Rabu, November 26, 2008

IKAN TERBANG DARI AIR KEROH

Kalau aku tidak tengok dengan mata kepala aku sendiri, aku pun tidak akan percaya. Aku nampak ikan terbang dari parit naik ke tingkat tiga. Masuk ikut tingkap pula tu. Bukan sekali. Aku nampak dua kali. Sungguh! Aku tak tipu.

Dulu, parit yang keruh itu aku tuduh bawa malang sahaja. Masa hujan lebat, air dari parit tu bah. Air keruh melimpah masuk tingkat satu. Habis rosak server yang mereka letak di situ. Selepas dari itu, mereka alih semua server ke tingkat dua. Sekali air bah, sekali server berubah. Begitulah.

Tetapi sekarang aku tidak buruk sangka  lagi. Aku nampak orang tingkat tiga, yang tingkap pejabatnya bertentang dengan parit, menjulur kail memancing ikan pukul 10 pagi. Dalam masa sepuntung rokok, aku nampak dia bawa naik dua ekor ikan. Punca rezeki juga parit tu.

Isnin, November 24, 2008

JARI-JARI KU SAKIT SEMUA

Entah berapa lama, kasut sukan Kenchana tidak jumpa matahari, entah la. Minggu ini baru la Kenchana bawa kasut itu jalan-jalan. Lari-lari. Lari-lari anak. Lari-lari ibu. Akibatnya, bila Kenchana duduk dia pegang pinggang. Aduh katanya. Bila Kenchana bangkit dia pegang pinggang. Aduh katanya lagi.

"Apa la you ni. Muda-muda dah mengeluh macam nenek kebayan."

"Badan I sakit-sakit semua. Hati je yang tak sakit."

Kenchana pun berangkat pulang. Selalu dia jalan lenggang-lenggang catwalk. Petang ni kengkang-kengkang sikit. Apakan daya. Senyuman aku hanya boleh merawat hati, tidak boleh merawat otot-otot luka. Alahai!

THE ORIGIN OF TOK PIN

INT. BILIK
Suasana gelap. Pin Muda (7 tahun) di bawah suluhan lampu belajar. Satu himpunan buku setinggi satu kaki di sebelah kiri. Begitu juga di sebelah kanan. Di hadapan Pin Muda adalah buku latihan dan kotak pensil terbuka. Pensil dan pemadam atas buku latihan itu.
Di belakang Pin Muda adalah ayah kepada Pin Muda dalam silhut. Gigi dan kacamatanya putih.

AYAH KEPADA PIN MUDA
Papa dah hantar Pin pergi tuisyen. Setiap Sabtu dan Ahad. Setiap cuti sekolah pula, Papa hantar Pin pergi bengkel motivasi dan seminar menjawab soalan peperiksaan. Lagi, Papa dah belikan Pin buku-buku latihan, soalan-soalan tahun lepas dan soalan-soalan ramalan. Pin tiada alasan untuk gagal.
Apa Pin minta semua Papa bagi. Apa yang Papa minta dari Pin cuma satu. 5A dalam UPSR. 8A dalam PMR. 8A dalam SPM. Itu sahaja. Jangan sia-siakan hidup. Ingat. Pin adalah pemimpin generasi berwawasan.
Ingat. Pin adalah pemimpin generasi berwawasan.
Ingat. Pin adalah pemimpin generasi berwawasan. 
Ingat. Pin adalah pemimpin generasi berwawasan. 

Pin muda memandang ke hadapan. Tertekan. Emosinya berada di tebing kesiuman.

Cahaya iTune visualizer menyala menari ikut irama. Lampu belajar padam tetapi iTune visualizer masih bermain.

Tajuk dan intro credit muncul.

......

Kalian pun tahu, dari dulu aku cuba bangunkan lakonlayar Kerajaan Laut ni. Banyak lagi yang masih perlu diperincikan. Tajuk pun masih belum mantap. Nama watak, Tok Pin, masih belum final. Aku masih bercongak-congak hala tuju cerita.
a) Kharisma seorang yang gila?
b) Bodoh orang-orang pandai?
c) Panas si batu api?

