Rabu, Jun 30, 2010

KALAH MATI

Q: Apa komen saudara tentang kekalahan Jepun di peringkat kalah mati Piala Dunia.

A: Kalau dua pasukan seri sehingga habis masa penuh 90 minit, mereka akan main masa tambahan. Kalau masih seri, mereka akan buat perhitungan dengan penalti.

Gila tidak adil. Maruah negara diletakkan atas kaki 5 penendang penalti dan seorang penjaga gawang. Manusia bertamadun patut lebih demokratik.

Sepatutnya, jika seri pada peringkat kalah mati, kita buat afundi sms. Kita singkirkan pasukan yang tidak popular. Dan untuk separuh akhir kita afundi masuk dua pasukan pula. Ini baru pertandingan alaf 21.

Khamis, Jun 24, 2010

Like?

Dan 2 minutes ago, syaitan hantar request lagi nak jadi friend di Facebook.

Rabu, Jun 23, 2010

PEMANDUAN ROCK N ROLL

Kempen kesedaran keselamatan jalanraya patut lebih kreatif dan rock n roll. Di Switzerland lagu dan video Slow Down, Take It Easy dari kempen kesedaran keselamatan jalanraya mereka boleh masuk carta lagu ngetop. Kempen ini dicalonkan untuk Cannes Lions International Advertising Festival.

UNTUK KERETA


UNTUK MOTORSIKAL


KLIP PENUH


Untuk Malaysia, gua mahu cadangkan slogan JANGAN MEMANDU MACAM ORANG NAK TERBERAK SANGAT. Mana-mana band yang berani ambil cabaran gua, sila contact. Jangan malu-malu. Sekian, sumbangan gua kepada negara terchenta.

Selasa, Jun 22, 2010

NASI LEMAK

Nasi lemak yang sempurna mesti dibungkus dengan daun pisang dan suratkhabar jawi. Di dalamnya ada timun, telur rebus, kacang goreng, ikan bilis dan sambal tumis. Tetapi budak-budak memang tidak tahan pedas. Afimon kalau makan nasi lemak, dia makan nasi lemak kosong dengan putih telur sahaja.

Afimon, kalau makan telur rebus macam jin makan telur lahapnya. Dia boleh makan 10 kalau tidak dilarang. Yang payahnya aku la yang kena habiskan kuning telur itu. Kadang-kadang aku catu telur sebab aku tidak tahan makan kuning telur banyak-banyak. Aku kupaskan dua biji je.

"Nak telur lagi."
"Habis."
"Tak pe la. Afi makan nasi dengan ikan je."

Afimon ambil seekor ikan bilis dan letak di pinggir pinggan. Sayu juga tengok seekor ikan bilis di pinggir pinggan. Hati mana tak hiba.

Aku kupaskan dua biji telur lagi dan aku telan kuningnya. Aku akan banyak kentut hari ini. Kentut-kentut aku adalah kentut kasih sayang.

Isnin, Jun 21, 2010

MILIKI SEJARAH

Serpihan tembok Pudu Jel untuk dijual. Apa-apahal sila contact gua, bagi tau gua, lu nak berapa kilo. Gua simpan untuk lu. Rm150 sekilo. Harga tetap. Mahal? Barang rare mestilah mahal.

Kalau tak cukup duit, lu beli serpihan tembok Puduraya je. Rm20 sekilo. Tak rare sangat. Belum lagi. Tapi sebuah pelaburan yang bijak.

Lawatan Sambil Belajar
Penjara Pudu Berusia 100 Tahun Akan Diroboh Hari Ini- mstar

Jumaat, Jun 18, 2010

AUDIO

Balik rumah sahaja, Afimon akan mainkan DVD Ultraman.

"Suara dia macam ninja," adu Afimon kepada aku sambil tangannya menghulurkan remote control DVD player.

Aku tekan butang audio pada remote control itu. Sekarang Ultraman tidak cakap Jepun lagi. Dia cakap Melayu.

"Tak guna," carut Ultraman secara sopan.

Rabu, Jun 16, 2010

BOSAN TENGOK BOLA

 Gambar Hiasan: Dua belia sedang buat kolam renang depan laman rumah mereka.

