Budak-budak tabligh datang meronda kawasan asrama menjelang maghrib. Mereka berdakwah ajak orang ke surau untuk berjemaah dan dengar usrah. Kalau engkau terperangkap, tidak sempat lari, terpaksalah engkau layan ceramah mereka. Engkau angguk-angguk kata insyallah. Insyallah itu maknanya engkau akan bersungguh-sungguh berusaha ingin pergi dan engkau cuma tidak akan pergi jika Allah tidak izinkan. Betul tak syeikh?
Satu hari aku terperangkap. Budak-budak berbaju kurta berserban ringkas sudah berada di kaki lima dorm. Dengan pantas aku guna ilmu ghaib dan jadi halimunan.
"Assalamualaikum," kata tiga suara serentak di pintu dorm.
Tidak jawab dosa. Betul tak syeikh?
"Waalaikumsalam," aku jawab dalam hati.
Setelah tiga kali salam cuma berjawab dalam hati, mereka pun beredar.
Line clear. Aku pun keluar dari gerobok. Begitu juga dua tiga orang lain. Bukan dari gerobok yang sama la. Mereka menyorok dalam gerobok mereka sendiri.
Tersengih-sengih memandang sesama sendiri.
Bukannya aku mahu lari dari pendakwah sangat. Aku cuma mahu mengelak berdusta kata "insyaallah" sedangkan aku sudah niat tekad tidak mahu pergi. Aku tidak mahu jadi munafik. Tanda-tanda orang munafik adalah apabila dia berkata-kata, dia berdusta. Betul tak syeikh?
Jumaat, Disember 26, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
16 ulasan:
panas beb menyorok dalam tu.gua dah try..
biasa budak2 kelubung je bawah selimut. pura2 mati.
ente punya logik ni cukup bahaya sheikh...sekali pandang boleh terpercaya.
haha, aku dulu hardcore tabligh gak.
aku agak tak setuju dgn cara macam 'push' orang...
dgn aku budak2 suka. bila mereka kata tak boleh, aku akan berlalu sambil minta mereka doakan aku :)
Haha memang tak bleh blah entry ni.. teringat zaman aku blajar dlu.
hak alah, gua ingat gua sorang, lu pun sama gak!, hahahaa
tapi gua punya tabligh lagi hardcore,tgh main bola,leh dtg turun padang panggil. betul punya terperangkap.
entry tok nie, aku dapat idea pasal tabligh. nanti aku wat.
aku selalu masuk gerobok. tapi bukan sebab tabligh datang, tapi sebab malas turun prep malam!
Semalam tabligh bagi salam, tapi sy tidur je. Sebab my bro yg pegi mendengar. Huhu.
ha ha ha...
syahdunye... kalau kat dorm kat kolej du... selalu lepas maghrib... tutup jer lampu... faham je lah tue... ekekeke...
Apsal tak buat2 demam jer? Kan senang. Heheheee..
huhuhu..tak bleh blah tok..err..teringat plak kisah jadi imam solat terawih dlm dorm..teruknya..huh..;p
teringat zaman study dulu,macam-macam...
Oh, selalu lepas isyak sabtu malam, akan ada majlis fikir atas iman dan amal. Bangun sorang ahli, bercerita dengan penuh hikmah.
Syok juga dengar, diorang pun lebih kurang sebaya saja masa tu, tapi ilmu agama tinggi.
Yang tak syok, bila dah closing dia akan tanya siapa yang nak ikut gash, keluar satu hari, keluar tiga hari.
Waktu tu mula mengerekot kepala macam kura-kura tengok ahli tabligh kiri kanan semua angkat tangan seraya berkata (dengan semangat), "InsyaAllah, satu hari" atau "InsyaAllah, tiga hari" atau "InsyaAllah, sebulan", sambil kita cuma sengih-sengih pura-pura tak faham.
:). teringat masa dok asrama dulu. huhu.
seronok juga baca catatan fathi aris omar tentang tabligh ini.
eh. bukan seronok. cuma membuka minda.
tapi lepas buka minda, seronok la tu, betul tak sheikh?
tok..salam..remember me? wink * wink*...Hmmm...dah tukar style rambut ka..sah2 tiada kelemumur :D
-balqishnur
fuh ! licik2. wa mmg saspek lu.
Catat Ulasan