Aku dan awek cun yang mengorat aku suka pergi majlis perkahwinan. Bukan apa, untuk ambil mood. Nanti malam-malam, aku akan tanya dia soalan muqadimah, "Agak-agaknya, apa pengantin tadi tengah buat masa ni?"
Minggu lepas, kami pergi majlis pengantin yang sama dua kali. Bukan. Bukan pengantin tu kahwin dua kali. Masih pasangan pengantin yang sama. Cuma dua majlis berbeza. Sabtu, aku pergi majlis sebelah perempuan. Ahad pula aku pergi majlis sebelah lelaki.
Aku tidak kenal pun pasangan pengantin. Aku cuma kenal mak bapak mereka. Mak bapak mereka rakan sekerja aku dan mereka ditakdirkan berbesan. Justeru, dapatlah aku dua kad jemputan.
"Macam mana anak akak ni boleh bertemu dengan anak abang tu?" tanya aku memula wawancara.
"Suatu hari kami bersembang. Akak cerita la anak akak tu dah 28. Tak kahwin-kahwin lagi. Akak tanya la dia, anak dara dia tu dah ada yang punya ke? Dia pun bagi nombor telefon anak dia."
"Lepas tu?"
"Selebihnya budak-budak tu punya rancangan."
"Oh begitu kisahnya. Habis anak akak yang belum kahwin tinggal berapa orang?"
"Ada empat orang lagi."
"Akak nak nombor saya?" Aku tersengih. "Kalau... Ouchhhh!"
"Amboi-amboi!" marah awek cun yang mengorat aku. Ibu jari dan telunjuknya menguatkan kapit cubitan di pinggang. Fasa kedua adalah memulas cubitan itu.
"Adehhhhh! Deh! Deh!"
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Seni tajuk filem.
Isnin, Disember 01, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
72 RANCANGAN B
Ketika berkayuh dalam hutan setiap gram memainkan peranan melambatkan perjalanan. Semuanya mesti minimal dan ringan. Kami sudah pun menempah...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
-
Banyak yang tidak dicatatkan. Kenapa? Adakah aku rasa hidup ini tidak penting lagi untuk dicatatkan? Mmm... tidak. I suka hidup dan menjalan...
13 ulasan:
apasal semua cerita pasal kahwin?
aku dah lama tak kena cubit manja.
huh!
amboi!!! gedik nyer....
err...tok taknak no tipon saya?
hehehe...
Tok...berani mencuba sungguh~
semangat2~
Nombor telefon I you tak mao ke, Mau? *ahaks*
ini kira karangan cuti sekolah ni. apapun, aku tgh memikirkan bank mana senang buat personal loan. wang hantaran skrg bukanlah sesuatu yg 'main2' lg. serrr-am.
tok nak nom mana satu? maxis? celcom? digi? happy? umobile? aiyoooo~
addy,
memang musimnya.
buruj,
sudah ada. hafal dalam kepala.
zara,
gurau-gurau je.
naga,
simkad gua dah penuh. Perlukah gua delete nombor lu?
juna,
kerjas keras la sikit. Buat overtime cari duit.
rasso,
Belikan la tok nombor baru biar senang kita berbual dalam kadar rata yang murah.
auwww..sakit tak kna cubet?huhu ;P
Owhh.. Cubit manja saja tu. Nasib baik sampai rumah tak kena tidur di luar. :-p
Sejak berkahwin,saya memang suka pergi majlis orang kawin hahaha!
ps: Tok,tq atas kiriman video terrorist mumbai tu,wpun kualitinya macam susu tercemar melamin. Free,boleh dimaafkan :)
tok.. org tmak slalu rugi.. hlur2 la kt sini.. hehehe..
tambah satu lagi?
amek pahala niat jadilah..
kan tok kan?
tu gurau kasar nama dia Tok.
kah kah kah
Catat Ulasan