Isnin, Jun 07, 2010

TERBANG HUJUNG MINGGU


Bila dah makin usia memanjat ni, gua makin faham game dan strategi. Sedang orang Malaysia tertunggu-tunggu World Cup, gua tengah layan NBA Finals: LA Lakers vs  Boston Celtics.

Gua tonton NBA dan cuba praktis gerakan setiap pagi sabtu dan Ahad. Gua semakin menyengat sekarang. Gua dihormati kawan dan disegani lawan. Chewah!

Walaupun gua kagum dengan Kobe Bryant dari Lakers, gua pro-Celtic musim ini. Kenapa? Gua rasa Celtics underdog dan gua memang sokong orang lemah. Dan dalam Celtics ada Rajon Rondo, hero gua sekarang. Dia point guard dan playmaker untuk Celtic. Rajon Rondo bertubuh kecil berbanding pemain lain tetapi dia boleh rebound, steal, assist dan drive masuk ke basket. Dia main professional dengan gaya street. Love it!

Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, - gua rawat badan hanya untuk  siksa diri atas gelanggang pada Sabtu dan Ahad. Tuhan maha adil. Dia bagi wisdom dan pengalaman tapi Dia tarik kesihatan. Sekarang, badan gua cepat penat, luka lambat sembuh, otot lenguh-lenguh dan urat-urat tersimpul sana sini. Alahai.


4 ulasan:

BuRuuj berkata...

wah...dahsyat jgk tok ni! dah senior ni, xnk bukak kelas ke? sy sudi mnjd muridnya! boleh cuba sukan lain jugak ni...

Tanpa Nama berkata...

tok selalu dok main kat mana?

kitt berkata...

tok, wa sempat tgk pagi tadi masa dok kat mekdi,ada bukak. masa point 88 sumthing tu, yg rondo shot masa counter memang street abeh..

kitt berkata...

tok, wa sempat tgk pagi tadi masa dok kat mekdi,ada bukak. masa point 88 sumthing tu, yg rondo shot masa counter memang street abeh..

73 SUNGAI TELOR

  Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rat...