Gua suka main bola tapi tonton bola adalah benda yang membosankan. Gua ngantuk. Gua punya rungutan sama dengan rungutan mak gua. Satu bola dikejar dua puluh dua pemain. Apa hal? Waktu main dalam 90 minit tetapi gol sebiji dua je. Penat tunggu.

Gua nak belajar rajin-rajin, main politik lebih kurang dan kahwin dengan anak raja. Dengan pengaruh yang gua ada, gua akan jadi presiden FIFA dalam masa 7 tahun. Cukup untuk gua rancang pembaharuan kepada sukan bola sepak yang membosankan.

Gua nak buat peraturan baru, setiap gol kira 3 poin. Tandukan dikira bonus poin +2. Kemudian, kalau ada gol sendiri, minus -4 poin. Pintu gol gua besarkan macam tiang ragbi. Akhir sekali, kalau ada yang sumbat gol dari bulatan tengah (yang entah apa fungsinya sekarang), kiraan gol mereka akan dikamilkan dy/dx ganda 20. Pengadil perlu buku sifir untuk kira jumlah sebenar.

Dengan cara ini, statistik bolasepak akan lebih menarik. Rakyat akan lebih bijak matematik. Gua yakin langkah ini lebih cerdik dari langkah menginggeriskan matematik suatu ketika dahulu. Dan gua haramkan alat tiupan vulvaziela. Bukan sebab bunyi alat tu macam langau tetapi sebab sebutan dia lucah pada gua. Itu sahaja.

Majulah sukan untuk negara.

Selasa, Jun 15, 2010

SALE

Then RM50, now only RM20.
Beli di Maskara Julai 2010. Sementara stok masih ada.

TWITTER BERMASALAH


Aku nak twit benda ni tapi twitter ada masalah. Tulis kat sini je lah:
“Sport betting is for the non-Muslims and it is their right to gamble,” - Dr. M memperjuang hak asasi. http://bit.ly/9nsSNZ

Isnin, Jun 14, 2010

20 PAKAIAN LELAKI

Masa belajar dulu, lu mungkin ada alasan untuk selekeh sebab lu tak ada duit. Kalau lu dah ada kerja, lu dah ada gaji, lu mesti nak melaram. Kan?

Sabar dulu, duit gaji 6 bulan pertama tu lu laburkan untuk lengkapkan pakaian asas ini dulu. Lepas ini semua dah lengkap, lu nak beli baju angkasawan ke, baju getah batman ke- suka hati lu. Gua tak larang tetapi tumpukan yang asas ni dulu:

1. Seluar Jeans Biru
Gua fikir ini mesti lu dah ada. Paling koman pun, lu sambar kat bundle. Jeans boleh padankan dengan kemeja dan t-shirt bergantung situasi. Takkan nak pakai slack gi gigs dan konsert, ye dak. Kalau lu memang belia, tidak ada jeans, maka gua cadangkan lu sambar satu yang straight cut kat bundle. Itu selamat. Jangan beli bootcut, lu bukan ada boot pun.

2. Seluar Slack Gelap
Ini penting untuk acara rasmi. Contohnya, untuk pergi temuduga dan kerja pejabat. Kalau lu rock nak mampus, tidak ada seluar slack, maka gua cadangkan lu beli satu warna hitam basic cut. Jangan beli carrot cut. Tu macam nak gi disko.

3. Seluar Khakis
Ini untuk acara separa rasmi separa santai. Boleh kenakan dengan kemeja dan boleh kenakan dengan t-shirt. Sesuai untuk ke rumah bakal mentua. Lu akan nampak macam boleh dibawa ke tengah. Tak la belia sangat dan tak la rock sangat.

4. Talipinggang
Kita tak mahu lihat lu punya seluar terlondeh. Lagi pun, dalam saat-saat genting seperti diajak bergaduh oleh ex-boifren awek baru lu, talipinggang adalah senjata paling dekat dengan lu. Always be prepared.

