Isnin, Ogos 06, 2007

NAIK PENTAS

Kalau menonton acara anugerah seperti Grammy dan Oscar, aku gemar sangat meneliti ucapan penerimaan setiap pemenang. Siapa yang lebih bagus berucap dan ucapan siapa yang kekal dalam fikiran buat sekian lama.

Kalian tonton Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM 20)hujung minggu lepas? Melainkan hadiah utama yang empat, tidak salah aku, pemenang lain tidak diberi laluan untuk berucap. Ini menyebabkan majlis meraikan pembikin filem ini nampak hambar. Jadi, aku pun tumpu kepada benda lain seperti mengira jumlah manusia atas pentas.

Tahukah anda? Semasa penyampaian trofi utama, ada tujuh orang mengiringi VVIP naik ke pentas. Jumlahkan dengan dua gadis pemikul trofi ke depan, ada lebih kurang 10 hingga 12 orang atas pentas. Pemenang belum diumum dan naik lagi tu.

Apa agaknya masalah kita hingga beramai-ramai naik ke pentas mengiring VVIP ni? Orang itu tidak tahu jalan sendiri gamaknya.

14 ulasan:

Aqil Dot Com berkata...

1. kesian dia jalan sorang. nanti dia glamer sorang2.
2. nak tumpang glamer.
3. nak bodek .

acttually jawapan sebenar...
4. protocol!

Unknown berkata...

memang pelik. agak-agaknya AC tersilap kot...

(mula2 ingat ramai2 naik pentas sebab pakat semua2 nak dapat hadiah cenderamata.. hehe (sampaikan isteri2 menteri pun naik ke pentas... apa ke halnya?? hehe :D)

spyz berkata...

".. aku gemar sangat meneliti ucapan penerimaan setiap pemenang." - yelah tu..

ke meneliti pakaian pemenang(pempuan)?

or the lack of it..

:-)

Zamri Mohamad berkata...

Biasalah, sistem feudal dalam acara orang Melayu.

Tok nanti Tok akan berada di sinikah?

BMW Shorties Screening, The Institute of Advertising Communication Training (IACT). 7 August 2007

http://www.iact.edu.my/08_updates_selectednews.asp?ActivityID=60

Meen Zuleyka berkata...

prosedur yang merimaskan...

Tok Rimau berkata...

aqil,
Protokol la yg buat kos majlis berlipat ganda. Kerusi nak lain. Bunga nak lain. Makanan nak lain. Protokol jahat.

Sikenit,
isteri diatakut duduk sorang2. Takut laki dicuri artis.

Spyz,
Aku sekarang pakai helmet full face. See, if you can read my mind now. :-)

Motivasi,
Tok tak ke IACT. Bajet lari.

Meen,
You rimas? I pun rimas. Bila la nak berubah.

DeanSham berkata...

Tok, apa kita buat bisnes pengiring VIP professional?
Kalau ada sesapa yg nak buat event, kita bole jadi tukang iring.
Usah kata 10, 20, 25, 27,28, pun bole. Package termasuk bunga sebesar kepala lutut utk disemat didada dan kerusi istimewa utk VIP.

spyz berkata...

kalau pakai helmet fullface,
jgn meludah...
nnti kena muka sendiri

ha ha..

Roti Kacang Merah berkata...

panjang perjalanan dari seat nak naik ke pentas agaknya. panas berpeluh-peluh, sebab tu perlu ramai pengipas. :-p

artisticklytouch berkata...

haahkan...bosan sungguh!! dari karpet hijau yang tergagap-gagap dan tersasul-sasul lagi dah bosan. Kau rasa apa yang diaorang rasa di atas pentas sana? mesti macam bodoh je kan..

Amyz! berkata...

Oh Tok R tengok pakaian penyampai wanita nya ya?

Oh, saya pun sama.

Nak tengok fesyen terkini nak buat baju bersanding kelak.

Haha.

Tok Rimau berkata...

Dean,
Protokol Sdn. Bhd., kami menawarkan khidmat gadis pembawa dulang dan bunga-bungaan untuk pentas.

Spyz,
masa cuci mata tak meludah. Telan airliur banyak-banyak. ahak.

Roti,
kipas susah mati.

Art,
bukan macam lagi. memang pun.

Amyz,
kau kahwin nanti, tok nak jadi mak andam.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Tumpang populariti kot?

Tapi FFM kali ini tiada pula ucapan kontroversi ekk? Tak seronoklah!

Ron97 berkata...

ehem ehem!!
protokol hanya menyatakan kehormat itu perlu diiring. tetapi bukan semua.
kalau dah semua orang iring vvip naik atas pentas. itu dah takdak protokol dah tu.
dah tak nampak kekananan dah.

69 Hujan dan Lumpur

Main MTB ni seronok tapi kena berani kotor kerana lumpur dan tahi lembu. Lebih-lebih lagi jika kau main di musim hujan. Masa aku main di kaw...