Notes on The Joker in The Dark Knight :
Nolan decided to avoid divulging an in-depth origin story for the Joker, and instead portray his rise to power so as to not diminish the threat he poses, explaining to MTV News, "the Joker we meet in The Dark Knight is fully formed...To me, the Joker is an absolute. There are no shades of gray to him—maybe shades of purple. He's unbelievably dark. He bursts in just as he did in the comics."[54] Nolan reiterated to IGN, "We never wanted to do an origin story for the Joker in this film", because "the arc of the story is much more Harvey Dent's; the Joker is presented as an absolute. It's a very thrilling element in the film, and a very important element, but we wanted to deal with the rise of the Joker, not the origin of the Joker."[17] Nolan suggested Batman: The Killing Joke influenced a section of the Joker's dialogue in the film, in which he says that anyone can become like him given the right circumstances.[55]




LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Sedang aku mencari nama dan tajuk yang sesuai, aku jumpa Namasutra.  Blog ini memberi jawapan kepada soalan cepuemas, ada apa pada nama?

Jumaat, November 21, 2008

JAMPI KASIHAN RINDU TANPA LADA HITAM

"Dulu, masa muda dulu, kalau Pak Long nak jumpa seseorang, Pak Long baca jampi Kasihan Rindu dan tepuk bantal tiga kali," cerita Pak Long.

"Mengarutlah Pak Long ni," kata aku penuh ragu.

"Menjadi. Sungguh mustajab. Kadang-kadang Pak Long terserempak dengan dia di pasar, kadang-kadang selisih jalan, dan kadang-kadang di majlis kenduri."

"Pak Long masih amalkan ke lagi ilmu tu?"

"Dah lama tak amal. Ada amalan yang lebih mustajab sekarang."

"Kongsi la Pak Long. Jangan simpan sorang."

"Ya lah. Pak Long bagitahu engkau."

"Apa dia Pak Long?"

"Sekarang kalau Pak Long nak jumpa seseorang, Pak Long call je dia buat apoinmen. Ha! Ha! Ha!"

"Hampeh."


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Sembang Kosong dengan Tok Rimau

Rabu, November 19, 2008

LALUAN REVOLUSI POLO

Aku keluar dari Toko Busana dengan menjinjing beg plastik lutsinar, mempamerkan barangan yang aku beli.

"Beli baju bang?" tegur Fatin Alfian.

"Mana ada. Abang beli beg plastik dan dapat baju percuma," aku bergurau.

Fatin Alfian tersenyum. Perempuan memang suka lelaki lucu walaupun hari ini aku tidak bercukur.

...........


Event: 
Screen & Talk 4
What: Short Movies
SMOKING | KAMI YANG DISYAKI | 8 JAM
Host: Republic Theatre
Start Time: Friday, November 21 at 8:30pm
End Time: Friday, November 21 at 11:30pm
Where: Rumah Pena

Selasa, November 18, 2008

QUANTUM OF SOLACE

Aku masuk ruang parking. Tarik handbrake. Buka talipinggang keledar. Matikan enjin dan tarik kunci keluar. Ambil steering lock. Pasung stereng. Buka pintu dan keluar.

Penumpang-penumpang aku masih terhegeh-hegeh dalam kereta. Ada yang nak pakai lipstik. Ada yang sikat rambut. Ada yang lap air liur basi. Ada yang cari kasut. Sepanjang perjalanan tadi apa mereka buat?

Aku melihat jam di pergelangan tangan. Ahhh! Lelaki memang disumpah untuk menunggu.


................

Now Showing
Superpowers (6.28)
a short film by Jeremy Kipp Walker and J. Anderson Mitchell

Sabtu, November 15, 2008

ANAI-ANAI


Klik gambar untuk besarkan.

Untuk menanam racun anti-anai, lubang 1 kaki dalam mesti digerudi berhampiran dengan dinding. Lubang-lubang itu 2 kaki jaraknya antara satu sama lain. Kemudian, racun yang telah dibancuh akan disuntik ke dalam lubang itu. Untuk rumah sesaiz rumah aku, mungkin ambil masa 3-4 jam kerja ni.

Malangnya pekerja Pest Control membanting tulang hampir sehari suntuk  Mereka tergerudi saluran paip air. Tiba-tiba, ada air pancut depan rumah aku.

Jadi satu kerja pula mereka cuba mengganti paip yang bocor bawah tanah tu. Kerja plumbing yang dibuat oleh Pest Controller ni yang lama.

