Rabu, November 26, 2008

IKAN TERBANG DARI AIR KEROH

Kalau aku tidak tengok dengan mata kepala aku sendiri, aku pun tidak akan percaya. Aku nampak ikan terbang dari parit naik ke tingkat tiga. Masuk ikut tingkap pula tu. Bukan sekali. Aku nampak dua kali. Sungguh! Aku tak tipu.

Dulu, parit yang keruh itu aku tuduh bawa malang sahaja. Masa hujan lebat, air dari parit tu bah. Air keruh melimpah masuk tingkat satu. Habis rosak server yang mereka letak di situ. Selepas dari itu, mereka alih semua server ke tingkat dua. Sekali air bah, sekali server berubah. Begitulah.

Tetapi sekarang aku tidak buruk sangka  lagi. Aku nampak orang tingkat tiga, yang tingkap pejabatnya bertentang dengan parit, menjulur kail memancing ikan pukul 10 pagi. Dalam masa sepuntung rokok, aku nampak dia bawa naik dua ekor ikan. Punca rezeki juga parit tu.

23 ulasan:

Rajuna berkata...

aku harap mereka tak tangkap satu 'anak ikan'. itu sudah cukup baik.

BuRuuj berkata...

aik? yeke tok? cam tak caya jerk... tp air tue tgok kotor jerk... hehe...dah lame tak lalu kt situ.

BuRuuj berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
jagoan berkata...

Fakulti mana ni tok?

Patut di situ cadang saja kolam takungan.


.

Tanpa Nama berkata...

hehe..cam kenal je fakulti ni. hehe..FSKSM kan tok kan?

hehe..

teringat zaman student dulu, aku tgh ayat awek kat aras 1 tu. hehe..

addyaholix berkata...

aku nampak ikan berjalan

budakbarublaja berkata...

fac science comp tu memang misteri...

snm | snm berkata...

eheh..intro yg mengujakan diakhiri dgn penutup yg buat saya sengeh dpn pc :p

saudagar gaRAM.. berkata...

errr....

nasib baik gua kenal lu..
kalo tak,gua akan kata..

TOK RIMAU NI BIG FISH..
SUCH A BIG FISH..



nasib baik gua kenal lu..

Tanpa Nama berkata...

ish..ish..ini parit lebih keroh dari sungai Ayer Keroh tau...errr...nak bagi ikan percuma, terima kasih lah yer..saya tak makan ikan harini.

A t i Q a h berkata...

Tak nampak pun ikan nya.

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

lu tak tengok longkang di rumah gua lagi..satu bangla tu dapat cangkuk toman besar betis.lepas tu suruh gua pegang kejap dia punya alat memancing.dia nak ambik plastik.Peh..terlepas balik gua cakap lu..Buruk muka bangla tu.

Unknown berkata...

kasi tiruk dari tgkat 3 pn layan jugak ni..

Tok Rimau berkata...

Kelambu,
Cukup-cukup la orang nak cuba terjun bangunan minggu ni.

Pipi,
Pasti ke Toman? Bukan biawak ke?

Atiqah,
Ikan tak ada dalam gambar. Masa ikan itu terbang, tok tak bawa phonecam.

Garam,
Ikan di laut, asam di darat. Sambung.

Ah Tok,
Rahsia. Nanti ramai orang kacau lubuk ni.

Penyu,
Lu memang playBOYA.

Buruj,
Tok akalau tak tengok sendiri, tok pun tak caya.

Addy,
Ikan berjalan? Belacak tu. Atau warga Bikini Bottom.

Budak,
Fac Sci Kom dah pindah building ke atas bukit. harap maklum.

SNM,
Komen macam juri Malaysian Idol la.

Amirah.
Ikan pun tak makan amirah hari ni.

Juna,
Gua saspek pengail tu ada peti ais atau aquarium dalam opis dia.

Amyz! berkata...

Kadang2 bila lalu di sini, nak lepak la tengok air mengalir.

Tapi sebab keruh. Tak menenangkan jiwa langsung. Jadi keruh fikiran rasanya.

Kensel. Pergi Senibong lagi layanzzz.

Haha.

Chika Chika berkata...

aik???
benar kah?

rasso berkata...

wa pernah lompat ini parit... alahai~

Abdullah Mohd Nawi berkata...

Rezeki boleh datang dari mana2 beb...

Tanpa Nama berkata...

hahaha..kalau kolam udang kan best bawah tu...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

wah~
betul ke Tok?

Bangunan D07 yang sangat2 menarik perhatian ni...^0^

nickmenza berkata...

wo, ni macam FSKSM je tok? betul eh?

NorAiSha berkata...

ni..kat cict utm kan/area yanga de jual2 jajan..;))

NorAiSha berkata...

ni..kat cict utm kan/area yanga de jual2 jajan..;))

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...