5. Track Bottom
Jika ada apa-apa acara sukan yang memerlukan opis hantar wakil, lu adalah orang pertama kena paksarela sebab lu paling junior. Takkan lu nak marathon pakai jeans. Track bottom penting dalam saat ini. Kalau lu malas nak jogging pun, at least lu boleh guna pakai masa tidur. Masa tidur memang perlu seluar longgar-longgar agar senang awang bernafas.

6. Kemeja Putih/Cerah Formal
Untuk ke pejabat dan acara rasmi pagi, memang perlu ada satu baju rasmi. Jaga baju ni baik-baik dan guna untuk acara rasmi sahaja. Elakkan makanan berkauh macam mi kari dan megi. Kuah merecik, susah hilang kotoran nanti. Ini lu padankan dengan kasut kulit hitam, talileher dan slack hitam. Perghhh... lu nampak macam pegawai. Segak.

7. Kemeja Kasual gelap
Kemeja berbutang kasual ni, lu cari yang body fit. Biar potongan badan muda lu nampak. Biar abang-abang yang dah boroi tu jeles. Padankan dengan jeans, lu boleh pakai untuk parti-parti malam. Kalau lu ada bulu dada, buka kancing atas dua. Berlagak sikit.

8. T-Shirt Kolar Bulat
Ini raja segala basic. T-shirt putih satu, hitam satu. Kalau lu lepak kat rumah, lu ada dua option je- berlengging atau pakai t-shirt ni. Memang serbagunalah. Hari panas, lu pakai putih tu. Hitam, kalau cuaca redup. First, lu tangkap yang plain dulu. Tak payah ada apa-apa print. Sebab senang kena dengan apa-apa kondisi.

9. T-shirt Bekolar/ Polo
Ini untuk ruangan separa formal. Kalau lu nak dating petang jumaat, biasanya awek pakai baju kurung, maka ngam la kalau lu ada polo shirt ni. Sesuai padankan dengan jeans atau khaki. Boleh masukkan dalam seluar atau keluarkan, bergantung dengan situasi.

10. Baju Melayu Sepasang
Jiran sebelah mungkin buat kenduri arwah, takkan lu nak datang pakai baju rock vintage Iron Maiden. Lu pakai la baju melayu sepasang dan bersongkok. Samping optional. Kenakan dengan samping kain pelikat pun okay. Jangan berkira sangat sebab peluang makan free tu. Gua cadanganbaju melayu  plain putih atau hitam. Kena dengan banyak acara. Elakkan yang ada corak print versace, gucci. Itu kain baju kurung doh.

11. Jaket
Malaysia memang negara tropika. Kesejukan dalam bangunan adalah artificial. Kadang-kadang terlampau sejuk hingga kita rasa nak terkencing setiap satu jam. Dua tempat paling sejuk di Malaysia adalah dalam bas ekspress dan dalam pawagam. Sediakan jaket.

12. Kasut Kasual
Kasut kasual gua dulu kasut getah Warrior high cut warna hitam buatan China. Bangsa yang orang buat main takraw tak bengkak buku lali. Gua pakai untuk pergi bandar. Budak-budak sekarang aim Converse tetapi pada gua Converse poser la. Converse beli dekat mall, dia tak ada imej  jalanan macam Warrior.

13. Kasut Kulit Hitam
Ini kasut opis. Pastikan kilat. Ada orang yang ajaran tak tentu pasal, orang itu menghukum melalui kebersihan kasut kau. Gua ingat lu kasik sepak orang tu satu kali. Kita bukan askar nak kiwi kasut hari-hari.

14. Sandal
Bila tiba waktunya, kita wajib mendirikan solat. Kalau lu ke sana ke mari dengan kasut mahal, pastikan lu sedia beg plastik. Masa solat kat surau, kasut lu dalam plastik depan tempat sujud lu. Kalau orang jahat tengok, apa hal budak ni sembah kasut. ha ha ha... tak husnuzan langsung. Kalau lu ada pakai sandal, tak kira la Asadi atau Croc palsu, lu boleh solat khusyuk walau sandal lu kat tangga surau. Cuma, kalau dating pakai sandal macam tak stail.