Jumaat, November 14, 2008

FATALISME

Biasalah. Aku cepat bosan. Aku tinggalkan satu projek dan mula dengan yang baru. Projek penulisan untuk fiksyen yang berikutnya adalah dalam genre komedi tragik romantik kampungan yang gelap. Setting, theme dan mood yang jelas.

Kalau sudah dark, pastinya watak utama ghairah mengejar sesuatu yang bakal menghancurkannya. Fatalism in nature. Watak sokongan pula pastinya mempunyai kesiuman yang jelas menghalang fatalisme dari berlaku tetapi ia akan tetap berlaku. So, spoiler la. Kita tahu endingnya. Cuma bagaimana ending itu hendak dijatuhkan hukuman masih lagi kabur.

Daniel menghentak pangkal batang bambu bunga manggar ke bumi. Hablur debu tanah merah berterbangan ke tepi dalam bentuk bulatan. Gegaran tiang bunga manggar dari bambu hijau meledakkan betik muda di hujungnya. Bertaburan serpihannya. Helai-helai debunga manggar jatuh dalam gerak perlahan dirintang udara. Yang tinggal kini adalah buluh hijau runcing telanjang dalam genggaman Daniel yang tegap berkuda-kuda di atas hamparan debunga manggar berona roni.


Amacam?

..............

LAYAN VIDEO NI: SPOILERS

Khamis, November 13, 2008

Toshiba Timesculpture Commercial



* The TV ad was shot using 200 Toshiba Gigashot Cameras: the highest number of moving image cameras ever used in a film sequence
* This particular technique, viewing looping action in 360 degrees, has never been done before
* The time spent processing footage from 200 cameras was over four weeks - 24 hours a day seven days a week!
* In terms of data, this is one of the biggest jobs a post-production house has ever taken on - 20TB of data
* New offline and online editing software had to be specifically built for the job
* Soundtrack is provided by Crystal Castles
* Integrated campaign to promote Toshiba's new range of upscaling products – TV, DVD and laptops - that convert standard definition TV and DVD images to near high-definition quality.

More Info.

FEARS OF THE DARK

Rabu, November 12, 2008

BACALAH

Aku mahu akademik sikit hari ini.

Dalam kelas bacaan, sering kali guru bertanya, "Apa yang cuba disampaikan oleh penulis?" Dan bersegeralah murid-murid yang bijak cuba berfikir seperti Usman Awang atau A. Samad Said. dalam kelas literature pula mereka cuba memakai selipar Charles Dickens atau Shakespeare. Apakah yang difikirkan oleh sasterawan itu? Semua tidak mahu menjawab dengan salah. Semua tidak mahu kalah.

Jika kita membaca bukan kerana peperiksaan, nikmat pembacaan itu datang dari bagaimana kita membina makna berdasarkan pengalaman, jasmani, emosi, rohani dan intelek ketika bacaan. Malah, jika kita mengulang baca sesuatu teks, kita akan merasa nikmat yang lain dari bacaan pertama kerana pengalaman, jasmani, emosi, rohani dan intelek sentiasa berubah.

Kalau seni itu penting kerana ia memberi makna kepada hidup seseorang pembaca, maka perlulah seni itu juga dilihat dari pengalaman pembaca. Soalan penting yang patut juga ditanya oleh guru adalah, "Apa yang kamu fikirkan apabila membaca tulisan ini?" Jika murid-murid itu sudah membaca dan mereka menjawab ikhlas, tentu pelbagai jawapan yang timbul. Dan tiada satu pun jawapan yang salah.

Apa yang kamu fikirkan apabila membaca tulisan ini?





LAWATAN SAMBIL BELAJAR
In 2005, Everett published a paper about the Pirahã that rocked the foundations of universal grammar. Chomsky had recently refined his theory to argue that recursion - the linguistic practice of inserting phrases inside others - was the cornerstone of all languages. (An example of recursion is extending the sentence "Daniel Everett talked about the story of his life" to read, "Daniel Everett flew to London and talked about the story of his life".) Everett argued that he could find no evidence of recursion in Pirahã. This was deeply troubling for Chomsky's theory. If the Pirahã didn't use recursion, then how could it be a fundamental part of a universal grammar embedded in our genes? And if the Pirahã didn't use recursion, then is their language - and, by implication, other languages - determined not by biology but by culture?
~The Guardian

Isnin, November 10, 2008

MAGNUM OPUS

Aku tidak ada masa untuk layan TV atau wayang. Untuk catching up, aku tunggu DVD keluar dan layan marathon tonton masa cuti. Aku dapati ada perkembangan positif dalam program TV di Malaysia.

