz berkata...

dude,
kismis madu berperisa oren byk dijual di mana-mana..

:-)

zizie ali berkata...

ada orang kelam kabut cari gigi palsunya. akhirnya ditemui gigi palsu dalam mulutnya. ini cerita benar. berlaku di depan mata aku. dan orang yang terlibat tu masih hidup hingga hari ini.

ontahsapo berkata...

itu tandanya anak dah ramai... ha ha..

Aqil Dot Com berkata...

nak tolong gelak...
hahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahhah

Amyz! berkata...

Hahaha.
Lumrahnya manusia sering lupa.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Mamai. Fokus! Fokus tok!

roserose*MrsYusof* berkata...

Salam Tok rimau.

Buat aku ketawa sorang2 dlm ofis yg senyap sunyi.

Tok dah jadi pelupa. Hmm..kena tambah vitamin supplements la tu..

Tanpa Nama berkata...

a'ah tok.. amik supplement..vit C, minum air banyak2, tidur cukup2, jangan serabut2.. ;P

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...