15. Kasut Sukan
Minda yang sihat datang dari badan yang sihat. Ni gua nak bagi rahsia, seks yang baik datang dari pasangan yang rajin. Kalau lu tak ada stamina, mana lu nak boleh rajin? Kan? Untuk stamina mestilah bersukan. Untuk bersukan mestilah ada kasut sukan untuk jogging, main bola dan lain-lain.Sebab sukan adalah aktiviti ganas, kasut senang koyak. Jangan kedekut dan beli jenis Giant atau Tesko. Sambar yang baik sikit, Nike atau Adidas. Tahan lama.

16. Stokin sukan
Lu boleh sambar kasut sukan mahal, takkan la stokin tak pakai.  Biasanya putih dan berbelang kat atas. Campuran kapas + nylon.  Lu pakai stokin melawa je la. Nombor 16 ni gua nak bagi kain pelikat.

16. Kain pelikat
sesuai utk aktiviti kerohanian bukan aktiviti mengorat rohani yer. tak rugi beli sebab boleh pakai sampai tua.kalu track bottom jemur tak kering,bleh pakai kain pelikat tuk buat tidur.awang tak lemas dan bebas.haha.. (Thanks. Penyubiru)

17. Stokin melawa
Biasanya jenis nylon. Boleh dapat RM10 tiga pasang. Warna gelap sesuai dengan kasut kulit. Bukan apa, elakkan kaki lu melecet.

18. Talileher Gelap
Gua pun jarang pakai. Tapi masa pergi temuduga kena pakai. Masa mesyuarat dengan orang besar-besar kena pakai. Gua pun rimas dengan benda ni. Tapi entah kenapa masyarakat terlalu mementingkan talileher ni. Pengawas perpustakaan darjah 6 pun dah kena pakai. Klip punya. Lu spare la satu, just in case.

19. Kot/ Blazer
Kalau lu kerja pejabat, malas nak gosok baju, sarung je blazer. Settle problem. Tapi pra-syaratnya pejabat lu ada hawa dingin la.

20. Saputangan
Lu pun tak tahu bila lu nak bersin, hingus sepah. Dan lepas cebok bersih, punggung lu basah berlebih. Oleh itu saputangan amat penting. Kalau lu ada duit, lu beli jenama key. Stail tu. Nampak rock. Kalau tidak ada duit, pakai je sapu tangan petak. Paling koman pun, lu sedia sapu tangan yang orang buat door gift wedding tu. Cuma benda itu ada bunga-bunga, so kurang kool la. Apa kata lu pakai tuala Good Morning. Tuala Good Morning letak kat bahu nampak macam rajin. Bakal mak mentua suka.


Lu mesti nak cadangkan kat gua, nombor 21: Spender. Lu silap. Pada gua, spender adalah optional.

p.s.
Sapa takde idea nak blog apa, tulis 20 pakaian wanita. Gua dah cuba tapi gua tulis sampai 5 je. Tak banyak yang gua tahu.

Khamis, Jun 10, 2010

KL Alternative Bookfest


Once again, everybody’s favourite art and craft bazaar combines forces with everybody’s favourite alternative bookfest. Be stimulated, challenged and placated: Malaysia may be overrun with fools, but here you won’t meet them. Instead, you’ll meet smart, savvy, sexy people. Mostly.
PROGRAMME
Watch this space for more updates!

Sat 12 Jun

12pm
“ROJAK” by Amir Muhammad + “TAPAI” by Hishamuddin Rais
Book Launch & Reading
ZI Publications presents the launch of two delicious books by two of Malaysia’s wittiest writers. “Rojak” is Amir’s first ever collection of (very) short stories, complete with illustrations by Chin Yew. It’s tart and crunchy, sweet and spicy, and saucy and juicy, just like its namesake dish. “Tapai” on the other hand collects Hishamuddin’s sardonic and erudite food column features published in Off The Edge magazine, guaranteed to whet your appetite for more than mere nutrition.
http://www.facebook.com/event.php?eid=132374223440117

1pm
“WITHOUT ANCHOVIES” by Chua Kok Yee + “DAYS OF CHANGE” by Chuah Guat Eng
Book Launch & Reading
“Without Anchovies” (Silverfish) is the debut collection of short stories by Chuah Kok Yee, first featured in the anthology “News From Home”. He tantalises us with his collection of modern Malaysian tales of armed robberies, fanatical school prefects, vampires, werewolves and the recipe for good nasi lemak sambal. Chuah Guat Eng continues her acclaimed novel “Echoes Of Silence” with its sequel “Days Of Change” (Holograms), which follows narrator Hafiz as he struggles to regain his memory after a fall. Unable to talk to a psychiatrist, he uses the I Ching, the Chinese 'book of changes' to trigger his memory. Through Hafiz's memories, thoughts, and dreams, “Days Of Change” provides glimpses of the socio-political changes and ethical challenges Malaysians have had to cope with since Independence.

2pm
PopIN: PopOUT: PM PM! PopMuda Proposals for Prime Minister
Forum
This event will feature thought-provoking and hilarious presentations by creative, critical and innovative young Malaysians who have been featured PMs (PopMudas) on the PopIN info network! Expect to have your brains turned inside out, upside down and over the top by conceptual artists, angry activists, skinny jean-ed filmmakers and other people you want to dance with! Curated by Mark Teh and Rahmah Pauzi.

4pm
“28 HARI: JURNAL ROCK N’ ROLL” by Mohd Jayzuan
Book Launch & Music
Everyone eats shite to get ahead! In “28 Hari: Jurnal Rock n’ Roll” (Sang Freud Press) Jayzuan has written the story of his days touring the Peninsular Malaysia, with a guitar, a journal, and a broken heart. Using all his grifter know-how and silver-tongued devilry to survive, this is an adventure to understand himself, and the reason why he feels compelled to leave. To be launced by fellow muso Fathullah Luqman Yusuff, plus acoustic performances by D’Mamat, Ainul Aishah and Faan.
http://www.facebook.com/event.php?eid=115987768441231&ref=ts

5pm
“NOTA-NOTA GERILA: 10 ZINES”
Zine Launch
For the first time in Malaysian history, a 10-zine launch! Includes the launches of: “Conscious #4”, “Innerview #4”, “Sampah Karat #3”, “Fragfrantik”, “Mosh #13”, “Pari-Pari Kertas” by Beeha, “Sisa Se Saat” by SisiSeni, “Frinzine” by Frinjan, “Asid” by Oxygen Media, and “Burgermpark” by Paradoks. The launch will be preceded by an oral history of zines in Malaysia by Nizang and bookended by a Q&A session.
http://www.facebook.com/event.php?eid=113206265388695&ref=ts

7pm
“COLLECTED PLAYS, VOL.1” by Alfian Sa’at
Book Launch & Reading
“Collected Plays, Vol.1” (Ethos Books) bring together four plays by Alfian Sa'at and explore themes that have become a hallmark of the playwright's work: national identity, racial relations, and the resistance of individuals against authoritarian systems. In “The Optic Trilogy”, the surfacing of buried secrets and repressed memories profoundly alter the way a man and woman see each other. In “Fugitives”, the members of a family discover that their self-definition relies on their interactions with the 'outsiders' who exist beyond their comfort zones. In “Homesick”, a diasporic Singaporean family, quarantined during the SARS crisis, evaluate the meanings of home. And in “sex.violence.blood.gore”, the facade of a rigid, orderly society is peeled away to reveal intense and chaotic passions.

Sun 13 Jun

12pm
“WHAT YOU DON’T KNOW THAT YOU DON’T KNOW” by Centre For Independent Journalism
Film, Song & Dance

1pm
“SEMBANG KENCANG” by Fdaus Ahmad
Book Launch
(Uya-Unique Youth Association)
http://www.facebook.com/#!/event.php?eid=133933123287377&index=1

2pm
“ISU DALAM KARTUN VOL.3”
Book Launch
(Fikrah Books & Konco ZUNAR)