Upin dan Ipin- Animasi yang bermutu tinggi bukan sahaja dari sudut teknikal tetapi juga dari sudut komedi, perkembangan watak dan mesej yang hendak disampaikan.

Kami - Drama bersiri remaja bersifat cross-over. Pendekatan yang berbeza dan tidak berceramah tetapi berkesan. Semua watak-watak utama besifat anti-hero dengan flaw masing-masing. Aku suka Dunia Baru, tetapi aku lebih suka Kami. Lebih real berpijak di bumi nyata.

Projek aku mendatang. Coming soon, short Peluru Cinta arahan Dean Sham akan siap. Aku ada minor role. Ceritanya masih lagi acuan Flip Flop Cakarama, filem-filem tanpa orang baik yang jelas tanpa bersikap didaktik. Kalau engkau tidak faham konsep yang baik jadikan teladan, yang jahat jadikan sempadan maka engkau akan dapati cerita ini tidak punya nilai moral.

Cerita dalam proses development pula adalah:
Kerajaan Laut: Sebuah kajian herd mentality. Seorang ketua cult yang kharismatik dan eccentric mengubah polisi kumpualan mereka dari apolitical spiritual kepada militant confrontational.

Kawan Khayalan: Sebuah thriller psychology/slasher. Satu entiti semangat berbentuk kanak-kanak yang mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku seorang manusia untuk bertindak.

Aku bukan penulis atau pembikin filem professional, maka tiada tekanan untuk menyiapkan mengikut deadline. Aku siapakan pada pukul siap.

Khamis, November 06, 2008

SYARAHAN TOK PIN

TOK PIN
Pada 376 SM, Raja Iskandar Zulkarnain menakluki benua India dalam peperangan akhir baginda dengan Porus. Berkahwin dengan seorang puteri raja bernama Puteri Shahrul Bariah di atas amanat Nabi Allah Khidir. Salah seorang dari keturunan hasil perkahwinan ini adalah Raja Suran (Some say Chulan).

Menurut Sejarah Melayu, Raja Suran berketurunan Iskandar Zulkarnain masuk ke dalam laut dan berkahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri, puteri raja Aftabul ‘Ard kerajaan Basram (Some say Dika) di bawah laut. Hasil daripada perkahwinan ini, lahir tiga orang anak, Nila Pahlawan, Kerishna Pendita dan Nila Utama. Mereka kemudiannya naik ke darat dan muncul di Bukit Siguntang, di tengah Sungai Melayu yang hulunya di Gunung Maha Miru, dekat padang Penjaringan dalam negeri Palembang (pada waktu itu, negeri ini dikenali sebagai kerajaan Buddha Sriwijaya sebelum kemunculan kerajaan Hindu Majapahit).

Cerita ini bukan Tok Pin cipta. Ini sejarah Melayu. DBP pun cetak buku ini. Jika kalian mendustakan gagasan Kerajaan Laut Tok Pin, kalian menafikan sejarah Melayu itu sendiri.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Mitos Kerajaan bawah Laut

Isnin, November 03, 2008

Sabtu, November 01, 2008

BODOH

Syaitan itu bodoh. Kalau kau fikir-fikirkan misi dia, tentu kau buat kesimpulan bahawa kau boleh buat kerja dia dengan jauh lebih efektif.

Satu mayat bayi digonggong anjing tanpa tuan. Yang mebuang bayi itu ke dalam tong sampah adalah manusia, bukan syaitan. Pemikat burung menjumpai mayat manusia dalam semak tanpa kepala. Mayat itu yang tanpa kepala, bukan pemikat burung. Pun begitu, pastinya itu kerja manusia, bukan syaitan.

Jika kau dapat tangkap orang-orang jahat itu, kau tanyalah kenapa mereka begitu jahat. Teramat jahat. Mereka akan jawab, hasutan syaitan. Syaitan yang dapat kredit. Seolah-olahnya mereka itu bagus sangat dalam urusan mereka. Walhal, syaitan itu bodoh.

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin