Aku, Vovin dan Mat Jan menanti Naga sambil membelek menu di Old Town Jalan Yap Kwan Seng. Ada tertulis Nissin Noodle with Chicken Ham and Egg.
"Chicken ham? Bukan ham tu babi ke?" tanya Vovin.
"Babi tiruan. Tak pe. Boleh makan," komen Mat Jan.
"Nampak sedap. Aku order ni la," kata Vovin.
Aku pun tidak tahu sama ada kepingan daging itu ayam berperisa babi atau babi berperisa ayam. Ha! Ha! Ha!
Selasa, Disember 16, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
73 SUNGAI TELOR
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...
-
"Kenapa pada zaman aku, tiada orang nak tunjuk atau bantu aku dalam bidang yang aku suka?" aku tanya soalan ini dengan budak aku b...
-
Terbaca la dalam Metro tentang satu blogger: "Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005...
-
Sebelum Matt Groening terkenal dengan kartun dewasa The Simpsons dan Futurama, dia telah berkarya melalui Life is Hell. Life is Hell adalah...
22 ulasan:
fuh ! dapat tempat pertama dalam entry ni ...
vovin : best tak babi tiruan ?
erk..??
babi?? apekah??
tok rimau..chicken ham is chicken la..
sbb ham sll tgk sekeping sekeping gitu kan.. then they decided to make one chicken as well.. same shape also mah.. so that's why chicken ham lor..
haritu pegi oldtown white coffee gak..tp order yg sosej tuu..nak order ciken ham tu waswas la plakk.. ala tp rasa mcm makan megi ayam jer..cuma letak telur & sosej.. cisss~ tertipu saya!
yup, silence..sy pun tertipu jugak..btw, mee tu sedap..mcm nk mkn lagi..yummy~
aritu ade masuk dlm email tok ckp nissin noodle tu kat oldtown.sbb ade dkt pasaraya yg jual nissin noodle dlm paket mcm megi. tapi yg itu ade babi. cuma kat oldtown tu guna nama yg sama. cuma tak tau la daging ape yg die guna tu
Saya suka makan Har Mee kat Ipoh Old Town Coffee (bertempat di BP Mall).
Tapi, bleh plak sekarang dapat tau tak halal.
Tak puas hati, check kat http://www.halal.gov.my .
Result? Tak tersenarai sebagai premis makanan yang halal.
Uhuhu.. sekarang bertukar arah ke Rengit Coffee. :)
gua penah jumpa makanan haram,siap ada tanda HALAL..
jadahnya??
Aku baru dapat email pasal nissin neh. Tapi lom baca lagi. Hukhuk..
itu ayam babi tu memang sedap..
oldtown memang class.. heheh
Gunx,
Vovin makan habis. Naga pun order juga.
CT,
Awak kena cari tempat kencan lain la.
Raining,
Tok makan nasi kari ayam. Sedap.
Silence,
Nama mesti gempak.
Sab,
Kalau selalu makan jadi tak sedap.
Dani,
Kita boikot babi.
Koko,
Beriani BP masuk senarai halal ke?
Garam,
Jangan makan ubat nyamuk.
Deen,
Cuba la baca. Kongsi dgn kami.
Lediagli,
Mmg fevret tok juga.
Aaa..baru dapat gak emel pasal noodle nissin ni. Ada ek menu tu kat oldtown? Tak perasan plak. Eheh.
Babi tiruan untuk sesiapa yang mahu merasa makan babi tapi takut untuk makan babi.
Makanan berasaskan elemen arak ramai je dengan hati gembira telan, so apa beza dengan makanan berasaskan babi.
Babi sedap jugak kalau dibuat masak laksa.
Cubalah
- vovin
Beriyani BP?
ntah. tak pernah check pulak.
tapi kalau dah owner orang Islam.
kira takde was2 lah kan.
uhuhu..
HAMster bleh makan tak?
hari ni baru dapat email OLD Town WHITE COFFEE Haram....betui ke idok. ntah le...
aku tak pernah pergi kedai kopitiam yang xde tanda logo halal...
old town white coffee antaranya...
dan btol arr tu, jakim dah kuarkan memo yg OTWC belum mendapat kelulusan halal...
apalah kau ni tok, main langgar je...
tak baik tau...
Bila isu kedai makan halal ni, orang Melayu selalunya nampak tak penuh.
Betul, kedai tu meragukan, meh toksah makan kedai tu. Takde logo halal.
Betul.
Tapi kalau begitu, seseorang itu harus lebih kritikal.
Orang Melayu selalu lupa tentang kedai-kedai berikut, yang secara teknikalnya, tiada logo halal.
1. Kedai Mamak
2. Kedai Melayu biasa (tepi jalan, restoran ala sederhana).
Kenapa orang Melayu tak pandang logo halal pada restoran ini? Kenapa SEBAB IA ORANG ISLAM YANG KENDALIKAN, maka orang Melayu ambil mudah?
Alasan aku mudah.
1. Tak Semua kedai mamak itu, adalah India Muslim.
2. Bahan-bahan yang digunakan oleh RESTORAN MELAYU itu datang dari mana? Contohnya, fishball itu dibikin dari mana? Kita sendiri tahu majoriti fishball dibikin oleh otang bukan Islam, Ayam dari mana?
Nah, meragukan bukan?
Kenapa orang Melayu, yang kununnya mahu menjaga pemakanannya, tiba-tiba bertawakal bila makan di kedai-kedai sebegini?
Lantas, bila kedai-kedai makan sebegitu, tetibe pulak mata tajam bak Helang nak tengok halal ke idak.
Bukan apa, memang disuruh berwaspada dalam pemakanan, maka praktikanlah secara menyeluruh, bukan nak pilih ikut mana senang.
Kadang-kadang, bila kurang membuat kajian, kita tersilap menutup rezeki halal orang lain.
Terima kasih
'chicken ham' ni macam 'Barbican'(beer tanpa alkohol) la jugak. atau macam air anggur sparkling (wine tanpa alkohol), etc.
satu babi tiruan, satu lagi arak tiruan.
satu, ayam yang dipotong keping2 nipis2 macam ham. satu lagi minuman tanpa alkohol yang dibotolkan dalam botol hijau ala2 botol beer atau botol wine.
kedua-duanya untuk orang islam yang teringin makan babi dan minum arak, tapi tak nak masuk neraka. haha!
MJ,
Root Beer? Sama gak. Anyway, ketam tiruan pun ada. Imitation Crab. Biasa ada dlm sushi.
Naz,
Betul kata kau. Ramai punya Islam kerja Bank. Semua makan duit haram tu. Riba. Tak sensitif la pulak.
Seniman,
Tok makan tanpa was-was.
Mot,
Old Town fevret gua. Gua tunggu ulama keluar fatwa.
Husni,
jangan jadi macam gua. Elakkan macam ayam katok di US tu.
Spyz,
Hamster disembelih betul boleh kot.
Koko,
Maikel Jekson pun Islam. Kalau dia masak, kita boleh makan tanpa was-was?
Atiqah,
Ada. Tepuk perut tanya selera.
Hidup untuk makan, lepas makan kita tergolek keriangan, kata Iwan.
Aku makan tak habis - bukan sebab babi - tapi sebab TAK SEDAP!
Catat Ulasan