3pm
“WARGA” by Azmyl Yunor
Music Performance
After a half-decade wait for a new release, singer songwriter Azmyl Yunor finally wipes the dust off his glasses and delivers his new album “Warga” (Troubadours), a triumphant and definitive musical statement by Malaysia’s most lovable and eloquent folkmeister.
http://www.facebook.com/event.php?eid=127033337325247

4pm
“METAFIZIK & KOSMOPOLITANISME” by Khalid Jaafar
Book Launch & Public Intellectual Forum
Institut Kajian Dasar and Konrad Adenauer Stiftung are proud to present the launch of Khalid Jaafar’s intriguing new book “Metafizik & Kosmopolitanisme”, to be officiated by YB Nurul Izzah Anwar, Lembah Pantai MP, with welcoming remarks by the author himself. To celebrate the launch, a forum entitled “Metaphysics & Cosmopolitanism” will be held, featuring a distinguished list of speakers including Eddin Khoo, Dr Ahmad Farouk Musa and Wan Ji Wan Hussin, with Hasmi Hashim moderating This will be followed by a reception in honour of the VIP guests.

Isnin, Jun 07, 2010

TERBANG HUJUNG MINGGU


Bila dah makin usia memanjat ni, gua makin faham game dan strategi. Sedang orang Malaysia tertunggu-tunggu World Cup, gua tengah layan NBA Finals: LA Lakers vs  Boston Celtics.

Gua tonton NBA dan cuba praktis gerakan setiap pagi sabtu dan Ahad. Gua semakin menyengat sekarang. Gua dihormati kawan dan disegani lawan. Chewah!

Walaupun gua kagum dengan Kobe Bryant dari Lakers, gua pro-Celtic musim ini. Kenapa? Gua rasa Celtics underdog dan gua memang sokong orang lemah. Dan dalam Celtics ada Rajon Rondo, hero gua sekarang. Dia point guard dan playmaker untuk Celtic. Rajon Rondo bertubuh kecil berbanding pemain lain tetapi dia boleh rebound, steal, assist dan drive masuk ke basket. Dia main professional dengan gaya street. Love it!

Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, - gua rawat badan hanya untuk  siksa diri atas gelanggang pada Sabtu dan Ahad. Tuhan maha adil. Dia bagi wisdom dan pengalaman tapi Dia tarik kesihatan. Sekarang, badan gua cepat penat, luka lambat sembuh, otot lenguh-lenguh dan urat-urat tersimpul sana sini. Alahai.


Khamis, Jun 03, 2010

MAJLIS BATAL

Dukacita dimaklumkan,

MASKARA SHORTIES REPEAT 12 JUN 2010 Kompleks Gurney, KL
DIBATALKAN!
kerana menurut Enche Luka De Ketiak (Contact person penganjur) memberitahu kami, "Tak boleh buat, sebab... Technician kahwin!"

Tidak tahu, sama ada semua kawan-kawan kena menghadiri majlis perkahwinan juruteknik berkenaan atau juruteknik berkenaan ada 'job' orang kahwin. Pendek kata juruteknik kahwin dan tiada juruteknik simpanan.
Atas permintaan ramai, kami akan menayangkan semula beberapa filem dari Maskara Shorties '08 dan '09. Ini macam sesi panas badan Pra-Maskara Shorties Ogos 7.


Pemburu Buaya Darat- Tok Rimau
Genggam- Tok Rimau
Bumbung Aku Lantai Orang - Dean Sham
Hangus- Dean Sham
Puteri Raja dan Katak - Vovin
Hantu Silap Mata - Alif Firdaus Azis
Low Budget Love - Bainun Waheeda


Kompleks Gurney terletak di Persiaran Gurney, off Jalan Semarak, Kuala Lumpur - bersebelah surau - tidak jauh dari Stesen LRT Damai. Dan Kompleks Gurney BUKAN Kramat Mall! Dan, ni BUKAN di Persiaran Gurney kat Penang tu, harap maklum!

MASUK PERCUMA!



T shirt ni dah siap tapi Jigo belum pergi ambil lagi. Kalau Jigo dah pergi ambil - kami akan jual di Maskara Shorties Repeat. Harga RM20. Kuantiti sangat terhad. Kalau habis - kami tak akan print lagi. Percayalah!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin